Sunday, 21 June 2020

SUMBANGAN COVID-19 KEPADA KELOMPOK PEMANDU TEKSI DI TAMAN MELAWATI



TAMAN MELAWATI, Kuala Lumpur - Seramai 20 orang dalam kalangan kelompok pemandu teksi telah menerima sumbangan pada hari ini, 21 Jun 2020 jam 5 petang.

Sumbangan disampaikan oleh 3 orang wakil ahli IKRAM Ampang Jaya di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya ini merupakan sumbangan Baladna, Qatar melalui MyHELP bertujuan untuk membantu meringankan beban kelompok teksi di Taman Melawati yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.



Program sumbangan anjuran Yayasan IKRAM Ampang Jaya ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Hj Kamaluddin Zakaria, kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan berbentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan bihun. Penerima mengucapkan terima kasih kepada pihak IKRAM Ampang Jaya dan penyumbang budiman yang telah menyumbang. 

Menerusi program ini, kelompok pemandu teksi ini memohon jika terdapat NGO-NGO lain yang ingin membantu dan berharap agar dapat dikongsikan maklumat mengenainya.


Laporan disediakan oleh Muhammad Syahid bin Abdul Rahman, JK I-BANTU IKRAM Ampang Jaya.

RINGKASAN PROGRAM 'PAGI AHAD TAK TIDO (PATT)'


RINGKASAN PROGRAM 'PAGI AHAD TAK TIDO (PATT)
Sempena HARI BAPA
Anjuran:  IKRAM Ampang Jaya dan Unit Advokasi Keluarga Rahmah, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Ikuti rakaman di Facebook :
https://www.facebook.com/ikramampangjaya/videos/611972746079526/

FORUM BAPA MUDA CHAMPION
Panel
Ir Ammar Mohd Rashid_
Sdr Mohd Hafiz Abd Hamid
Moderator : Sdr Mohd Hilmi Kamil

1) Persediaan ibu dan bapa muda dalam menyambut kelahiran anak
- Persediaan mental – lebih kepada persediaan ibu, kaum bapa perlu menyokong. Antaranya adalah dengan mendaftar ke kelas antenatal dan breastfeeding. Dalam kelas ini ada diajar pelbagai perkara untuk membantu ibu dan bapa muda bersedia menghadapi cabaran sebelum, semasa dan selepas anak dilahirkan.
- Persediaan fizikal – selain persediaan accessories (e.g baju, baby court), perlu juga menyediakan persekitaran rumah yang Selesa, Selamat dan Sihat untuk anak yang baru lahir.
- Persediaan rohani - banyak bacakan ayat-ayat Quran dan berzikir kepada kandungan. Dengan berbuat demikian juga akan memberi kekuatan kepada ibu.

2) Cara menjalankan tanggungjawab sebagai Bapa Muda disamping tanggung jawab lain sebagai anak, suami dan ahli masyarakat
- Tugas utama manusia di bumi ini sebagai khalifah adalah menggalas bertanggungjawab. Oleh itu penting untuk diri sendiri merasakan yang tanggungjawab itu adalah fitrah dan kebiaasaan yang perlu dilalui, bukan dianggap sebagai bebanan semata-mata.
- Perkara yang penting dalam menjalankan tanggungjawab adalah masa (time management) – perlu wujudkan peluang dan ruang untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Perlu berusaha mencari masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak, bapa, pekerja dan pendakwah. Contohnya, cari masa untuk menelefon ibu dan ayah. Cari masa untuk membuat aktiviti bersama anak-anak dan keluarga.

3) Peranan Bapa Muda masa kini
Pemimpin dahulu berbeza dgn pemimpin sekarang. Ianya berkembang dengan baik seiring zaman (living orders vs do it together)
Begitu juga dengan peranan sebagai bapa. Cabaran berbeza membesarkan anak masa kini
Hadith: Anak lahir bersih, ibu bapa yang akan mencorakkannya
Surah At-tahrim: 6 – Islam adalah teras pertama/ model untuk memelihara kesejahteraan hidup, termasuk dalam membina keluarga – asas membina keluarga
Contohnya dalam Nasihat Lukman (model untuk mendidik anak) – ada dinasihatkan untuk tidak mensyirikkan Allah
Pendidikan pertama adalah dari rumah dan perbuatan harian ibubapa harian menjadi rujukan utama anak-anak
Akhlak anak-anak juga bermula di rumah yang dicorakkan oleh ibu bapa
Kata-kata dari Saidina Umar: didik anak sesuai dengan zamannya
Contoh: youtube/media sosial – ibu bapa masa kini boleh menggunakannya kepada kebaikan dengan menonton video-video yang baik

4) Peranan Bapa Muda dalam mendidik keluarga
Dalam organisasi perlu ada ketua
Bapa – leader/pemimpin dalam organisasi (keluarga)
Kenal pasti sistem sokongan dari isteri dan anak-anak
Channel/salurkan supaya sistem sokongan tahu dan menyokong Bapa Muda dalam usaha menuju ke arah visi dan misi yang sama
Pemilihan isteri yang boleh menyokong misi dan visi ke arah keluarga bahagia
Seperti – ibu dan ayah sbg role model
Rumah sebagai tempat tarbiah - praktik ibadah/amalan baik di rumah dengan anak-anak secara konsisten – anak-anak akan ingat dan praktis apabila berada di luar/sudah besar
Contoh: mengaji bersama-sama
Anak lebih mengikut apa yang parents lakukan daripada apa yang dinasihati

5) Cabaran Bapa Muda masa kini
Contoh semasa PKP :
1. Cabaran asas – bagaimana nak handle perkataan 'bosan' dari anak
2. Cabaran kekosongan masa – masa yang terlalu panjang bersama keluarga
3. Cabaran kekosongan ilmu – walaupun ada kelas online, pelajar/anak-anak stress – tidak sama seperti dalam kelas
4. Cabaran kekosongan jiwa – masjid ditutup, anak-anak rindukan aktiviti tarbawi. Bila dapat solat di masjid, terasa ketenangan dan kegembiraan
5. Cabaran sosial – anak-anak tidak dapat berjumpa kawan-kawan, boleh menyebabkan pergaduhan adik-beradik bila duduk bersama lama
6. Cabaran fizikal – kurang bergerak – berat badan (makan banyak) – comfort zone

6) Tips Bapa Muda mendepani cabaran terkini
Praktis anak-anak untuk bersabar – perlu berusaha dan bekerja keras dalam mendapatkan sesuatu. Kesabaran hadapi masalah dan mendapat apa yang diingini dengan bekerja keras
Pastikan anak-anak mengikut kemahuan yang mereka inginkan. sebagai ibubapa, perlu beri 'basic need' tapi mesti pastikan anak-anak minat dengan apa yang diajar.
Anak-anak senang mencari 'stranger as comfort zone.' Jadi amat penting untuk menjadikan diri sendiri sebagai kawan karib anak dan menjadi tempat rujukan anak.

7) Soalan dan Rumusan

Soalan dari peserta: Mohd Saidy Ismail
Cara terbaik menerapkan kefahaman kepada family bahawa yang memimpin adalah bapa?
- Anak-anak melihat sesiapa yang berkata-kata sebagai yang berkuasa. Sekiranya ada perkara yang perlu ditegur, perlu tegur bersama dan bapa yang sepatutnya memberi kata akhir/rumusan
- Contoh: Dalam hal kewangan – isteri sebagai akauntan keluarga, bapa pemimpin -
- Tidak sesuai untuk mengamalkan sistem diktator dalam rumah – perlu menjadi kawan karib dengan menegur, beritahu kena tak boleh buat, beri cadangan beserta solusi. Dan tegaskan kepada mereka bahawa bapa adalah
- Lelaki yang merupakan pemimpin kepada wanita – Bapa perlu rasa diri mereka adalah ketua keluarga
- Besarkan anak sebagai anak (mendidik, menasihat), mereka akan membesar sebagai hero
- Ibu dan Bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk mendidik anak supaya menjadi hero.

Semoga bermanafaat.

#IKRAMAmpangJaya
#LPPKN
#PATT
#HariBapa

*Kredit kepada Dr Nurlina