Sunday, 24 May 2020

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020 oleh YDP IKRAM AJ


πŸŒ™ Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020 oleh YDP IKRAM AJ πŸŒ™

Bismillahirahmanirrahim

Menyambut Aidilfitri  dengan Penuh Ketaqwaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Saudara Saudari Sekelian,

Bersempena dengan ketibaan Syawal 1441 H saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh ahli Pertubuhan IKRAM Ampang Jaya.

Walaupun kita diuji dengan penularan pandemik COVID-19, ia tetap disambut dengan suasana gembira dan sederhana serta ceria di rumah masing-masing bersama-sama ahli keluarga tersayang.

Sebagai seorang muslim kita yakin disebalik ujian ini, sudah tentu ada banyak hikmahnya yang tersendiri dan kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah swt yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Firman Allah dalam Surah Ash-Syarh;

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua umat Islam kerana berjaya menjalani pelbagai bentuk ibadah di bulan Ramadan Al Mubarak kali ini dengan berpuasa bersolat terawih bersama keluarga, bersedekah , bertadabbur dan bertadarrus Alquran di rumah dan secara maya.

Kita juga memanjatkan kesyukuran kpd Allah swt kerana pada Ramadan ini diberi kesempatan  kepada AJK Pertubuhan IKRAM Ampang Jaya untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai secara atas talian dan secara terus serta sumbangan barang keperluan asas dan pek makanan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan di sekitar kawasan ini. Semoga amalan ini menjadi asbab bagi mendapat Lailatulqadr dan meningkatkan ketaqwaan kita bersama, disamping menyemarakkan lagi ruang-ruang dakwah dengan masyarakat setempat, insya Allah.

1 Syawal 1441H kali ini disambut dengan norma baru di mana kita mematuhi PKPB, mengerjakan solat aidilfitri di rumah, menziarahi keluarga dan sahabat handai melalui capaian internet, malah sekiranya berjumpa mesti mematuhi jarak sosial , memakai penutup muka dan sanitasi tangan.

Insya Allah semoga semua amalan kita diterima Allah swt dan ketaqwaan kita meningkat dan kita menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. 

Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu am wa antum bikhoir. 

Maaf zahir batin.

#Staysafe.

Wassalam
Roslan Abu Mansur


No comments:

Post a Comment