بسم الله الرحمن الر حيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad, sayyidina Mustaffar Rasulullah Saw
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah Engkau Anugerahkan kepada kami sekeluarga.
Ya Allah, kami memanjatkan syukur keatas hidayah petunjuk yang Engkau Anugerahkan kepada kami sehingga kami dapat mengenali dan membezakan diantara yang hak dan yang batil.
Diantara yang benar dan yang palsu.
Ya Allah kami mengucapkan setinggi-tinggi syukur keatas Mu kerana masih lagi memanjangkan usia kami.
Masih memberikan nikmat kesihatan yang berharga kepada kami selama ini.
Kami bersyukur keatas segala nikmat rizki yang Engkau berikan yang tak terhitung banyaknya sehingga ke usia ini.
Ya Allah kami bersyukur dengan zuriyat keturunan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.
Oleh itu, kurniakanlah kepada kami segala kebaikan beragama dalam hidup kami ini, Kau jadikan Islam dan Iman itu
sebagai kunci petunjuk dan kunci kebahagian hidup kami didunia ini.
Jadikanlah Islam itu sebagai landasan hidup yang jelas dan nyata, TIDAK dipengaruhi unsur-unsur kebendaan dan pengaruh hawa nafsu kami.
Jadikan hidup kami dipenuhi dengan amal terbaik yang penuh ikhlas semata2 untuk berbakti kepada Mu ya Allah.
Ya Allah, Kau bimbinglah kami supaya sentiasa berada dijalan yang benar lagi lurus, iaitu jalan mereka yang Engkau berikan nikmat dan rahmat sepanjang hayat dan TIDAK seperti mereka yang Engkau murkai dan juga mereka yang tersesat jalan.
Jauhilah kami dari mengikuti jalan hidup orang Yahudi, orang Nasrani, orang kafir, orang fasik, orang zalim dan orang munafik.
Ya Allah, jadikan hamba ini sebagai orang2 penuh bertakwa iaitu yang taat keatas segala perintah Mu dan juga yang gerun untuk melakukan segala tegahan Mu.
Ya Allah, kurniakan kepada kami hari2 dipenghujung usia kami yang penuh dengan hidayah, barakah rahmat dan inayah Mu.
Ya Allah, Kau jauhilah sebarang musibah dan dugaan yang diluar kemampuan kami untuk memikulnya.
Ya Allah, Kau jauhi kami dari segala bala' didunia dan segala azab siksaan di hari Akhirat.
Ya Allah, Kau berikan kemudahan disaat kami berjuang menghadapi sakratul maut dipenghujung hayat kami. Kau lancarkan lidah kami untuk mengucapkan kalimah tauhid keatas Mu.....Lailahaillallah & Muhammadurrasulullah.
Ya Allah, kau jauhi kami dari siksaan azab kubur. Kau jadikan kubur kami sebagai salah satu dari taman2 syurga , dan jangan jadikan kubur kami sebagai salah satu dari lubang2 neraka.
Ya Allah selamatkan kami dalam menghadapi ujian getir di Padang Mahsyar.
Kau jadikan kami orang yang menerima Kitab Catatan Amalan kami dengan tangan2 kanan kami.
Ya Allah, kau jadikan kami hamba2 Mu yang berjaya melepasi Titian Siratalmustaqim dengan mudah sekali. Dan Kau berikan peluang kepada kami agar dapat meminum air dari kolam Nabi kami yang bernama Al-Kautsar.
Ya Allah, Kau mudahkan lah kami dalam menempuh Mahkamah Keadilan Mu dan
kami pohon sungguh2 Kau tutuplah segala keaiban dan dosa2 kami yang tidak terhingga banyaknya dihadapan khalayak ramai nanti.
Oleh itu Ya Allah Kau ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, baik yang kami sedari atau tidak kami sedari, atau pun yang kami terlupa untuk menghindari ya, dosa kedua ibu bapa kami, dosa datuk nenek kami, dosa isteri atau suami kami, dosa zuriyat keturunan kami dan dosa para guru kami , sekalian muslimin dan muslimat baik yang masih hidup mahu pun yang telah meninggalkan kami.
Ya Rabb kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan juga kebaikan di akhirat , serta jauhilah kami dari azab api neraka
Aamin, Aamiin Ya Rabbil 'Alamin
Ya Allah Kau mustajabkan doa kami ini.
No comments:
Post a Comment