PENDIDIKAN SEKS AWAL UNTUK KANAK-KANAK
(Menangani isu Pedofilia)
Disampaikan oleh: Prof Madya Dr Harlina Halizah Bt Siraj
Pensyarah Fakulti Perubatan HUKM
Rancangan MHI TV3
Selasa 14 Jun (8.30pg)
Nota 1 - Pendidikan seksualiti perlu untuk semua peringkat umur, bukan hanya untuk kanak-kanak kerana ianya proses pembelajaran sepanjang hayat.
Nota 2 - Seksualiti ada 5 Dimensi
1- Dimensi Fizikal @ biologi : aspek yg sering dikaitkan dengan pengertian seks dalam masyarakat. Pemahaman yang terlalu sempit & tidak holistik.
2- Dimensi Kognitif atau intelektual. Organ seksual yang paling penting adalah OTAK.
3- Dimensi Emosi - hubungan seksual boleh mempengaruhi cetusan emosi positif & negatif.
4- Dimensi Sosial - melibatkan interaksi antara gender
5- Dimensi Spiritual - menyentuh aspek jatidiri, nilai dan maruah
Nota 3 - Sikap masyarakat terhadap aspek seksualiti ada tiga kategori:
Kategori 1- Konservatif, membelenggu & mengongkong : Anggap seks adalah kotor, hina & jijik. Manusia paling suci = yang mampu mengekang nafsu syahwat (eg celibacy). Pendidikan seksualiti tidak perlu diajarkan.
Kategori 2- Liberal & bebas lepas. Anggap seks satu cara utama untuk ekspresi diri & kepuasan nafsu tak perlu dibendung. Tiada batasan & tiada tanggungjawab.
Kategori 3- Sikap pertengahan yang sejahtera & seimbang. Aspek seksualiti diakui penting dalam kehidupan. Tapi perlukan kerangka, garispanduan, batas dan sempadan supaya dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Nota 4 - Bentuk komunikasi terbuka & asertif penting untuk menyampaikan pendidikan seksualiti.
Nota 5 - Pendedahan pendidikn seksualiti bermula di rumah - mengambilkira perwatakan & personaliti kanak-kanak - ada yang ekstrovert & suka bertanya, ada yang pasif (introvert) & pendiam. Juga ambilkira kematangan kanak-kanak berdasarkan pendedahan yang diberikan kepada kanak-kanak.
Nota 6 - Dalam pendidikan Islam, apabila kanak-kanak seawal 7 tahun diajar solat & wuduk - sudah ada keperluan utk menerangkan tentang haid & air mani yang membatalkan wuduk. Perlu merangka satu jawapan yang baik untuk anak-anak jika mereka bertanya. Bijak memberi jawapan sesuai dengan usia mereka.
Nota 7 - Kualiti Komunikasi dengan anak-anak. Kanak-kanak yg berisiko tinggi untuk jadi mangsa pedofilia adalah kanak-kanak dari keluarga yang komunikasi rendah. Ibu bapa perlu serasi dengan anak-anak, tahu apa yang mereka hadapi. Ada common sense, telepati yang terhasil dari tahap komunikasi berkualiti tinggi dgn anak-anak.
Nota 8 - Dr Abdullah Nasih Ulwan dlm buku Tarbiyatul Aulad fil Islam menulis dalam bab ketujuh mengenai tahap umur untuk pendidikan seksualiti:
4 tahap:
1- Tamyiz : 7-10 tahun. Asingkan tempat tidur & ajar adab meminta izin.
2- Prabaligh : Umur 10-13. Adab interaksi antara gender & perubahan diri
3- Baligh: Umur 14 - 16. Kesedaran tentang taklif & tanggunjawab
4- Dewasa muda : 17 tahun ke atas - tanggjungjawab reproduksi
Nota 9 - Ibu bapa perlu mendalami dan upgrade ilmu pendidikan seks awal untuk diri sendiri & anak.
--------------------
Nik Fatma Amirah
Tanah Merah, Kelantan
14 Jun 2016
09.30am
MEDIA WANITA IKRAM
No comments:
Post a Comment