Sunday, 12 June 2022

Ziarah Syuyukh - Akh Mahbob & Ukht Jeriah Manap

 


10 Jun 2022 - PeKA IKRAM Ampang Jaya dengan kerjasama Kelab Warga Emas Di Hati (Kelab WE d Hati) telah menjalankan aktiviti ziarah ke rumah syuyukh, iaitu Akh Mahbob dan Ukht Jeriah Manap. 

Aktiviti ziarah ini dihadiri oleh YDP dan AJK PeKA IKRAM Ampang Jaya bersama Naib Presiden dan AJK Kelab WE d Hati. Mereka berbincang bersama tentang kebajikan sakit demam syuyukh dan mengenalpasti individu yang perlu diziarahi. Selain itu, mereka juga bertanya khabar menegenai cabaran atau bantuan yang diperlukan oleh syuyukh.  



Dengan ziarah ini, terbitnya pengajaran dan idea bahawa Syuyukh yang banyak pengalaman berharga dan bernilai perlu dikongsikan dan boleh dibuat catatan untuk dibukukan. Selain itu, aktiviti lain dapat dilaksanakan dengan menggembeleng tenaga anak muda untuk menawarkan bantuan kebajikan bagi memudahkan pergerakan syuyukh kita seperti ke masjid dan mendapatkan rawatan. Semoga aktiviti sentuhan dan santuni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Sekian, Terima kasih.

Yang melapor,
Noor Ashikeen Ab Hamid, JK PeKA IKRAM Ampang Jaya

#IKRAMAmpangJaya #WanitaIAJ #IAJsanasini

Edaran Tudung Kanak-kanak dan Remaja Sempena Hari Raya Aidilfitri - Sumbangan NCWO

 


AMPANG JAYA, 28 April 2022 - Pada Ramadan yang lepas, IKRAM Ampang Jaya telah menjalinkan kerjasama bersama National Council of Women's Organization Malaysia (NCWO) dengan mengedarkan tudung kepada kanak-kanak dan remaja di sekitar Ampang Jaya. 






Sebanyak 450 tudung telah diedarkan kepada wakil-wakil jaringan untuk diedarkan kepada penerima yang layak. Semoga lebih banyak kerjasama dapat dilakukan pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.


Yang Melapor,

Ir Mazura Nor Zulkifli, JK Jaringan IKRAM Ampang Jaya.


#IKRAMAmpangJaya

#WanitaIAJ

#IAJsanasini