Monday 27 December 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir oleh IKRAM Ampang Jaya 25 Disember 2021


HULU LANGAT, 25 Disember 2021 - Misi kali ini disertai oleh 18 orang sukarelawan dengan tumpuan membersihkan Balai Raya Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat dan 2 buah rumah di Kg Baru Sg Lui, Hulu Langat.













Sesi penyerahan 72 pasang kasut getah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Roslan Abu Mansur, YDP IKRAM Ampang Jaya kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kem Sungai Tekali sekitar jam 11.00 pagi.



Restoran Cibiuk terus menyokong aktiviti kesukarelawan dengan menaja makan tengah hari kepada petugas misi keempat ini.




Sukarelawan turut mengedarkan keperluan kepada penduduk dari rumah ke rumah seperti toto, bantal, tuala, selimut, alatan mandi & pengurusan diri, baju dan biskut. Anak-anak kecil menerima kit hadiah tajaan Regional Development Community Berhad (RDC).























Sukarelawan turut diselitkan dengan pengisian motivasi kuliah 5 minit selepas solat Zuhur dalam memastikan misi ini dapat disempurnakan dengan jayanya.



Terukir senyuman dari sukarelawan yang menjayakan misi bantuan ini walaupun mengerah tenaga berturut-turut tanpa henti bagi membantu meringankan beban mangsa banjir disamping menjadi wakil menyampaikan barang bantuan yang telah disumbangkan orang ramai.






Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa banjir boleh menyampaikan sumbangan melalui Yayasan IKRAM seperti yang tertera di bawah:


Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya 

#MisiBantuanBanjir #IKRAMAmpangJaya #IKRAMSelangor #OpsBanjirIKRAM #IKRAMBantuBanjir2021 #BinaNegaraRahmah

Saturday 25 December 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir oleh IKRAM Ampang Jaya 23 Disember 2021

HULU LANGAT, 23 Disember 2021 - IKRAM Ampang Jaya meneruskan misi ketiga membantu mangsa banjir di sekitar Hulu Langat. Seramai 17 orang sukarelawan dari IKRAM Ampang Jaya dan Regional Development Community Berhad (RDC) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Indah Jaya, Hulu Langat.


















Sementara itu, barang-barang sumbangan yang telah dikumpulkan di SMK Taman Melawati dan Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jayadibawa ke Kem Sg Tekali, Hulu Langat dengan bantuan Corporate Social Responsibility (CSR) by ACIS Sdn Bhd menggunakan sebuah lori 3 tan.



Penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir turut disertai oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati









Lori 3 tan dari Corporate Social Responsibility (CSR) by ACIS Sdn Bhd juga mengangkut barang sumbangan dari Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.








Restoran Cibiuk juga membekalkan makanan untuk sukarelawan misi mangsa banjir. Penghantaran makanan melalui servis Lalamove.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa banjir boleh menyampaikan sumbangan melalui Yayasan IKRAM seperti yang tertera di bawah:

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya 

#MisiBantuanBanjir #IKRAMAmpangJaya #IKRAMSelangor #OpsBanjirIKRAM #IKRAMBantuBanjir2021 #BinaNegaraRahmah