Saturday, 1 June 2019

PROJEK SUMBANGAN RAHMAH (RAHMAH GIVING)




Alhamdulillah, Projek Rahmah Giving (Sumbangan Rahmah) telah berjaya dilaksana kan oleh IKRAM Ampang Jaya bagi kawasan Melawati/Bukit Antarabangsa dan melawati. 


Projek  yang dirancang oleh AJK Khidmat Masyarakat IKRAM Ampang Jaya ini telah dijalankan pada 30 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati dan 31 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa di mana sumbangan dan bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas telah diberikan kepada warga emas dan yang berkeperluan di Flat PKNS AU1 Taman Keramat Permai bagi lokati Keramat dan juga sekitar Kampung Pasir, UKAY Perdana dan UKAY Bistari bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa. 


Projek ini yang bertujuan untuk meringankan bebanan keperluan harian juga dapat memperkenalkan IKRAM disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli IKRAM dan komuniti zon Keramat dan Melawati/Bukit Antarabangsa.



Semoga Projek yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan diteruskan bagi membina hubungan komuniti yang sihat dan rahmah.


Sunday, 5 May 2019

Ahlan Ya Ramadhan 1440H


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan”

(HR Ahmad)

Sunday, 31 March 2019

BERISTIQAMAH (TETAP TEGUH) DI JALAN ISLAM HINGGA KE AKHIR HAYAT


Suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, at-Tirmizi dan an-Nasaie, daripada al-‘Irbadh bin Sariyah, Nabi Saw bersabda yang bermaksud:

Allah membuat perbandingan dengan sebatang jalan yang lurus. Di kiri-kanannya terdapat dua tembok dan kedua-duanya mempunyai pintu-pintu yang terbuka. Pada semua pintu itu terdapat tirai yang dilabuhkan.

Dipermulaan jalan yang lurus itu ada penyeru yang berkata: “Wahai manusia, masuklah kejalan yang lurus secara keseluruhan dan janganlah kamu menyimpang.” Ada pula seorang penyeru yang menyeru dari pertengahan jalan yang lurus itu.

Apabila ada manusia yang ingin membuka salah satu pintu tersebut, penyeru itu membentak: “Celaka kamu! Jangan kamu buka pintu tersebut. Jika kamu membuka, pasti kamu akan masuk kedalamnya.” Jalan lurus tersebut adalah Islam. Dua tembok itu ada had batasan Allah. Pintu-pintu yang terbuka itu adalah segala perkara yang diharamkan oleh Allah. Penyeru dipangkal jalan adalah al-Quran, dan penyeru diatas jalan adalah pemberi peringatan yang dijadikan oleh Allah dalam hati setiap Muslim. 

Imam at-Tirmizi menambah, Allah Taala berfirman  dalam surah Yunus 10:25

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Yang bermaksud :
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). 

Dalam perumpamaan yang dibuat oleh Nabi Saw diatas, difahami bahawa Islam adalah jalan yang lurus yang Allah perintahkan manusia beristiqamah diatasnya.

Dia turut melarang daripada melanggar segala jalan yang ditetapkan itu. Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang haram, dia telah melampaui batas hukum Allah Swt.

Perkara yang dilarang keras adalah mensyirikkan Allah, melakukan maksiat dan kemungkaran serta berlaku zalim sesama manusia.

Ingatlah firman Allah yang berikut ini

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Surah Fussilat 41:30

Yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Semoga kita sentiasa berada dijalan yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya supaya kita sentiasa selamat didunia dan di akhirat.

Wallahua’lam

Rujukan:
Himpunan Ilmu dan Hikmah oleh Ibnu Rajab Al-Hambali - Jilid 1


MBS

[JK IKRAM Muda] Majlis Makan Malam bersama YDP IKRAM Ampang Jaya





Tarikh                 : 9 Mac 2019
Masa                  : 8.30PM – 10.30PM
Tempat              : Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya
Jumlah Peserta : 30 orang
Anjuran              : JK IKRAM MUDA Ampang Jaya

Objektif              :
- Mengumpul kembali belia-belia yang menyertai kejohanan futsal tempoh hari
- Memperkenalkan IKRAM kepada golongan belia tempatan
- Mencorakkan halatuju IKRAM MUDA Ampang Jaya dalam dunia sukan
- Menerapkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan ahli sukan
- Mencungkil bakat yang terpendam dalam masyarakat setempat





Program bermula mengikut masa yang dirancang dan berjalan dengan lancar. Bermula dengan ketibaan tetamu dan solat Isya’ berjemaah. Hadirin dihidang dengan jamuan. Di masa yang sama YDP IKRAM Ampang Jaya turut hadir Bersama dan menyampaikan ucapan keppada para hadirin. Sambutan yang baik daripada belia-belia yang hadir di mana banyak pertukaran idea yang baik dikongsi bersama secara santai. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah yang sihat sesama belia dan dapat berjumpa lagi di program akan datang.

Disediakan oleh :
Muhammad Syamil bin Roslan
JK Belia & Remaja IKRAM Ampang Jaya