Tuesday, 27 February 2024

Back 2 School IKRAM Ampang Jaya 2024

 


Hulu Kelang, 24 Februari 2024, Sabtu - Seramai 80 orang pelajar telah menerima bantuan voucher Back to School di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa.





Program yang bertujuan membantu ringankan beban perbelanjaan pelajar dan keluarga dalam kalangan B40 bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu ini telah dirasmikan oleh Cik Puan Juwairiya Zulkifli, Penyelaras Dun Hulu Klang.








Program ini dijayakan oleh sukarelawan Yayasan Ikram Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Ampang Jaya dan Pejabat Penyelaras DUN Hulu Kelang dan dijalankan sekitar jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.








Antara agenda yang berlangsung adalah ucapan YDP IKRAM Ampang Jaya iaitu Hj Mohd Asri Bin Mohd Nor dan Penyelaras Dun Hulu Klang iaitu Cik Puan Juwairiya Zulkifli, gimik penyerahan Voucher back to school kepada beberapa pelajar dan keluarga sebagai simbolik, sesi bergambar dan sesi membeli-belah pakaian dan peralatan persekolahan.










Penerima mengucapkan terima kasih atas inisiatif IKRAM membantu meringankan beban perbelanjaan bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu. Semoga program ini dapat diteruskan dan ditambahbaik untuk masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Yang melapor,
Muhammad Syahid bin Abdul Rahman
JK I-Bantu IKRAM Ampang Jaya

#back2school2024
#IKRAMAmpangJaya




Friday, 17 March 2023

Back 2 School IKRAM Ampang Jaya 2023


Hulu Kelang, 11 Mac 2023 - Seramai 90 orang pelajar telah menerima bantuan voucher Back to School di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa.










Program yang bertujuan membantu ringankan beban perbelanjaan pelajar dan keluarga dalam kalangan B40 bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu ini telah dirasmikan oleh Hj Ahmad Yusri Azme, Pemangku YDP IKRAM Ampang Jaya. 











Program ini dianjurkan oleh I-Bantu IKRAM Ampang Jaya dan dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat YB Hulu Kelang dan Yayasan IKRAM Malaysia dan dijalankan di sekitar jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.











Program ini juga dihadiri oleh Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang untuk bersama-sama menyantuni penerima bantuan membeli-belah pakaian dan peralatan sekolah.


Penerima mengucapkan terima kasih atas inisiatif IKRAM membantu meringankan beban perbelanjaan bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu. Semoga program ini dapat diteruskan dan ditambahbaik untuk masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Yang melapor,
Muhammad Syahid bin Abdul Rahman
JK I-Bantu IKRAM Ampang Jaya

#back2school2023
#IKRAMAmpangJaya

Pautan Facebook: