ILMU DARI AL-QURANUL- KARIM
AMARAN ALLAH SWT TERHADAP ORANG YANG ZALIM DAN JUGA PEMBANTU KEPADA ORANG ZALIM
Firman Allah Taala:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا
Surah Al-Kahfi 18 :57
Yang bermaksud:
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan ayat2 dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan diatas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan pula) sumbatan ditelinga mereka, dan sekalipun kamu menyeru mereka kepada jalan petunjuk, nescaya mereka tidak dapat petunjuk selamanya."
----------------------------
Orang yang berbuat kezaliman sering diingatkan dengan ayat2 Al-Quran , namun dia berpaling atau tidak mahu mengambil pengajaran, bahkan dia lupa keatas kerja2 zalim dan maksiat yang dilakukannya.
Dia juga tidak memikirkan kesan2 buruk dari perbuatan jahatnya itu.
Mereka telah sampai ke peringkat lupakan kepada Allah Swt kerana pintu hatinya telah tertutup rapat sehingga tidak mahu mendengar lagi sebarang nasihat yang diberikan kepadanya.
Kedua telingannya juga telah ditutup rapat sehingga tak mahu mendengar lagi nur petunjuk bagi dirinya.
Oleh kerana banyak maksiat yang dahsyat yang telah dilakukannya, Allah Swt tidak akan membiarkan satu kebaikan pun sampai kehatinya. Ini kerana jiwanya telah terlalu hitam atau kotor dengan segala macam maksiat bertimbun2 yang telah dan sedang dilakukannya.
Hatinya telah diselaputi dengan dinding tebal yang tidak mengizinkan nur hidayah masuk kedalam kehatinya.
Maka oleh kerana itulah kita dapati orang yang zalim dan melakukan maksiat itu akan semakin teruk perilaku nya dari sehari kesehari.
Orang ramai tertanya-tanya kenapakah maksiat demi maksiat dilakukan olehnya tanpa berhenti, seolah-olah dia tidak memiliki perasaan takut kepada Tuhannya.
Demikianlah sedikit gambaran Allah Swt keatas orang yang berterusan melakukan pelbagai kezaliman dan maksiat.
Kezaliman dan maksiat yang dilakukannya itu selaras dengan kuasa yang ada padanya. Biasanya lebih tinggi kuasa yang ada pada seseorang itu , maka lebih besar maksiat yang dilakukannya.
Keadaan yang paling menggerunkan sekali ialah apabila Allah Swt mengatakan Dia tidak akan memberikan hidayah kepada orang zalim itu buat selama-lamanya.
Ini adalah salah satu bentuk kemurkaan Allah Swt kepadanya.
Tapi sayangnya dia tidak merasainya kerana pintu hatinya telah tertutup rapat.
JANGAN CENDERUNG MENGIKUTI ATAU PUN MEMBANTU ORANG ZALIM
Firman Allah Taala:
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Surah Hud 11: 113
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yang zalim , yang menyebabkan kamu disambar oleh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong selain
Allah , kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."
---------------------
Allah Swt menegaskan jangan kamu bersandar (minta pertolongan) atau membantu kepada orang2 yang zalim diantara kamu.
Ini adalah kerana mendampingi mereka yang zalim itu, akan menyebabkan kamu juga terkena percekan api neraka keatas sumbangan kamu membantu si penzalim itu.
Oleh kerana kamu cenderung membantu orang yang zalim itu, pertolongan Allah tidak datang kepada mu kerana kamu telah menjadikan orang yang zalim itu menjadi kawan karibmu.
Dengan kata lain kamu telah mengenepikan wujudnya Allah Yang Maha Berkuasa itu untuk menjadi Penolong mu.
Orang yang zalim telah kamu jadikan sandaran untuk mendapatkan rezeki, dan juga sebagai tempat meminta pertolongan.
Ingatlah firman Allah Taala
وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Surah Al-Maidah 5:51
Maksudnya:
"....Dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim....."
Ini menunjukkan sesiapa yang bersekongkol dengan orang zalim dia juga telah termasuk didalam kumpulan mereka. Allah Swt juga tidak memberikan pertolongan kepadanya, sesuai dengan firmanNya yang bermaksud :
"...Dan (ingatlah) orang yang zalim itu tidak ada siapa pun yang dapat membantunya."
Al-Baqarah 2: 270.
Kesimpulannya:
1) Allah Swt memberi amaran kepada orang2 yang zalim bahawa kemurkaan Allah terhadapnya adalah amat besar sekali . Allah akan menutup pintu hati mereka daripada menerima hidayah buat selamanya, melainkan mereka segera bertaubat.
2) Allah melarang hambaNya yang beriman menyokong orang2 yang berbuat kezaliman kerana perbuatan jahat mereka itu akan mendapat balasan api neraka. Jadi mereka yang memberikan sokongan, bantuan atau bersubahat dengan orang yang zalim itu , mereka mestilah bersedia menerima percekan api neraka yang bakal menimpa orang zalim yang mereka ikuti.
Bertakwalah kepada Allah Swt dengan sebenar- benar takwa sebagai jalan penyelamat dari siksaan api neraka.
Kita kena ingat bahwa di Hari Mahsyar nanti si penzalim dan juga pembantu-pembantunya akan dihimpunkan dihadapan Allah Swt untuk diadili perbuatan mereka . Didunia mereka boleh terlepas kerana kekuasaan berada ditangan mereka, tetapi diAkhirat kelak sudah tidak ada lagi para hakim dan peguam yang menyelamatkan mereka.
Jadi insaflah kita , supaya jangan berlaku zalim dan juga cuba membantu orang yang zalim didunia ini. Akibatnya kita juga terseret ke lubang neraka, nauzubillah .
Wallahua'lam
Rujukan:
Tafsir Al-Maraghiy Jilid 8 & 6.
Oleh;
MBS
No comments:
Post a Comment