Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, 25 March 2022

Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda

 




Hulu Kelang, 25 Mac 2022 - Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda oleh ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib. IKRAM Ampang Jaya telah dijemput untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP dan JK IKRAM Ampang Jaya, Hj Roslan dan Hjh Noor Ashikeen bersama Dr. Radziah dan Puan Halipah sebagai wakil dari IKRAM Ampang Jaya dan Wanita IKRAM Ampang Jaya.

#IKRAMAmpangJaya
#IAJsanasini

Tuesday, 30 March 2021

Projek Wanita Giat Islah (WANGI) 2021



Projek Wanita Giat Islah (WANGI) bertujuan mengembalikan wanita kepada kefahaman & amalan Islam yang benar. Beberapa siri Projek WANGI telah bermula sejak Januari 2021 dan telah dijalankan oleh Wanita IKRAM Ampang Jaya di sekitar kawasan Hulu Kelang.

WANGI Siri 4


#5: 24 April 2021

Alhamdulillah, meWangi lagi di lapangan bersempena dengan Ramadan diketuai oleh Ukht Endok Sempo Mohd Tahir. Santunan dengan serahan juadah berbuka puasa sumbangan daripada Restoran Cibiuk dan pemberian duit raya (sumbangan Syawal) dan wang zakat kepada 20 orang penerima yang layak. Ukhti Wan Maryam turut berkongsi pencerahan rangkuman hadis Wangi 1 hingga 4 dan mengakhiri program dengan doa penutup. Penyerahan dilaksanakan di Surau Al Azim, Jalan Enggang Taman Keramat.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4661210783905731

#4: 24 April 2021

Alhamdulillah. MeWangi lagi di lapangan bersempena dengan Ramadan diketuai oleh Ukht Saedah Zainal Abidin. Santunan dengan serahan juadah berbuka sumbangan daripada Restoran Cibiuk dan pemberian saguhati berjumlah RM100 setiap orang. Penyerahan dilaksanakan sekitar AU1 Taman Keramat.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4661203117239831

#3: 16 April 2021

Alhamdulillah, meWangi lagi di lapangan dan diketuai oleh Ukht Faridah Ali. Penyerahan dilaksanakan sekitar Keramat, Hulu Kelang.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4635544173139059

#2: 13 April 2021

Alhamdulillah perkongsian hadis 4 serta penyampaian hadiah kepada 13 orang peserta yang turut serta menjayakan kuiz Ramadan yang telah dianjurkan oleh Surau Al Azim. Penyerahan dilaksanakan di Surau Al Azim, Jalan Enggang, Taman Keramat.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4628785757148234

#1: 12 April 2021

MeWangi lagi di lapangan Perkongsian hadis 4 dan serahan hadiah kurma kepada 10 orang penerima yang diketuai oleh Datin Wan Norsiah Wan Abdullah. Penerima juga mendapat tajaan baucar daripada KHAYR FROZEN, pengeluar makanan halal Muslim. Penyerahan dilaksanakan di Residensi Bistaria Ukay Perdana.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4628778067149003

WANGI Siri 3

#4: 9 April 2021

Alhamdulillah program pertama fizikal pasca Covid19 anjuran bersama Wanita IKRAM Ampang Jaya dan Surau At Tarbiah, Taman Melawati telah diadakan pagi tadi. Seramai 22 orang hadir dari kalangan kariah surau dan wakil daripada Wanita IKRAM Ampang Jaya. Siaran secara langsung menerusi FB Live juga turut dipaparkan.

Panel jemputan iaitu Dr Radziah Jabir merupakan Pakar Perubatan Keluarga dan aktivis IKRAM Health mengetengahkan tips sihat dan saranan-saranan yang cukup bermanfaat untuk kekal sihat sepanjang Ramadan. Termasuk juga aspek penyediaan makanan, jumlah kalori yang wajar diambil di setiap waktu makan (sahur, berbuka dan moreh), pengambilan ubat bagi pesakit dan perancangan kerohanian untuk menghidupkan Ramadan.

Untuk pautan perkongsian boleh klik di sini:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4615148531845290

#3: 28 Mac 2021

Alhamdulillah, meWANGI kali ini dijalankan di Kebun Komuniti Flat Keramat Pangsa AU2. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr Noordin Ahmad selaku Pengerusi Zon Keramat. Turut hadir ialah Tuan Haji Halim merangkap Pengerusi Surau dan Pengerusi Kelab Kebun Komuniti, Flat Keramat Pangsa AU2.

Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya, Datin Wan Norsiah Wan Abdullah menyampaikan perkongsian tentang hadis 3 kepada para peserta. Beliau menekankan bahawa setiap individu berperanan dalam menyebarkan kebaikan dalam setiap lapangan tidak kira melalui ilmu, tindakan dan amal sejajar dengan sabda Baginda SAW 'Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat'. Tugas dakwah merupakan tugas mulia para Anbia yang diwariskan kepada kita.

Majlis ditutup dengan sesi penyerahan sumbangan mengikut kumpulan yang diketuai oleh Dr Radziah Jabir, Puan Jeriah Manap dan Puan Wardah Saari.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4574054905954653

#2: 27 Mac 2021

Alhamdulillah, meWANGI lagi di lapangan dan kali ini bertempat di Taman Permata. Lembah Keramat dan Ukay Perdana. Perkongsian hadis 3 dan penyerahan sumbangan telah dijalankan dan diketuai oleh Puan Sharifah Jamaludin.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4574053329288144

#1: 22 Mac 2021

Alhamdulillah, meWANGI lagi di lapangan dan kali ini bertempat di Taman Permata. Lembah Keramat dan Ukay Perdana. Perkongsian hadis 2 dan penyerahan sumbangan telah dijalankan dan diketuai oleh Ir Endok Sempo Mohd Tahir.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4574048435955300


WANGI Siri 2


#3: 22 Februari 2021

Alhamdulillah, meWANGI lagi di lapangan dan kali ini bertempat di Jalan Enggang, Taman Keramat. Perkongsian hadis 2 dan penyerahan sumbangan telah dijalankan dan diketuai oleh Ir Endok Sempo Mohd Tahir.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4574042445955899

#2: 19 Februari 2021

Alhamdulillah, meWANGI lagi di lapangan dan kali ini bertempat di Residensi Bistaria Ukay Perdana. Perkongsian hadis 2 dan serahan hadiah kepada 10 orang penerima yang diketuai oleh Datin Wan Norsiah Wan Abdullah.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4574035879289889

#1: 12 Februari 2021

Alhamdulillah, pada hari ini meWANGI dalam keadaan terhad bertempat di di Kampung Kemensah dengan pantauan pihak polis dan kerjasama dengan Green Waste Selangor dan Pejabat YB Hulu Kelang. YB Saari Sungib juga turut hadir. Seramai 78 buah keluarga telah menerima sumbangan, disantuni dan akan terus diWANGI kan insyaAllah.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/wanitaikramAJ/posts/4438169209543224


WANGI Siri 1


#8: 26 Januari 2021

Alhamdulillah, projek kali ini dapat menyerahkan sumbangan kepada 13 orang wanita yang terdiri dari 2 ibu tunggal dan seorang wanita sukarelawan keadilan dengan berbagai latar belakang umur dan ekonomi. Yang paling muda berumur 23 tahun graduan yang masih sedang  mencari kerja. Projek WANGI kali ini dijalankan di Surau Al-Azim, Jalan Enggang, Taman Keramat dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Zon 1, Wanita IKRAM Ampang Jaya, Surau Al Azim (AJK Kebajikan), NGO Penawan & NGO Gegar (Generasi Gempur Amal Rakyat). Hadiah yang disampaikan adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Menteri Besar memberikan 13 kotak barangan asas seperti beras, garam, gula, tepung gandum, tepung beras,  minyak masak, serbuk kari ikan dan daging, ikan bilis, lada kering dan mihun
  2. Penawan memberikan  sumbangan wang RM100 seorang (Jumlah RM1,000)
  3. Wanita IKRAM Selangor: “Mask” dalam “Mask case” dan kalendar kecil yg bertulis Hadis Tahaadu Tahabbuu

Projek Wangi; Satu bulan Satu Hadis bulan ini bertemakan Hadis: Tahaadu Tahabbuu – Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4399119193448226/

#7: 26 Januari 2021

Alhamdulillah, kali ini meWANGI bersama peserta Rumah Ngaji di Rumah Pangsa AU2, Taman Keramat.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4399117150115097/

#6: 26 Januari 2021

Alhamdulillah, kali ini meWANGI bersama peserta IMPAK di Taman Keramat Permai.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4399115466781932/

#5: 25 hingga 26 Januari 2021

Alhamdulillah, kali ini meWANGI bersama warga kariah Masjid Bukit Antarabangsa.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4399110783449067/

#4: 23 Januari 2021

Alhamdulillah, kali ini meWANGI bersama peserta IMPAK Zon Keramat.

Sila rujuk link berikut utuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4383560858337393&id=971450456215134

#3: 18 Januari 2021

Alhamdulillah, kali ini Projek WANGI dijalankan bersama dengan 35 orang penerima sumbangan bersempena program Back To School dengan kerjasama ADUN Hulu Kelang. Kali ini projek dijalankan di Rumah Pangsa Keramat Permai AU1B dan Rumah Keramat Pangsa AU2, Taman Keramat.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4365936620099817/

#2: 17 Januari 2021

Alhamdulillah, semarak kasih dirasai kerana dapat menyerahkan sumbangan kepada 10 Keluarga yang terdiri dari 2 ibu tunggal dan seorang wanita bujang serta 7 pasangan suami isteri dengan berbagai latar belakang ekonomi (pesara, kehilangan pekerjaan, pendapatan yang tidak stabil, tiada pekerjaan, tumpang rumah anak dan lain-lain kesempitan). Projek WANGI kali ini dijalankan di Surau Al-Azim, Jalan Enggang, Taman Keramat dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Zon 1, Wanita IKRAM Ampang Jaya, Surau Al Azim (AJK Kebajikan), NGO Penawan & NGO Gegar (Generasi Gempur Amal Rakyat). Hadiah yang disampaikan adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Menteri Besar memberikan 10 kotak barangan asas seperti beras garam, gula, tepung gandum, tepung beras,  minyak masak, serbuk kari ikan dan daging, ikan bilis, lada kering dan mihun
  2. Penawan memberikan  sumbangan wang RM100 seorang
  3. Wanita IKRAM Selangor: “Mask” dalam “Mask case” dan kalendar kecil yg bertulis Hadis Tahaadu Tahabbuu

Projek WANGI; Satu bulan Satu Hadis bulan ini bertemakan Hadis: Tahaadu Tahabbuu – 'Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.'

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar:

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4364493873577425&id=971450456215134

#1: 16 Januari 2021

Alhamdulillah, projek WANGI Ampang Jaya siri 1 telah dilaksanakan melibatkan 10 orang penerima sumbangan Back To School anjuran IKRAM Ampang Jaya dengan kerjasama ADUN Hulu Kelang. Program dijalankan mengikut SOP dan kebenaran dari pihak polis setempat. Bertempat di perkarangan Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya dengan berkonsepkan drive thru sambil diserahkan juga pek kraf hati WANGI sebagai simbolik melebarkan ukhuwah dan santunan keprihatinan.

Sila rujuk link berikut untuk laporan bergambar: 

https://www.facebook.com/971450456215134/posts/4361743470519132/


#jangkitkankebaikan

#jangkitkansunnah

#sebarkankasihsayang

#wangi2jannah

#WANGI_AJ

#wanitaikramaj

#anfaulinnas


Yang melaporkan,

Nur Izatul Azreen Apili

Pen. Setiausaha Wanita IKRAM Ampang Jaya


Saturday, 20 March 2021

Forum Sempena Hari Wanita Sedunia : Wanita Bangkit Mendepani Cabaran


Hulu Kelang - Forum sempena Hari Wanita Sedunia telah diadakan pada 20 Mac 2021 dengan dihadiri penonton secara langsung seramai 247 orang melalui Facebook Pusat Wanita Berdaya (PWD) dan Facebook Wanita IKRAM Ampang Jaya. Program ini juga berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat AU2, Taman Keramat dan dihadkan kehadiran seramai 20 orang penonton secara fizikal bagi mengekalkan penjarakan fizikal berikutan situasi COVID-19.



Program ini merupakan gabungan slot forum dan disusuli dengan slot demo masakan. Tajuk forum yang dipilih adalah selari dengan tema Hari Wanita Sedunia pada tahun ini iaitu Wanita Bangkit Mendepani Cabaran. Forum yang mengetengahkan tajuk Wanita Bangkit Mendepani Cabaran ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Wanita IKRAM Ampang Jaya dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Hulu Kelang.



Forum ini menggandingkan panelis yang mantap dan kupasan yang cukup menarik serta bernas merangkumi peranan wanita, cabaran-cabaran masa kini dalam menempuh gelombang pandemik COVID-19 dan cara-cara menanganinya. Peranan wanita cukup besar sejajar dengan tanggungjawab yang digalas mereka di setiap medan amal dan institusi bukan sahaja di rumah malah di peringkat komuniti, masyarakat dan negara.



Wanita seharusnya bersemangat dan bulat tekadnya untuk menongkah cabaran-cabaran mendatang. Wanita mesti dihormati, mendapat kesaksamaan yang harmoni dan dihargai oleh semua pihak.


Selamat Hari Wanita kepada semua wanita hebat di luar sana.




Yang melaporkan,
Nur Izatul Azreen Apili
Sekretariat Program 

Jazakumullah khairan kepada semua yang mejayakan program ini🌹


Pautan forum dan demo masakan boleh diulang tayang di sini:

Forum: https://fb.watch/4lNcXSYiLl/

Demo masakan (1): https://fb.watch/4lNe6R5RI2/

Demo masakan (2): https://fb.watch/4lNfemyTx4/

Tuesday, 19 January 2021

Back To School 2021

Taman Melawati, KUALA LUMPUR - Sejajar dengan pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan penggal persekolahan bagi sesi 2021 yang akan bermula pada 20 Januari 2021, Jawatankuasa I-Bantu IKRAM Ampang Jaya telah menjalankan Program Back To School 2021.




Program yang telah dijalankan pada hari minggu, 16 dan 17 Januari 2021 ini dianjurkan dengan kerjasama ADUN Hulu Kelang dan Yayasan IKRAM Malaysia. Seramai 53 orang pelajar sekolah dari sekitar Zon Keramat dan Zon Melawati telah menerima sumbangan secara bersemuka berbentuk voucher Back To School. Program ini juga merupakan projek WANGI yang dijalankan oleh Wanita IKRAM Ampang Jaya. Dengan sasaran seramai 90 orang penerima, bantuan kemasukan secara online juga diberikan kepada 37 orang lagi pelajar sekolah.

Program ini bertujuan membantu anak keluarga asnaf dan fakir mendapatkan barangan keperluan sekolah dan meringankan beban ibu-bapa yang terjejas daripada pandemik COVID-19 bagi menanggung perbelanjaan persekolahan menjelang awal tahun. Penyerahan sumbangan voucher Back To School ini juga telah disampaikan oleh YB Hj Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang bersama Hj Roslan Abu Mansor, YDP IKRAM Ampang Jaya di Pejabat Komuniti IKRAM Ampang Jaya dan sekitar kawasan Keramat dan Melawati. 


Berikutan pandemik COVID-19, program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan di mana petugas IKRAM Ampang Jaya dan penerima sumbangan yang hadir ke program ini memakai face mask, mengambil suhu badan dan menggunakan hand sanitizer. Bagi memastikan penjarakan sosial dijaga, penyerahan voucher Back To School juga dilakukan secara Pandu Lalu (Drive Thru). 

Melalui kerjasama ADUN Hulu Kelang, program ini dapat dijalankan dengan permit kebenaran dan pantauan daripada pihak polis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan baru-baru ini.




Program ini yang juga bertujuan mendekatkan IKRAM Ampang Jaya dengan penduduk sekitar Zon Melawati dan Zon Keramat telah mendapat maklum balas positif daripada penduduk sekitar Keramat Permai, Keramat Pangsa dan Taman Melawati dengan harapan dapat menjalankan program bersama dengan IKRAM Ampang Jaya pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Muhammad Syahid B Abdul Rahman (JK I-Bantu IKRAM Ampang Jaya).

Tuesday, 29 September 2020

ANALOGI AIR DAN KEHIDUPAN

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 


Assalamu’alaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

 

Segala pujian bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, keluarga serta para sahabat Baginda yang tercinta.

 

Selamat Hari Sungai Sedunia!! Buat seluruh rakyat Malaysia

- 27 September 2020 -

 

Sempena hari yang istimewa ini, saya kongsikan artikel bertajuk, “Analogi Air dan Kehidupan”. Saya memilih air sebagai perumpamaan, kerana nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih baik, lebih mulia dan lebih bermakna. Air sebagai sumber semula jadi dan tidak ternilai, perlu dipelihara pada setiap fasa dan proses kitarannya. 

 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ , Syukur kita kehadrat Illahi, Malaysia dirahmati Allah dengan sumber air dari sungai-sungai yang diumpamakan sebagai nadi kehidupan. Air adalah anugerah yang tidak ternilai yang juga salah satu makhluk ciptaan Allah, memiliki banyak keunikan dan keistimewaannya. Di dalam Al Quran, perkataan air (iaitu  الماء ) itu sendiri telah disebut sebanyak 62 kali. Selain itu, air juga digambarkan dalam pelbagai fasa, sama ada dari segi proses kejadiannya (seperti kitaran hidrologi, pembentukan awan, hujan, mata air, sungai, laut) atau air juga digambarkan sebagai fenomena rahmat dan bencana berkaitan air dalam lebih daripada 100 ayat dalam Al Quran.

 

Air dalam al-Qur’an mempunyai makna senada dengan perspektif sains dan kejuruteraan, walaupun dalam al-Qur’an, air disebutkan sebagai perumpamaan, balasan, dan ibrah bagi orang-orang yang mengkajinya.

 

Air adalah sumber kehidupan semua mahkluk hidup, mempunyai fasa, kitaran dan manfaat serta risiko bagi kelangsungan hidup. Begitu juga dengan manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai makhluk terbaik yang diamanahkan untuk berperanan sebagai khalifah yang memakmurkan bumi. Manusia juga mempunyai beberapa fasa kehidupan, manfaat dan risiko dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Allah dan sesama umat manusia.

 

Kitaran sumber air bermula dari titisan hujan, yang jatuh ke bumi, lalu mengalir sebagai sungai. Disamping itu, terdapat juga air yang menyerap ke bumi membentuk aliran air bawah tanah dan mata air yang bergabung mengalir ke dataran yang lebih rendah dan seterusnya keluar ke laut. Kitaran ini berterusan, apabila air disejat dan membentuk awan serta turun kembali sebagai titisan hujan. Sepanjang kitaran tersebut, terdapat pelbagai faktor dan aktiviti lain yang akan membentuk dan menentukan ciri-ciri air, sama ada dari segi fizikalnya, nilai kuantiti dan kualitinya.

 

71 peratus  daripada permukaan bumi diliputi air, manakala purata air dalam badan manusia pula adalah 50 – 78 % berbeza mengikut peringkat umur. Oleh itu, dari sudut keperluan terhadap air, tidaklah keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”.

 

Sebagai contoh pertanyaan Allah dalam firmanNya;

 

 “Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman.”


Banyak perumpamaan berkaitan air direka sebagai kiasan gambaran kehidupan dan pengajaran buat kita , contohnya,  


  • Mana sungai yang tidak berhulu – yang mengkiaskan bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan mempunyai asal usul
  • Air yang dicencang tidak akan putus – yang merujuk kepada silaturahim dalam kekeluarga 
  • Laut mana yang tidak bergelora – yang mengajar kita bahawa semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan
  • Manakala peribahasa ‘menangguk di air keruh’ – menggambarkan dalam lumrah kehidupan, ada yang mengambil kesempatan
  • Sediakan payung sebelum hujan - yang menyarankan kita beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan
  • Setitik dijadikan laut, sekepal dijadikan gunung – yang menganjurkan kita berusaha secara berterusan untuk menghasilkan kejayaan
  • Fenomena banjir juga dijadikan perumpamaan seperti, ‘Sekali air bah, sekali pasir berubah’ - yang memberi contoh apabila berlaku pertukaran pemerintah, corak pemerintahan juga berubah.


Asalnya air bersifat suci lagi menyucikan. Sekiranya penggunaan air dipantau dan terpelihara, maka kekallah air sebagai sumber yang lestari. Akan tetapi, sekiranya sumber air itu tercemar dan tidak diuruskan dengan baik, maka bertukarlah air, yang asalnya sebagai sumber kehidupan menjadi sebaliknya.

 

Contohnya kesan akibat pembuangan sampah sarap dan bahan toksik, degradasi kawasan tadahan air serta pembaziran air, akan menjejas kualiti air. Tanpa pemantauan dan usaha pemuliharaan yang berkesan, maka air yang asalnya sebagai sumber kehidupan menjadi sebaliknya, iaitu menjadi agen yang membawa kepada kemudharatan dan krisis kehidupan seperti banjir, kemarau dan penyakit berasas air.

 

Oleh itu, dua pilihan yang kita ada iaitu,

  • Pilihan pertama: menjadi pengguna air yang bijak dengan memelihara kelestarian air sebagai anugerah Allah, atau
  • Pilihan ke dua: mengambil kesempatan dan membazirkan anugerah Allah ini yang akhirnya merugikan diri kita sendiri dan generasi seterusnya.  

Seumpama air, manusia dilahirkan dengan fitrah suci bersih. Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مَوْلُوْدٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ

 

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah.”

 

Islam mengajar permulaan kehidupan manusia bermula dengan baik melalui perkahwinan yang diikat suci dari akad yang dituntut agama. Jika air suci lagi menyucikan, sifat kita sebagai khalifah pula perlulah soleh dan musleh, iaitu berusaha memperbaiki diri menjadi baik dan turut mengislahkan orang lain menjadi baik. Namun tidak dinafikan, dalam melalui fasa-fasa kehidupan harian, kita terdedah kepada  pelbagai pengaruh baik dan buruk yang akan membentuk keperibadian diri kita.

 

Sebagaimana air tadi, yang memerlukan pengurusan yang baik, pemeliharaan dan pemuliharaan agar terus kekal sebagai sumber air yang lestari dan terkawal dari mengakibatkan sebarang bencana yang memudaratkan. Begitu juga dengan kehidupan setiap hamba Allah ini, memerlukan pengurusan diri yang baik, peliharaan dan pemulihan dari kesan-kesan negatif serta kawalan diri daripada reaksi dan tindakan yang memudharat dan merosakkan.

 

Contohnya; jika pencemaran air berlaku, usaha untuk membaikpulih selalunya memerlukan tindakan segera dan perbelanjaan yang tinggi. Jika alam bertindakbalas melalui hukum dan peraturan semulajadinya, begitu juga dengan kehidupan kita. Oleh itu, untuk mengekang kiri dari terjebak kepada perkara-perkara yang menyeronokkan tetapi memudharatkan serta melanggar syariat, ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dan istiqomah. Kerana, jika kita tersilap langkah dalam percaturan hidup, selalunya untuk kembali ke pangkal jalan, ianya melibatkan usaha, masa dan kewangan yang lebih serta perjalanan yang lebih panjang  untuk kita kembali dan membaikinya. Namun, Allah itu Maha Pengampun dan melihat kepada usaha. Setiap Langkah dan usaha kita ke arah kebaikan akan dikurniai ganjaran.

 

Dengan itu, marilah kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah yang tidak pernah putus memberi kita peluang dan ruang untuk mengaturkan kehidupan yang lebih baik, dan Allah itu sentiasa bersama kita. Semakin kita berpegang teguh dan kuat memelihara syariat-syariat Allah, semakin dekat kita rasai kehadiran Allah memelihara diri kita.

 

Akhir kalam ‘Urus penggunaan air secara lebih efisyen kerana ianya nadi kehidupan, Uruslah kehidupan kita di dunia ini dengan cara yang diredhai Allah kerana itulah matlamat kehidupan dan dunia ini hanyalah jambatan kita ke Syurga Allah’. In sha Allah.

 

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

******************

Ir Mazura Nor Zulkifli

Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya

Kepakaran: Hydraulics Engineering and River Basin Development


Saturday, 15 August 2020

Jaulah Rehlah Bicara Wanita

 

BILUT BENTONG, Pahang - Pada 8 Ogos 2020, seawal 5.30 pagi sebahagian peserta telah berkumpul di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya (PKIAJ) dan solat Subuh berjemaah. Para peserta lain mulai hadir untuk pendaftaran sebelum menaiki bas. Bas bergerak tepat jam 7.15 pagi menuju ke D'Bilut Agrofarm, Bilut Bentong Pahang. Maathurat dialunkan bersama-sama dan kuiz mengenai syurga dijalankan sepanjang perjalanan. Para peserta begitu gembira mendapat hadiah. Jam 8.30 pagi, peserta sampai di D'Bilut Agrofarm. Disaji dengan sarapan yang cukup enak dan pemandangan yang sungguh memukau. Kemudian, ucapan dari Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya dan sesi suaikenal. 


Program yang berobjektifkan pengisian majlis ilmu kepada wanita-wanita sekitar Ampang Jaya disertai oleh 46 orang ini kemudiannya meneruskan sesi lawatan ke taman haiwan di sekitar agrofarm. Peserta mendapat ilmu mengenai ternakan lebah bagi menghasilkan madu. Acara kemuncak adalah ceramah yang disampaikan oleh Puan Hjh Marwah Saari bertajuk Kembara ke Syurga. Usai solat Zohor, peserta bergerak pulang ke Melawati menaiki bas.

Program yang dianjurkan Wanita IKRAM Ampang Jaya ini mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik. Ramai peserta menganggap program ini luar dari kebiasaan dan sangat seronok dapat keluar melihat alam dengan pengisian yang bermanfaat.


Laporan disediakan oleh Nur Aisyah Aimi, Pengarah Program Jaulah Rehlah Bicara Wanita

Saturday, 1 June 2019

PROJEK SUMBANGAN RAHMAH (RAHMAH GIVING)




Alhamdulillah, Projek Rahmah Giving (Sumbangan Rahmah) telah berjaya dilaksana kan oleh IKRAM Ampang Jaya bagi kawasan Melawati/Bukit Antarabangsa dan melawati. 


Projek  yang dirancang oleh AJK Khidmat Masyarakat IKRAM Ampang Jaya ini telah dijalankan pada 30 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati dan 31 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa di mana sumbangan dan bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas telah diberikan kepada warga emas dan yang berkeperluan di Flat PKNS AU1 Taman Keramat Permai bagi lokati Keramat dan juga sekitar Kampung Pasir, UKAY Perdana dan UKAY Bistari bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa. 


Projek ini yang bertujuan untuk meringankan bebanan keperluan harian juga dapat memperkenalkan IKRAM disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli IKRAM dan komuniti zon Keramat dan Melawati/Bukit Antarabangsa.



Semoga Projek yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan diteruskan bagi membina hubungan komuniti yang sihat dan rahmah.


Tuesday, 2 October 2018

Plogging Sempena Hari Jantung Sedunia

Tarikh : 29 Sep 2018
Masa : 7.30 - 11.00 pagi
Tempat : Surau At Tarbiah, Taman Melawati





Alhamdulillah program dengan kerjasama Surau At Tarbiah, Taman Melawati telah dijalankan dengan penyertaan seramai 47 orang ahli kariah dan masyarakat umum. Program ini bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dengan aktiviti senamrobik dan jogging di samping membudayakan aspek kebersihan dengan mengutip sampah di kawasan persekitaran.






Bermula seawal 8.00 pagi dengan senamrobik. Disusuli dengan plogging di kawasan sekitar surau. Pertandingan selfie wefie dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan sepanjang program berlangsung. Bicara kesihatan bersama Prof Madya Dato' Dr Oteh Maskon, Pakar Perunding Kardiologi PPUKM mengakhiri program bagi menitipkan tips penjagaan jantung sihat.




Jazakumullahu khairan kathira buat semua pihak yang menjayakan program ini khususnya pihak Surau At Tarbiah.

Dilaporkan oleh,
Nur Izatul Azreen Apili
Timbalan Setiausaha Wanita IKRAM AJ

Monday, 24 September 2018

[WANITA] Program Ramah Mesra bersama Guru-guru SRIAAK

JK Penganjur : Wanita Ikram Ampang Jaya
Tarikh : 22 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh/hari
Tempat : Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat
Kehadiran : 40 orang

Objektif:
Merapatkan ukhuwwah antara Guru-guru SRIAAK dan Wanita IKRAM AJ



Ringkasan Program :
Program dimulai dengan permainan taaruf dan ukhuwwah 'games'. Selain itu, peserta juga diberikan soalan kuiz untuk mengenali personaliti diri masing-masing.  Slot yang kedua perkongsian dari Ketua Wanita AJ. Slot yang terakhir, sesi muhasabah & soal jawab. Sebagai penutup majlis, dibacakan doa, serahan hadiah cabutan bertuah dan sesi bergambar.

Jazakumullah khair


Oleh:
Amy Mawarni
Timbalan Ketua Wanita IKRAM AJ

Sunday, 23 September 2018

[IKRAM Junior] Little Superheroes Siri 1 : Little Firemen

JK Penganjur: JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak, Crew IKRAM Junior Ampang Jaya
Tarikh: 22.09.2018
Masa : 8.30 pagi -12.30 tengahari
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Keramat, Jalan Jelatek, KL
Kehadiran : 49 peserta kanak-kanak, 30 ibubapa turut hadir

 
 


Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang tugas dan peranan anggota bomba dan penyelamat
2. Memperkenalkan salah satu daripada 10 ciri individu unggul iaitu bermanfaat kepada orang lain.





Perjalanan Program / Ringkasan Perjalanan Program:

8.30 Pendaftaran dan sarapan di premis Balai Bomba dan Penyelamat

9.15 Slot 1 : Aktiviti Ice breaking di mulakan oleh Kak Fizah (Crew IJ).

10.00 Slot 2 : Aktiviti bersama Abang Bomba. Di kendalikan oleh Pegawai Bomba Encik Muhamad Hasanur Arif bersama beberapa orang pegawai bomba yang membantu. Dimulakan dengan sesi taklimat mengenai penjagaan keselamatan dan kebakaran selama 15 minit. Kemudian diikuti dengan demonstrasi ringkas tatacara menyelamatkan diri, “rebah dan guling”. Diikuti dengan peluang kanak-kanak menaiki jentera bomba dan merasai pengalaman berada di dalam jentera ketika kecemasan berlaku. Kanak-kanak juga berpeluang merasai pengalaman “peluk tiang untuk turun ke bawah dari tingkat 1” . Disudahi dengan aktiviti semburan air oleh bomba (kanak-kanak mandi manda).

11.30 Take 5 - Tukar pakaian, rehat

11.45 Slot 3 : Superheroes beraksi. Kanak-kanak dipilih secara rawak untuk bercakap di hadapan kawan kawan mengenai perasaan yang dialami sepanjang berprogram.

Kanak kanak diberikan pamplet ( 10 ciri peribadi unggul) dan diterangkan untuk mencontohi Pegawai Bomba yang bermanfaat kepada orang lain.

12.15 Pemberian cenderahati kepada peserta dan Pegawai Bomba.

 

Input yang diperoleh:

1. Kanak-kanak dapat didedahkan dengan cara-cara menjaga keselamatan diri dan peranan penting bomba
2. Kanak-kanak dapat mengetahui salah satu ciri untuk menjadi individu yang baik, susuk yang unggul adalah melalui contoh terdekat iaitu seperti pegawai bomba, melalui sifat yang perlu ada dalam diri, bermanfaat kepada orang lain.


Oleh
Nurul Maizatul Amirah Abd Rahaman
JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak