Program sumbangan yang dianjurkan oleh pasukan I-Bantu dan PeKA IKRAM Ampang Jaya ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga susah dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Usaha yang dijalankan ini bukan sahaj melibatkan ahli jawatankuasa dari IKRAM Ampang Jaya, malah turut disertai oleh ahli jawatankuasa Penduduk Zon 3 yang membantu menyediakan barangan ke dalam beg sumbangan.
Program sumbangan ini dimulakan dengan penyampaian ucapan ringkas oleh Tuan Hj Shirajuddin, selaku Penolong Setiausaha IKRAM Ampang Jaya. Kemudian, dituruti dengan ucapan dari Puan Anfaal Shaari yang merupakan Ahli Majlis Ampang Jaya Zon 3 sebelum sesi penyerahan sumbangan disampaikan oleh beliau. Sumbangan yang bukan sahaja dari IKRAM Ampang Jaya malah terkumpul dari orang ramai ini disampaikan kepada 30 senarai nama wakil keluarga yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penduduk Zon 3 untuk Rumah Teres AU3.
Penerima sumbangan mengucapkan terima kasih atas inisiatif IKRAM Ampang Jaya dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk AU3 ini. Terima kasih juga kepada wakil IKRAM Ampang Jaya iaitu, Dr. Salina dan Puan Rohani yang telah bersama menyantuni masyarakat setempat. Semoga program sumbangan ini dapat dijayakan lagi.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga yang terkesan akibat COVID-19, sumbangan anda boleh disalurkan melalui maklumat akaun di bawah:
📌 Maybank 5621 4240 4402
📌 Ref: GR AJ21
Atau sumbangan boleh disalurkan melalui atas talian di bawah:
https://www.billplz.com/GRAJ21
Sekian, terima kasih.