Sunday, 1 May 2022

Selangor Beriktikaf Kawasan Ampang Jaya



HULU KELANG, 23 April 2022 - Sempena Program IKRAM Selangor Beriktikaf, IKRAM Ampang Jaya juga menjalankan aktiviti Selangor Beriktikaf peringkat kawasan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.

Program yang dihadiri seramai 50 orang dewasa dan 25 orang kanak-kanak dilaksanakan dengan tujuan mengejar lailatulqadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. 






Program dimulakan dengan pemberian bantuan oleh JK i-Bantu dan JK PEKA kepada penerima yang terpilih. Selepas solat asar berjamaah, program diteruskan dengan forum bertajuk Cabaran Da'i dalam Hidup Bermasyarakat bersama Moderator Akh Zainal Abdullah dan tiga orang panelis hebat iaitu Akh Wan Ahmad Nizar, Akh Asri dan Ukht Wan Fauziah. 








Selain itu, program Ramadhan4Junior untuk anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun turut berlangsung selari dengan forum tersebut. Seramai 25 kanak-kanak menyertai program yang bertemakan Ramadhan & Lailatulqadar. Sebelum berbuka, program diserikan lagi dengan tazkirah khas bertajuk Andai ini Ramadhan Terakhirku oleh Ust Dr Zaifuddin. Program diteruskan sehingga tarawih.

Jazakumullah khair.

Sekian, terima kasih.

Yang melaporkan,

Nurlina binti Yusof, Pen. Setiausaha Kawasan IKRAM Ampang Jaya


Laporan facebook: https://www.facebook.com/IKRAMSelangor/posts/5234546813272598


#selangorberiktikaf

#IKRAMRaiRamadan

#IKRAMSelangor

#IKRAMAmpangJaya

Friday, 25 March 2022

Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda

 




Hulu Kelang, 25 Mac 2022 - Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda oleh ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib. IKRAM Ampang Jaya telah dijemput untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP dan JK IKRAM Ampang Jaya, Hj Roslan dan Hjh Noor Ashikeen bersama Dr. Radziah dan Puan Halipah sebagai wakil dari IKRAM Ampang Jaya dan Wanita IKRAM Ampang Jaya.

#IKRAMAmpangJaya
#IAJsanasini

Sunday, 13 March 2022

Program Back To School IKRAM Ampang Jaya

 


Hulu Kelang, 13 Mac 2022 - Program Back To School anjuran IKRAM Ampang Jaya kembali lagi. Seramai 90 orang pelajar sekolah telah menerima bantuan perbelanjaan bagi persiapan persekolahan. Program bantuan inin telah berlangsung di Pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa.

Program Back To School dilaksanakan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar dan keluarga yang memerlukan bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kata-kata aluan dari Cik Saidatul Syuhada, Setiausaha Wanita IKRAM Ampang Jaya dan diringi oleh bacaan doa. Program disempurnakan dengan perasmian oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.


Pihak IKRAM Ampang Jaya menyerahkan cenderahati kepada YB Saari Sungib atas kesudian untuk hadir bersama dan merasmikan Program Back To School IKRAM Ampang Jaya.

Upacara perasmian kemudian diteruskan dengan penyerahan baucer Back To School kepada beberapa pelajar dan keluarga sebagai simbolik.












Program diteruskan dengan sesi membeli-belah pakaian dan peralatan persekolahan.














Penerima sumbangan bersama penjaga masing-masing pulang dengan kelihatan gembira dan telah mengucapkan terima kasih atas inisiatif dari IKRAM Ampang Jaya.





Tuan Haji Roslan selaku YDP IKRAM Ampang Jaya telah mengucapkan tahniah dan jazakumullahu khairan khathiraa pada pasukan I-bantu, wakil-wakil Zon dan PEKA yang terlibat terutamanya pada Akh Syahid yang mengetuai program ini. Tahniah dan JZKK juga kepada semua ahli yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Back2Shool 2022 pagi ni. Moga initiatif ini mendekatkan lagi kehadiran  IKRAM dengan masyarakat setempat dan menjadi sebahagian dari amal soleh semua di sisi Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang melapor,
Muhammad Syahid Abdul Rahman, JK I-Bantu