Monday, 29 June 2015

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre

PELUANG TAMBAH SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum wbt. Tahun ini insyaAllah Hidayah Centre bakal melangsungkan sekali lagi:

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC)


1. 4 Julai 2015 (Sabtu)
Dewan Kristal, TM Convention Centre, Jalan Pantai Baharu, KL

2. 5 Julai 2015 (Ahad)
Shah Alam Convention Centre


MIPHC ini diadakan bertujuan untuk:
  • meraikan saudara baru/muallaf utk sama-sama berbuka puasa di bulan Ramadhan.
  • menjana dana utk usaha pemerkasaan saudara baru ke hadapan.

Jadi apa kaitannya dengan kita?

Marilah kita sama-sama menderma/menaja meja/kerusi saudara baru untuk berbuka puasa.

Caranya?
1. Berpakat sesama rakan untuk menyumbang. Boleh pilih samada mahu
  • 1 kerusi = RM200
  • 1 meja (10 kerusi) = RM2000

2. Sponsor peribadi (jumlah seikhlas hati, tidak tertakluk kpd sebarang angka)

Sebarang pertanyaan anda boleh dilanjutkan kepada:
Nicko:- 0188734205
Pejabat:- 0341089669

Setiap pembayaran atau sumbangan boleh dimasukkan ke akaun:
"HIDAYAH CENTRE" (562209624421 - Maybank)

Setelah melakukan pembayaran/sumbangan boleh hubungi secara Whatapp atau call ke nombor phone diatas selewat-lewatnya pada 2 Julai 2015 untuk makluman dan rujukan pihak HCF.

Ayuh muslim muslimat tetamu Ramadhan sekalian, berlumba ke arah kebaikan!

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (2:245)

Muhammad Fakharuddin
Pengarah,
Hidayah Centre Foundation



Piagam Wanita Islam



Sesi penerangan Piagam Wanita Islam telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2015 bersamaan 4 Ramadhan 1436. Dianjurkan oleh Wanita IKRAM Daerah Ampang Jaya, Piagam Wanita Islam disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Baharun.

Piagam Wanita Islam bertujuan menjelaskan kedudukan wanita di dalam Islam bagi mengubah salah faham yang berlaku serta menyebarkan fikrah Islam berhubung kedudukan wanita itu sendiri. Piagam Wanita Islam ini menggariskan prinsip asas, peranan, tanggungjawab serta hak wanita dan lelaki di dalam semua aspek pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

3 perkara asas dalam Piagam Wanita Islam adalah:

1.Mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang mana peranan lelaki dan wanita adalah saling menlengkapi dalam mewujudkan umat pertengahan.

2.Mengiktiraf prinsip kesamarataan dan kesaksamaan lelaki dan wanita menurut nilai-nilai Islammengambil kira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan mereka dalam member khidmat terbaik kepada keluarga

3.Mengiktiraf dan menuntut lelaki dan wanita berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga.

Friday, 19 June 2015

Ramadhan @ IKRAM Ampang Jaya


Perutusan Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat


 
 

Sepanjang Ramadhan di Ampang Jaya...

 
Anjuran: JK Tarbiah IKRAM Ampang Jaya
 
 
Anjuran: JK Belia IKRAM Ampang Jaya
 
 
 
 
Anjuran: JK Khidmat Masyarakat
 
 
Anjuran: JK Remaja
 
Anjuran: IKRAM  Negeri Selangor