Friday, 16 September 2016

[Tazkirah] Selalu Mengingati Mati - Banyak Kebaikannya

Firman Allah Taala

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Every soul shall taste of death, and you shall only be paid fully your reward on the resurrection day; then whoever is removed far away from the fire and is made to enter the garden he indeed has attained the object; and the life of this world is nothing but a provision of vanities.

Surah Al-Imran 3/Ayat 185

Maksudnya:

Setiap jiwa akan merasakan mati. Hanyasanya kamu semua itu akan dicukupkan pahala mu nanti dihari qiamat. Maka barang siapa dijauhkan neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka orang tu benar2 telah beruntung.Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.

Allah mengkhabarkan kepada segenap makhlukNya bahawa setiap jiwa akan merasakan kematian. Ini meliputi manusia, haiwan ,jin dan hatta para malikat.

Dalam firmanNya yang lain:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

bermaksud:

"Semua yang ada dibumi itu akan binasa.
Dan tetap kekal Wajah Rabb mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

Surah Ar Rahman 55/ Ayat 26-27.

Allah mengingatkan barang siapa dihindarkan dari neraka dan masuk kesyurga Allah, maka dialah yang beruntung.
Inilah janji Allah keatas manusia bahawa mereka akan diadili dengan saksama dan menerima balasan setimpal dengan amalan mereka didunia.

Kehidupan didunia ini dikatakan kesenangan yang memperdayakan adalah untuk memberi gambaran dunia ini bersifat fana' dan pasti manusia akan meninggalkan semuanya apabila ia mati.

Dalam ayat lain Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

yang bermaksud:

"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan esok harinya dan seseorang tidak akan tahu pula dibumi mana ia akan mati..........."

Lukman 31/Ayat 34.

Dalam sebuah hadith Rasulullah Saw bersabda: "Jikalau Allah hendak mencabut nyawa seseorang itu disuatu tempat, maka Allah ciptakan suatu keperluan yang menjadikan hamba tersebut berkunjung ketempat itu."

Allahlah yang mengaturkan bila dan dimana seseorang itu akan mati.

Allah Taala berfirman lagi

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَيْهَا مِن دَابَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

yang bermaksud:

"..........Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka tidak boleh mereka itu mengundurkannya barang sesaat dan tidak berkuasa mendahulukannya."

An-Nahl 16/ Ayat 61.

Dari Anas bin Malik Ra katanya, Nabi Saw menggariskan beberapa garisan , lalu beliau bersabda: "Ini adalah angan2 manusia sedangkan yang itu adalah ajalnya. Kemudian dalam waktu orang itu sedang berangan2 tinggi , maka datanglah garis yang memotongnya iaitu kematian." H.R.Bukhari.

Dari Abu Hurairah Ra pula katanya, Rasulullah Saw bersabda: "Perbanyakkanlah olehmu semua akan mengingat2 kepada sesuatu yang melenyapkan kelazatan , iaitulah kematian." H.R.Tarmizi.

Kesimpulannya:

Ayat2 al-Quran dan hadith diatas mengingatkan manusia akan satu detik yang memisahkan kehidupan dunia ini dengan alam yang baqa' - itulah saat kematian yang pasti datang waktunya.

Allah menisbahkan waktu hidup didunia amatlah singkat sekali sehingga diakhirat nanti manusia dikhabarkan mereka hidup didunia hanyalah sebentar sahaja.

Oleh itu adalah lebih baik tiap insan menyediakan bekalan hidup sesudah mati, berbanding dengan banyak memikirkan hal-hal hidup didunia yang tidak kekal ini.

Manusia yang tertipu ialah orang yang dikuasai oleh nafsunya yang begitu sayang kelazatan hidup didunia ini seolah2 dia lupa diakhirat dia akan dikurniakan anugerah yang lebih besar lagi oleh Allah Swt.

Semoga dapat dijadikan pengajaran bersama.

Wallahua'lam

Rujukan:

Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 dan 7.
Kitab Riyadhus Salihin Imam Nawawi - Jilid 1.


Oleh
MBS


16 September 2016
Melaka

No comments:

Post a Comment