Showing posts with label JK Jaringan. Show all posts
Showing posts with label JK Jaringan. Show all posts

Sunday, 12 June 2022

Edaran Tudung Kanak-kanak dan Remaja Sempena Hari Raya Aidilfitri - Sumbangan NCWO

 


AMPANG JAYA, 28 April 2022 - Pada Ramadan yang lepas, IKRAM Ampang Jaya telah menjalinkan kerjasama bersama National Council of Women's Organization Malaysia (NCWO) dengan mengedarkan tudung kepada kanak-kanak dan remaja di sekitar Ampang Jaya. 






Sebanyak 450 tudung telah diedarkan kepada wakil-wakil jaringan untuk diedarkan kepada penerima yang layak. Semoga lebih banyak kerjasama dapat dilakukan pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.


Yang Melapor,

Ir Mazura Nor Zulkifli, JK Jaringan IKRAM Ampang Jaya.


#IKRAMAmpangJaya

#WanitaIAJ

#IAJsanasini

Friday, 25 March 2022

Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda

 




Hulu Kelang, 25 Mac 2022 - Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda oleh ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib. IKRAM Ampang Jaya telah dijemput untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP dan JK IKRAM Ampang Jaya, Hj Roslan dan Hjh Noor Ashikeen bersama Dr. Radziah dan Puan Halipah sebagai wakil dari IKRAM Ampang Jaya dan Wanita IKRAM Ampang Jaya.

#IKRAMAmpangJaya
#IAJsanasini

Friday, 24 June 2016

[Berita] Jaringan Kasih Ramadhan


Telah berlangsung program Jaringan Kasih Ramadhan bersama Wanita IKRAM Ampang Jaya dan Al-Jannah Agency di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya pada 22 Jun 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437H.

Majlis dimulakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diikuti kata-kata aluan dari pengerusi majlis. Seterusnya Ketua Wanita Daerah menyampaikan ucapan dan perkongsian mengenai IKRAM Ampang Jaya dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah Nuzul Quran oleh Ustazah Sollawahiu Mohd Salleh, Naib Ketua Wanita II, merangkap Ketua Unit Tarbiah Wanita IKRAM Malaysia.

Program ini juga dimeriahkan dengan aktiviti tadarus al-Quran dan rewang bubur lambuk.

Terima kasih kepada peserta dari 33 surau, masjid dan organisasi setempat atas kehadiran anda.

Lagi gambar-gambar semasa program











Tuesday, 7 April 2015

Majlis Ramah Mesra


Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra Wanita IKRAM Daerah Ampang Jaya yang pertama telah diadakan pada 22 Mac 2015 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Dijayakan oleh 26 orang wakil dari 11 masjid/surau/persatuan;
  1. Flat Sri Mutiara, Ukay Perdana
  2. Perkim Wanita Taman Permata
  3. Surau Bukit Mulia
  4. Persatuan Ibu Tunggal
  5. Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati
  6. Masjid Klang Gate
  7. Surau Al Islah, Taman Keramat
  8. Masjid Bukit Indah, Ampang
  9. Masjid Bukit Antarabangsa
  10. Surau At Tarbiyah Taman Melawati
  11. Surau At Tarbiyah Bukit Indah, Ampang
 
Program diserikan dengan sesi taaruf dan slot Piagam Wanita Islam oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Baharun, Setiausaha Wanita IKRAM Pusat.
 
Semoga pertemuan hari ini akan menjalinkan sinergi dalam program kemasyarakatan akan datang Insya Allah.
 
Disediakan oleh,
Azreen
Pen. Setiausaha Wanita Ikram AJ [2014-2016]