Monday, 2 May 2022

Perutusan Hari Raya Aidilfitri YDP IKRAM Ampang Jaya 1443H



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wmt wbt.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Walillahil hamd


Dengan hati yang tulus dan ikhlas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Ikram Ampang Jaya khususnya dan  kepada seluruh muslimin dan muslimat umumnya.

Walaupun tahun ini kita masih diuji oleh Allah dgn COVID 19 tetapi yakinlah akan ada hikmahnya yang lebih baik berbanding dugaan yang kita  lalui sekarang ini. 

Saudara & saudari yg dikasihi Allah swt,

Salam kemaafan daripada saya dan marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mengampuni segala dosa-dosa kita serta sentiasa dalam rahmat-Nya.

Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran setelah masing-masing berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu yang berjaya dilakukan selama sebulan di bulan Ramadan ini di samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan selain membuat ucapan selamat Hari  Raya Aidilfitri. Sesungguhnya 1 Syawal adalah Hari Kemenangan kepada muslimin dan muslimat. Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Dalam kita merayakan kemenangan ini janganlah kita lupa kepada saudara seislam kita yg memerlukan bantuan dan pertolongan kita utk meneruskan kehidupan mereka seperti di Palestin, Afghanistan, Syria  dan negara-negara lain yg memerlukan. Ayoh bersamalah kita bantu meringankan bebanan yang mereka hadapi kerana sesungguhnya “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri” Hadith Riwayat Bukhari Muslim. 

Dalam Al-Quran-Surah Al Hujarat ayat 10 juga Allah swt  mengingatkan kita “ Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”. Justeru itu , sama-samalah kita menghulurkan bantuan pada mereka sekurang-kurangnya dengan doa kita insyaAllah.

Semoga ibadat kita selama sebulan diterima Allah dan tarbiah sebulan ini juga akan membuahkan hasil menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa seperti mana firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa dibulan Ramadhan sebagaimana orang-orang terdahulu dari kamu, agar kamu bertaqwa” surah Al Baqarah ayat 183. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua atas sebarang kesilapan dan kekurangan daripada pihak saya. 

Taqabalallahu minna Waminkum.

Selamat Hari Raya

Maaf zahir batin.


Wabillahi Taufik, wasaalamualaikum warahmatullahi taala wbth.

Ikhlas daripada,

Hj Roslan Abu Mansur, Yang Dipertua IKRAM Ampang Jaya

No comments:

Post a Comment