Sunday, 21 June 2020

SUMBANGAN COVID-19 KEPADA KELOMPOK PEMANDU TEKSI DI TAMAN MELAWATI



TAMAN MELAWATI, Kuala Lumpur - Seramai 20 orang dalam kalangan kelompok pemandu teksi telah menerima sumbangan pada hari ini, 21 Jun 2020 jam 5 petang.

Sumbangan disampaikan oleh 3 orang wakil ahli IKRAM Ampang Jaya di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya ini merupakan sumbangan Baladna, Qatar melalui MyHELP bertujuan untuk membantu meringankan beban kelompok teksi di Taman Melawati yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.



Program sumbangan anjuran Yayasan IKRAM Ampang Jaya ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Hj Kamaluddin Zakaria, kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan berbentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan bihun. Penerima mengucapkan terima kasih kepada pihak IKRAM Ampang Jaya dan penyumbang budiman yang telah menyumbang. 

Menerusi program ini, kelompok pemandu teksi ini memohon jika terdapat NGO-NGO lain yang ingin membantu dan berharap agar dapat dikongsikan maklumat mengenainya.


Laporan disediakan oleh Muhammad Syahid bin Abdul Rahman, JK I-BANTU IKRAM Ampang Jaya.

No comments:

Post a Comment