Friday, 24 April 2020

Taqwim Ramadan 1441 Hijrah IKRAM Ampang Jaya


Taqwim Ramadan 1441 Hijrah IKRAM Ampang Jaya

Jadual Waktu Solat & Berbuka Puasa Negeri Selangor 2020
Bagi Kawasan Zon 1: Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, Shah Alam

Full size link download: http://tiny.cc/jggnnz

Salam Ramadan Al-Mubarak 1441 Hijrah




Salam Ramadan Al-Mubarak🌙
Dari IKRAM Ampang Jaya

Thursday, 9 April 2020

[RELIEF AID COVID-19] PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH IKRAM AMPANG JAYA & IKRAM LEMBAH JAYA


Alhamdulillah, penyerahan sumbangan  adalah dengan kerjasama ADUN Bukit Antarabangsa, ADUN ADUN Hulu Kelang dan ADUN Lembah Jaya, serta daripada Ahli IKRAM dan komuniti yang telah dijalankan setakat ini.

Tiga sasaran sumbangan  adalah kepada Frontliners, Komuniti dan Ahli IKRAM yang terjejas akibat krisis wabak Covid 19.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan. Semoga usaha kita diberkati Allah.

#StayHome
#StaySafe
#kita boleh menang, In sha Allah


25 Mac 2020

Sumbangan 50 Pek Makanan Asas kepada anggota keluarga penduduk setempat di Flat Lembah Permai, Ampang, dengan kerjasama ADUN Lembah Jaya. Sumbangan disampaikan oleh Timb. YDP IKRAM Lembah Jaya, Tuan Hj Syed Umar Syed Zakaria.




1 April 2020


Sumbangan sebanyak 26 Pek Makanan Asas kepada anggota keluarga penduduk setempat di UKAY Perdana, Ampang, dengan Kerjasama ADUN Bukit Antarabangsa dan ADUN Hulu Kelang. Sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Yusri Azme dan Encik Syed Muhammad Syed Abdullah Al-Habshi.


3 April 2020

Sumbangan sebanyak 1 karton Kurma Medjoul kepada frontliner Klinik Kesihatan Ampang. Sumbangan disampaikan oleh Dr Safura Kamarul Baharin.


6 April 2020

Sumbangan sebanyak 2 karton Kurma Medjoul kepada frontliner Jabatan Paediatrik Hospital Ampang. Sumbangan disampaikan oleh Dr Halimah Abdul Halim.



Sumbangan sebanyak 10 Pek Makanan Asas kepada anggota keluarga penduduk setempat di AU1, Taman Keramat. Sumbangan disampaikan oleh Puan Hazalina Ghazali.



7 April 2020

Sumbangan sebanyak 1 karton Kurma Medjoul kepada frontliner Klinik Kesihatan AU2. Sumbangan disampaikan oleh Dr Radziah Jabir dan Puan Jeriah Manap.


Sumbangan sebanyak 50 Pek Makanan Asas kepada anggota keluarga penduduk setempat di Flat Keramat Pangsa. Sumbangan disampaikan oleh Dr Radziah Jabir dan Puan Jeriah Manap.


8 April 2020

Sumbangan sebanyak 120 keping Face Shield kepada frontliner Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM, UKM). Sumbangan disampaikan oleh Cik Zati Amni Ismahadi.





8 hingga 10 April 2020


Sumbangan pek makanan tengahari kepada frontliner Jabatan Paediatrik Hospital Ampang dan Klinik Kesihatan Ampang





P/s: Penyerahan sumbangan mengikut panduan pencegahan COVID-19 termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial, penjagaan kebersihan seperti membasuh atau sanitasi tangan selepas penyerahan serta pertemuan secara bersemuka tidak melebihi 30 minit.

RELIEF AID COVID-19


💎 Saham akhirat 💎

Rasulullah SAW bersabda, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah, dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (HR Ath-Thabrani)

Di samping infaq sebagai penyembuh, jom tambah saham akhirat dengan menyumbang pada usaha2 
IKRAM Ampang Jaya & IKRAM Lembah Jaya menyantuni mereka yg terkesan dgn wabak COVID19 kini.

Antaranya:
Frontliners keletihan bertungkus lumus menyelamatkan nyawa.....Medjoul barakah dari bumi Palestin insyaAllah akan diagihkan agar mereka lebih bertenaga! 

Jom infaq!

🩺 Ibantu - Relief Aid COVID-19
💠 No akaun : 1403 20100 93734
💠 Bank : Bank Islam
💠 Nama akaun : Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) Ampang Jaya
💠 Rujukan : COVID-19
Maklumkan transaksi ke http://wa.me/60192445523 (Ahmad Yusri Azme)

......................................

[TERKINI] Akaun ini tidak akan digunakan lagi untuk menerima sumbangan Relief AID COVID-19. Sebarang sumbangan hendaklah disalurkan secara langsung kepada YAYASAN IKRAM MALAYSIA di link tersebut:


Sekian, Terima kasih.

#kitajagakita