Sunday, 29 May 2022

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKRAM Ampang Jaya 1443H



TAMAN MELAWATI, 28 Mei 2022 - Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Kawasan Ampang Jaya telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena meraikan bulan Syawal dan sebagai medan perjumpaan bersama ahli IKRAM Ampang Jaya.














Program telah dihadiri kira-kira 200 orang tetamu dalam kalangan masyarakat setempat termasuk ADUN Hulu Kelang, Ahli Majlis, kejiranan Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya serta ahli persatuan penduduk, kariah masjid dan surau dalam Ampang Jaya.









Program yang bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya, PKIAJ dan Kawasan lapang hadapan Restoran Sakura Krystal ini dilaksanakan bermula sekitar jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. 







Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga dapat memperkukuhkan silaturahim dan jalinan libat urus dengan pemegang taruh di peringkat kawasan, zon dan negeri. Selain itu, program in dapat memperkemaskan libat urus dengan ahli institusi IKRAM setempat seperti Rakan Hidayah, sukarelawan MyCare, Belia Harmoni dan sebagainya yang bergiat di peringkat Kawasan, Zon, Negeri dan Pusat.












Pelbagai juadah makanan disediakan seperti nasi tomato, laksa, satay, lemang, lontong dan rendang serta beraneka kuih-muih, buah-buahan dan aiskrim.


























Majlis juga bertambah meriah apabila seramai 20 tetamu turut memenangi hadiah cabutan bertuah. Disamping itu, persembahan daripada IKRAM Junior dan edaran duit raya kepada kanak-kanak telah menambah keceriaan suasana majlis.








Tetamu juga dapat mengabdikan kenangan hari raya bersama-sama keluarga dan sahabat di photobooth yang disediakan. 

Sekalung penghargaan kepada semua barisan JKK dan JKWK IKRAM Ampang Jaya yang telah mengusahakan program sambutan hari raya ini.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Melaporkan,
Dr. Nurlina binti Yusof
Pen. Setiausaha Kawasan IKRAM Ampang Jaya.

#IKRAMAmpangJaya
#Aidilfitri1443H

Monday, 2 May 2022

Perutusan Hari Raya Aidilfitri YDP IKRAM Ampang Jaya 1443H



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wmt wbt.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Walillahil hamd


Dengan hati yang tulus dan ikhlas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Ikram Ampang Jaya khususnya dan  kepada seluruh muslimin dan muslimat umumnya.

Walaupun tahun ini kita masih diuji oleh Allah dgn COVID 19 tetapi yakinlah akan ada hikmahnya yang lebih baik berbanding dugaan yang kita  lalui sekarang ini. 

Saudara & saudari yg dikasihi Allah swt,

Salam kemaafan daripada saya dan marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mengampuni segala dosa-dosa kita serta sentiasa dalam rahmat-Nya.

Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran setelah masing-masing berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu yang berjaya dilakukan selama sebulan di bulan Ramadan ini di samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan selain membuat ucapan selamat Hari  Raya Aidilfitri. Sesungguhnya 1 Syawal adalah Hari Kemenangan kepada muslimin dan muslimat. Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Dalam kita merayakan kemenangan ini janganlah kita lupa kepada saudara seislam kita yg memerlukan bantuan dan pertolongan kita utk meneruskan kehidupan mereka seperti di Palestin, Afghanistan, Syria  dan negara-negara lain yg memerlukan. Ayoh bersamalah kita bantu meringankan bebanan yang mereka hadapi kerana sesungguhnya “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri” Hadith Riwayat Bukhari Muslim. 

Dalam Al-Quran-Surah Al Hujarat ayat 10 juga Allah swt  mengingatkan kita “ Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”. Justeru itu , sama-samalah kita menghulurkan bantuan pada mereka sekurang-kurangnya dengan doa kita insyaAllah.

Semoga ibadat kita selama sebulan diterima Allah dan tarbiah sebulan ini juga akan membuahkan hasil menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa seperti mana firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa dibulan Ramadhan sebagaimana orang-orang terdahulu dari kamu, agar kamu bertaqwa” surah Al Baqarah ayat 183. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua atas sebarang kesilapan dan kekurangan daripada pihak saya. 

Taqabalallahu minna Waminkum.

Selamat Hari Raya

Maaf zahir batin.


Wabillahi Taufik, wasaalamualaikum warahmatullahi taala wbth.

Ikhlas daripada,

Hj Roslan Abu Mansur, Yang Dipertua IKRAM Ampang Jaya

Sunday, 1 May 2022

Iftar bersama AJK dan JKWK IKRAM Ampang Jaya



TAMAN MELAWATI, 25 April 2022 - Seramai 45 AJK dan JKWK IKRAM Ampang Jaya bersama ahli keluarga telah hadir di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya untuk iftar bersama. Program yang bertujuan untuk melahirkan jawatankuasa rahmah juga untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan AJK dan JKWK. 








Program dimulakan dengan tazkirah ringkas dari YDP dan diteruskan dengan ucapan Ketua Wanita. Hadirin berbuka ringkas sebelum solat maghrib berjamaah. Selepas itu, hadirin berbuka dengan Nasi Arab dari dapur Cikgu Marina. Program diteruskan dengan solat isya dan terawih berjemaah. Majlis bersurai pada pukul 10 malam.

Jazakumullah khair.

Sekian, Terima kasih.

Yang melaporkan,

Nurlina binti Yusof, Pen. Setiausaha Kawasan IKRAM Ampang Jaya.

Laporan Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMSelangor/posts/5234611439932802

#IKRAMRaiRamadan
#IKRAMSelangor
#IKRAMAmpangJaya
#WanitaIKRAMAmpangJaya

Edaran Bubur Lambuk Kepada Jiran - IKRAM Ampang Jaya














HULU KELANG, 24 April 2022 - Seramai 20 orang ahli IKRAM Ampang Jaya telah berganding bahu bergotong-royong menyiapkan beg sumbangan (bubur lambuk dan fridge magnet) dan mengedarkannya kepada jiran masing masing. Sebanyak 100 bungkusan telah diedarkan oleh ahli IKRAM Ampang Jaya di sekitar Taman Melawati dan Ampang.

Aktiviti edaran bubur lambuk ini bertujuan menyantuni jiran di bulan Ramadan dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli IKRAM Ampang Jaya dengan bergotong-royong.

Jazakumullah khair.

Sekian, Terima kasih.


Yang melaporkan,

Nurlina binti Yusof, Pen. Setiausaha Kawasan IKRAM Ampang Jaya.


Laporan Facebook: https://www.facebook.com/IKRAMSelangor/posts/5234579309936015

#IKRAMRaiRamadan

#IKRAMSelangor

#IKRAMAmpangJaya