Saturday, 6 October 2018

[HI-T] Is Al-Quran God's Words?


Jom hadir ke Hidayah Talk ! 🎤

Hidayah Centre Foundation (HCF) membawakan penceramah Datuk Dr Zaifuddin untuk berkongsi pengisian Is Al Quran God's Words?

Perincian seperti berikut:
📆Tarikh: 12 Oktober 2018 (JUMAAT)
Waktu: 9.30 malam
📍Tempat : Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.
🏛*277 Jalan Bandar 11
Metro Melawati
53100 Kuala Lumpur*.
GPS: 3°12'35.7"N 101°44'48.8"E
Daftar sekarang di: *http://bit.do/Hi-T-Dr-Zaifuddin*
.
📱Pertanyaan (Mr Syahid):
03-41089669 (call)
013-4585214(whatsapp)
.
Rakan-rakan Non-Muslims juga dijemput hadir!😊
.
#HidayahCentreFoundation
#ShareTheMessageEmpowerTheReverts
#HidayahTalk

Tuesday, 2 October 2018

Plogging Sempena Hari Jantung Sedunia

Tarikh : 29 Sep 2018
Masa : 7.30 - 11.00 pagi
Tempat : Surau At Tarbiah, Taman Melawati





Alhamdulillah program dengan kerjasama Surau At Tarbiah, Taman Melawati telah dijalankan dengan penyertaan seramai 47 orang ahli kariah dan masyarakat umum. Program ini bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dengan aktiviti senamrobik dan jogging di samping membudayakan aspek kebersihan dengan mengutip sampah di kawasan persekitaran.






Bermula seawal 8.00 pagi dengan senamrobik. Disusuli dengan plogging di kawasan sekitar surau. Pertandingan selfie wefie dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan sepanjang program berlangsung. Bicara kesihatan bersama Prof Madya Dato' Dr Oteh Maskon, Pakar Perunding Kardiologi PPUKM mengakhiri program bagi menitipkan tips penjagaan jantung sihat.




Jazakumullahu khairan kathira buat semua pihak yang menjayakan program ini khususnya pihak Surau At Tarbiah.

Dilaporkan oleh,
Nur Izatul Azreen Apili
Timbalan Setiausaha Wanita IKRAM AJ

Monday, 24 September 2018

[WANITA] Program Ramah Mesra bersama Guru-guru SRIAAK

JK Penganjur : Wanita Ikram Ampang Jaya
Tarikh : 22 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh/hari
Tempat : Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat
Kehadiran : 40 orang

Objektif:
Merapatkan ukhuwwah antara Guru-guru SRIAAK dan Wanita IKRAM AJ



Ringkasan Program :
Program dimulai dengan permainan taaruf dan ukhuwwah 'games'. Selain itu, peserta juga diberikan soalan kuiz untuk mengenali personaliti diri masing-masing.  Slot yang kedua perkongsian dari Ketua Wanita AJ. Slot yang terakhir, sesi muhasabah & soal jawab. Sebagai penutup majlis, dibacakan doa, serahan hadiah cabutan bertuah dan sesi bergambar.

Jazakumullah khair


Oleh:
Amy Mawarni
Timbalan Ketua Wanita IKRAM AJ

Sunday, 23 September 2018

[IKRAM Junior] Little Superheroes Siri 1 : Little Firemen

JK Penganjur: JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak, Crew IKRAM Junior Ampang Jaya
Tarikh: 22.09.2018
Masa : 8.30 pagi -12.30 tengahari
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Keramat, Jalan Jelatek, KL
Kehadiran : 49 peserta kanak-kanak, 30 ibubapa turut hadir

 
 


Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang tugas dan peranan anggota bomba dan penyelamat
2. Memperkenalkan salah satu daripada 10 ciri individu unggul iaitu bermanfaat kepada orang lain.





Perjalanan Program / Ringkasan Perjalanan Program:

8.30 Pendaftaran dan sarapan di premis Balai Bomba dan Penyelamat

9.15 Slot 1 : Aktiviti Ice breaking di mulakan oleh Kak Fizah (Crew IJ).

10.00 Slot 2 : Aktiviti bersama Abang Bomba. Di kendalikan oleh Pegawai Bomba Encik Muhamad Hasanur Arif bersama beberapa orang pegawai bomba yang membantu. Dimulakan dengan sesi taklimat mengenai penjagaan keselamatan dan kebakaran selama 15 minit. Kemudian diikuti dengan demonstrasi ringkas tatacara menyelamatkan diri, “rebah dan guling”. Diikuti dengan peluang kanak-kanak menaiki jentera bomba dan merasai pengalaman berada di dalam jentera ketika kecemasan berlaku. Kanak-kanak juga berpeluang merasai pengalaman “peluk tiang untuk turun ke bawah dari tingkat 1” . Disudahi dengan aktiviti semburan air oleh bomba (kanak-kanak mandi manda).

11.30 Take 5 - Tukar pakaian, rehat

11.45 Slot 3 : Superheroes beraksi. Kanak-kanak dipilih secara rawak untuk bercakap di hadapan kawan kawan mengenai perasaan yang dialami sepanjang berprogram.

Kanak kanak diberikan pamplet ( 10 ciri peribadi unggul) dan diterangkan untuk mencontohi Pegawai Bomba yang bermanfaat kepada orang lain.

12.15 Pemberian cenderahati kepada peserta dan Pegawai Bomba.

 

Input yang diperoleh:

1. Kanak-kanak dapat didedahkan dengan cara-cara menjaga keselamatan diri dan peranan penting bomba
2. Kanak-kanak dapat mengetahui salah satu ciri untuk menjadi individu yang baik, susuk yang unggul adalah melalui contoh terdekat iaitu seperti pegawai bomba, melalui sifat yang perlu ada dalam diri, bermanfaat kepada orang lain.


Oleh
Nurul Maizatul Amirah Abd Rahaman
JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak