Showing posts with label JK Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label JK Khidmat Masyarakat. Show all posts

Sunday, 9 October 2022

Sambutan Hari Warga Emas 2022


Kuala Lumpur, 02 Oktober 2022 - Kelab Warga Emas Di Hati dengan kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Keluarga IKRAM Ampang Jaya (PEKA) & IKRAM MUDA Ampang Jaya telah bersama-sama menjalankan aktiviti Sambutan hari Warga Emas 2022 di Taman Tasik Titiwangsa.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang termasuk sukarelawan, ahli jawatankuasa dan orang awam yang disantuni di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Sambutan Hari Warga Emas yang disambut pada 01 Oktober setiap tahun ini dijalankan bertujuan meraikan warga emas di samping memberi kegembiraan kepada warga emas bersama keluarga, memupuk semangat berkasih sayang dan saling menghormati antara pelbagai lapisan masyarakat serta memberi pendedahan kepentingan menyantuni serta menghargai golongan warga emas.




Program ini berlangsung dengan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Kelab Warga Emas Di Hati kemudian diikuti taklimat kepada sukarelawan.

Aktiviti regangan dan sarapan dijalankan sebagai persediaan tenaga dan kecerdasan sebelum aktiviti mengedarkan cenderahati dan flyers dilaksanakan oleh 20 sukarelawan muda dan 4 ahli kelab. Mereka juga menyantuni warga emas dan keluarga di sekitar tasik.









Hadirin bersurai sekitar jam 11.00 pagi. Ahli kelab dan sukarelawan memberi respon positif, teruja dan ingin mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kelab yang akan datang.








Hargailah dan berbaktilah kepada ahli keluarga sementara hayat masih ada.


Yang melaporkan,

Dr. Nurlina Yusof, PSU IKRAM Ampang Jaya


https://www.facebook.com/IKRAMSelangor/posts/pfbid0rmEVbaj8Xj934qNU2YkuH74yRoC72XwDgYKVJxQuTWb2YMwx9T4tx2DPSFdKgNnCl


#IKRAMAmpangJaya

#KelabWargaEmasDiHati

#WanitaIKRAMAmpangJaya

#IKRAMMudaAmpangJaya

#IAJSanaSini

Sunday, 13 March 2022

Program Back To School IKRAM Ampang Jaya

 


Hulu Kelang, 13 Mac 2022 - Program Back To School anjuran IKRAM Ampang Jaya kembali lagi. Seramai 90 orang pelajar sekolah telah menerima bantuan perbelanjaan bagi persiapan persekolahan. Program bantuan inin telah berlangsung di Pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa.

Program Back To School dilaksanakan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar dan keluarga yang memerlukan bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kata-kata aluan dari Cik Saidatul Syuhada, Setiausaha Wanita IKRAM Ampang Jaya dan diringi oleh bacaan doa. Program disempurnakan dengan perasmian oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.


Pihak IKRAM Ampang Jaya menyerahkan cenderahati kepada YB Saari Sungib atas kesudian untuk hadir bersama dan merasmikan Program Back To School IKRAM Ampang Jaya.

Upacara perasmian kemudian diteruskan dengan penyerahan baucer Back To School kepada beberapa pelajar dan keluarga sebagai simbolik.












Program diteruskan dengan sesi membeli-belah pakaian dan peralatan persekolahan.














Penerima sumbangan bersama penjaga masing-masing pulang dengan kelihatan gembira dan telah mengucapkan terima kasih atas inisiatif dari IKRAM Ampang Jaya.





Tuan Haji Roslan selaku YDP IKRAM Ampang Jaya telah mengucapkan tahniah dan jazakumullahu khairan khathiraa pada pasukan I-bantu, wakil-wakil Zon dan PEKA yang terlibat terutamanya pada Akh Syahid yang mengetuai program ini. Tahniah dan JZKK juga kepada semua ahli yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Back2Shool 2022 pagi ni. Moga initiatif ini mendekatkan lagi kehadiran  IKRAM dengan masyarakat setempat dan menjadi sebahagian dari amal soleh semua di sisi Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang melapor,
Muhammad Syahid Abdul Rahman, JK I-Bantu