Friday 4 August 2017
[Tazkirah] Pemimpin Yang Mendatangkan Ujian Besar Kepada Masyarakatnya Akan Muncul Di Setiap Zaman
PEMIMPIN YANG MENDATANGKAN UJIAN BESAR KEPADA MASYARAKATNYA AKAN MUNCUL DISETIAP ZAMAN
---------------------------
Firman Allah Taala
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Al-An'am 6:123
Yang bermaksud
"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya."
Apa Tugas Kita Umat Islam Bila Berhadapan Suasana Begini?
Apakah kita wajib memperbetulkan atau melawan setiap kebatilan yang berlaku dalam masyarakat kita?
Allah Swt telah memerintahkan kita menjadi penegak kebenaran melalui firmanNya
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Ali Imran 3:104
Yang bermaksud
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
Apakah kita mampu melakukan tugas berat ini secara bersaorangan?
Sudah pasti tidak mungkin.
Usaha amar maaruf nahi mungkar itu mestilah dilakukan secara berjamaah , seperti mana yang dianjurkan oleh Allah Saw melalui firmannya
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
At-Taubah 9:71
Yang bermaksud
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Apa Yang Paling Minimum Yang Dapat Kita Lakukan?"
Orang-orang yang beriman mestilah menjauhkan diri dari bersekongkol atau bersubahat dengan orang-orang yang berlaku zalim dalam masyarakat.
Orang yang membantu ataupun bersubahat dengan setiap kezaliman itu akan juga dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak.
FirmanNya yang amat digeruni
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Al-Anfaal 8:25
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
Kalau kita tidak berupaya membenteras kezaliman yang berlaku, sebaik-baiknya kita beristiqamah membenci atau jauhkan diri dari terlibat dengan kezaliman atau kebatilan itu.
Perisai paling utama adalah mempastikan diri dan keluarga kita dijauhkan dari siksaan Allah Swt , dunia dan akhirat.
Ingatlah firmanNya yang berikut ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
At-Tahrim 66:6
Yang bermaksud
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Jauhilah diri dan keluarga kita dari fitnah akhir zaman ini.
Semoga ada manfaatnya dari ayat-ayat Quran yang dipaparkan diatas
Wallahua'lam
Oleh
MBS
Subscribe to:
Posts (Atom)