Thursday, 23 December 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir oleh IKRAM Ampang Jaya 22 Disember 2021

HULU LANGAT, 22 Disember 2021 - IKRAM Ampang Jaya meneruskan lagi misi bantuan mangsa banjir di Nanding, Hulu Langat. YDP IKRAM Ampang Jaya, Hj Roslan Ab Mansur bersama pasukan misi banjir IKRAM Ampang Jaya telah turun ke lapangan bagi membantu mengagihkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir.






Antara sumbangan yang diagihkan adalah pakaian, selimut, bantal, tuala, telekung dan sejadah yang amat diperlukan oleh mangsa banjir di saat ini.



Keperluan asas seperti air minuman, makanan kering, pakaian harian, peralatan mandi dan tisu juga dikumpulkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir.

Bantuan keperluan dari orang ramai masih dikumpulkan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya. Misi bantuan banjir masih diteruskan bagi membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan banjir yang dialami baru-baru ini. 






Aktiviti pengasingan barang sumbangan masih giat dijalankan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya. Setiap barang yang disumbangkan diasingkan mengikut kategori tertentu bagi memudahkan aktiviti pengagihan kepada masyarakat terkesan dengna banjir. Antara kategori barang sumbangan adalah pakaian, keperluan barang mandian, keperluan sembahyang, keperluan tidur dan barang cucian untuk mangsa banjir.






Sumbangan dari masyarakat sekitar Hulu Kelang juga diterima untuk disampaikan kepada mangsa terkesan dengan banjir di Hulu Langat. Antara sumbangan yang diberikan adalah telekung, sejadah, pakaian, tuala wanita dan makanan kucing



IKRAM Ampang Jaya juga menerima bantuan keperluan dari pihak Polis dan Tentera di sekitar Hulu Kelang

Sementara itu, aktiviti pembersihan di beberapa buah rumah masih giat dijalankan di kawasan Nanding Hulu Langat. Aktiviti pembersihan dijalankan oleh pasukan misi banjir IKRAM Ampang Jaya yang diketuai oleh Hj Ahmad Yusri.

















Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa banjir boleh menyampaikan sumbangan melalui Yayasan IKRAM seperti yang tertera di bawah:

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya 

#MisiBantuanBanjir #IKRAMAmpangJaya #IKRAMSelangor #OpsBanjirIKRAM #IKRAMBantuBanjir2021 #BinaNegaraRahmah


Wednesday, 22 December 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir IKRAM Ampang Jaya 21 Disember 2021

HULU LANGAT, 21 Disember 2021 - Bencana banjir telah menimpa beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini. Selangor antara yang paling terkesan dengan bencana banjir ini. Pasukan misi banjir IKRAM Ampang Jaya telah menjalankan operasi bantuan banjir bersama Hidayah Center Foundation dan Yayasan IKRAM di sekitar kawasan Nanding, Hulu Langat.

Bantuan yang disumbangkan orang ramai yang telah dikumpulkan dibawa ke lokasi banjir tersebut. Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya telah membantu membersihkan sebuah rumah yang terkesan dengan banjir lumpur baru-baru ini.










Misi ini juga mendapat sumbangan daripada Rumah Makan Cibiuk sebanyak 30 pek makanan yang diedarkan kepada petugas penduduk setempat yang terkesan.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa banjir boleh menyampaikan sumbangan melalui Yayasan IKRAM seperti yang tertera di bawah:



Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya 

#MisiBantuanBanjir #IKRAMAmpangJaya #IKRAMSelangor #OpsBanjirIKRAM #IKRAMBantuBanjir2021 #BinaNegaraRahmah


Tuesday, 21 December 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir IKRAM Ampang Jaya & Lembah Jaya 20 Disember 2021

 

HULU KELANG, 20 Disember 2021 - Kawasan Hulu Langat telah dilanda musibah banjir lumpur baru-baru ini. IKRAM Ampang Jaya bersama IKRAM Lembah Jaya telah mengambil inisiatif mengumpul barang-barang keperluan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan.


Sumbangan daripada NGO KDMRS Muslim


YDP IKRAM Ampang Jaya dan IKRAM Lembah Jaya bersama-sama membantu mengumpul barang sumbangan 


Sukarelawan IKRAM Ampang Jaya membantu mengumpul barang sumbangan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya


YDP IKRAM Ampang Jaya turut membantu mengumpul barang sumbangan


Penyumbang ikhlas membantu meringankan beban mangsa banjir


Antara bantuan keperluan yang telah dikumpulkan adalah pakaian, bantal, tuala mandi dan selimut. Barang-barang bantuan dikumpulkan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya dan akan dibawa bersama semasa misi pembersihan kawasan banjir di Nanding, Hulu Langat. Pasukan misi banjir ini akan bertolak ke kawasan terkesan tersebut pada 21 Disember 2021.

Laporan lanjut bersama pasukan misi banjir IKRAM Ampang Jaya akan menyusul kemudian.

Sekian, terima kasih.

Pasukan Misi Banjir IKRAM Ampang Jaya