RINGKASAN PROGRAM 'PAGI AHAD TAK TIDO (PATT)
Sempena HARI BAPA
Anjuran: IKRAM Ampang Jaya dan Unit Advokasi Keluarga Rahmah, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Ikuti rakaman di Facebook :
https://www.facebook.com/ikramampangjaya/videos/611972746079526/
FORUM BAPA MUDA CHAMPION
Panel
• Ir Ammar Mohd Rashid_
• Sdr Mohd Hafiz Abd Hamid
Moderator : Sdr Mohd Hilmi Kamil
1) Persediaan ibu dan bapa muda dalam menyambut kelahiran anak
- Persediaan mental – lebih kepada persediaan ibu, kaum bapa perlu menyokong. Antaranya adalah dengan mendaftar ke kelas antenatal dan breastfeeding. Dalam kelas ini ada diajar pelbagai perkara untuk membantu ibu dan bapa muda bersedia menghadapi cabaran sebelum, semasa dan selepas anak dilahirkan.
- Persediaan fizikal – selain persediaan accessories (e.g baju, baby court), perlu juga menyediakan persekitaran rumah yang Selesa, Selamat dan Sihat untuk anak yang baru lahir.
- Persediaan rohani - banyak bacakan ayat-ayat Quran dan berzikir kepada kandungan. Dengan berbuat demikian juga akan memberi kekuatan kepada ibu.
2) Cara menjalankan tanggungjawab sebagai Bapa Muda disamping tanggung jawab lain sebagai anak, suami dan ahli masyarakat
- Tugas utama manusia di bumi ini sebagai khalifah adalah menggalas bertanggungjawab. Oleh itu penting untuk diri sendiri merasakan yang tanggungjawab itu adalah fitrah dan kebiaasaan yang perlu dilalui, bukan dianggap sebagai bebanan semata-mata.
- Perkara yang penting dalam menjalankan tanggungjawab adalah masa (time management) – perlu wujudkan peluang dan ruang untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Perlu berusaha mencari masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak, bapa, pekerja dan pendakwah. Contohnya, cari masa untuk menelefon ibu dan ayah. Cari masa untuk membuat aktiviti bersama anak-anak dan keluarga.
3) Peranan Bapa Muda masa kini
• Pemimpin dahulu berbeza dgn pemimpin sekarang. Ianya berkembang dengan baik seiring zaman (living orders vs do it together)
• Begitu juga dengan peranan sebagai bapa. Cabaran berbeza membesarkan anak masa kini
• Hadith: Anak lahir bersih, ibu bapa yang akan mencorakkannya
• Surah At-tahrim: 6 – Islam adalah teras pertama/ model untuk memelihara kesejahteraan hidup, termasuk dalam membina keluarga – asas membina keluarga
• Contohnya dalam Nasihat Lukman (model untuk mendidik anak) – ada dinasihatkan untuk tidak mensyirikkan Allah
• Pendidikan pertama adalah dari rumah dan perbuatan harian ibubapa harian menjadi rujukan utama anak-anak
• Akhlak anak-anak juga bermula di rumah yang dicorakkan oleh ibu bapa
• Kata-kata dari Saidina Umar: didik anak sesuai dengan zamannya
• Contoh: youtube/media sosial – ibu bapa masa kini boleh menggunakannya kepada kebaikan dengan menonton video-video yang baik
4) Peranan Bapa Muda dalam mendidik keluarga
• Dalam organisasi perlu ada ketua
• Bapa – leader/pemimpin dalam organisasi (keluarga)
• Kenal pasti sistem sokongan dari isteri dan anak-anak
• Channel/salurkan supaya sistem sokongan tahu dan menyokong Bapa Muda dalam usaha menuju ke arah visi dan misi yang sama
• Pemilihan isteri yang boleh menyokong misi dan visi ke arah keluarga bahagia
• Seperti – ibu dan ayah sbg role model
• Rumah sebagai tempat tarbiah - praktik ibadah/amalan baik di rumah dengan anak-anak secara konsisten – anak-anak akan ingat dan praktis apabila berada di luar/sudah besar
• Contoh: mengaji bersama-sama
• Anak lebih mengikut apa yang parents lakukan daripada apa yang dinasihati
5) Cabaran Bapa Muda masa kini
• Contoh semasa PKP :
1. Cabaran asas – bagaimana nak handle perkataan 'bosan' dari anak
2. Cabaran kekosongan masa – masa yang terlalu panjang bersama keluarga
3. Cabaran kekosongan ilmu – walaupun ada kelas online, pelajar/anak-anak stress – tidak sama seperti dalam kelas
4. Cabaran kekosongan jiwa – masjid ditutup, anak-anak rindukan aktiviti tarbawi. Bila dapat solat di masjid, terasa ketenangan dan kegembiraan
5. Cabaran sosial – anak-anak tidak dapat berjumpa kawan-kawan, boleh menyebabkan pergaduhan adik-beradik bila duduk bersama lama
6. Cabaran fizikal – kurang bergerak – berat badan (makan banyak) – comfort zone
6) Tips Bapa Muda mendepani cabaran terkini
• Praktis anak-anak untuk bersabar – perlu berusaha dan bekerja keras dalam mendapatkan sesuatu. Kesabaran hadapi masalah dan mendapat apa yang diingini dengan bekerja keras
• Pastikan anak-anak mengikut kemahuan yang mereka inginkan. sebagai ibubapa, perlu beri 'basic need' tapi mesti pastikan anak-anak minat dengan apa yang diajar.
• Anak-anak senang mencari 'stranger as comfort zone.' Jadi amat penting untuk menjadikan diri sendiri sebagai kawan karib anak dan menjadi tempat rujukan anak.
7) Soalan dan Rumusan
Soalan dari peserta: Mohd Saidy Ismail
• Cara terbaik menerapkan kefahaman kepada family bahawa yang memimpin adalah bapa?
- Anak-anak melihat sesiapa yang berkata-kata sebagai yang berkuasa. Sekiranya ada perkara yang perlu ditegur, perlu tegur bersama dan bapa yang sepatutnya memberi kata akhir/rumusan
- Contoh: Dalam hal kewangan – isteri sebagai akauntan keluarga, bapa pemimpin -
- Tidak sesuai untuk mengamalkan sistem diktator dalam rumah – perlu menjadi kawan karib dengan menegur, beritahu kena tak boleh buat, beri cadangan beserta solusi. Dan tegaskan kepada mereka bahawa bapa adalah
- Lelaki yang merupakan pemimpin kepada wanita – Bapa perlu rasa diri mereka adalah ketua keluarga
- Besarkan anak sebagai anak (mendidik, menasihat), mereka akan membesar sebagai hero
- Ibu dan Bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk mendidik anak supaya menjadi hero.
Semoga bermanafaat.
#IKRAMAmpangJaya
#LPPKN
#PATT
#HariBapa
*Kredit kepada Dr Nurlina
No comments:
Post a Comment