Saturday, 25 September 2021

Program Agihan Sumbangan Untuk Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Kemensah (Taman Kemensah Indah)

Gambar: Kesan kejadian tanah runtuh Kemensah (Taman Kemensah Indah)


HULU KELANG - Seramai 24 orang ketua keluarga atau wakil keluarga yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Kemensah Indah telah diberi agihan sumbangan pada 22 September 2021 sekitar jam 3 petang. Program agihan sumbangan ini dijalankan di Balai Raya Kg. Kemensah bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 17 September 2021 tengah malam. 


Gambar: Lawatan ke tempat kejadian pada 18 September 2021 oleh wakil Wanita IKRAM Ampang Jaya dan Ahli Majlis Tempatan


Program keprihatinan terhadap penduduk Kemensah ini dilancarkan oleh pasukan I-Bantu IKRAM Ampang Jaya atas kerjasama Ketua Kampung dan IKRAM Ampang Jaya. Turut hadir YDP IKRAM Ampang Jaya Hj Roslan Abu Mansur, Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya Datin Wan Norsiah Wan Abdullah, Ketua Kampung, PIC IKRAM Ampang Jaya Zon Kemensah Dato' Dr. Oteh Maskon dan Ahli Majlis Tempatan Puan Anfal Shaari. Ini merupakan sumbangan awal di mana setiap keluarga menerima sumbangan tunai sebanyak RM300.



Gambar: Penyerahan sumbangan oleh YDP IKRAM Ampang Jaya bersama Ahli Majlis Tempatan mengikut ketetapan KKM berkenaan penjarakan sosial ketika musim COVID-19


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YDP IKRAM Ampang Jaya, penyampaian sumbangan oleh YDP dan Puan Anfaal, diikuti dengan ramah mesra ringkas bersama penerima bantuan. Ucapan dan penerangan mengenai bantuan dan usaha kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meringankan bebanan penduduk yang terkesan akibat tanah runtuh ini.

Bantuan ini mendapat maklum balas positif dari penduduk yang terkesan dengan menyuarakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menyumbang. Musibah ini telah memberi kesan yang serius dan menyebabkan penduduk yang terlibat tiada tempat berteduh.

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh ini.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah ini, sumbangan anda boleh disalurkan ke maklumat akaun di bawah:

Yayasan IKRAM Malaysia
562142404402 (MAYBANK)
Rujukan : BantuKemensah21

Atau sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui pautan di bawah:


"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat." - HR Muslim

Laporan gambar penuh, sila layari:

Sekian, terima kasih.

Yang melapor,
Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya Datin Wan Norsiah Wan Abdullah, dan PIC IKRAM Ampang Jaya Zon Kemensah Dato' Dr. Oteh Maskon 

 

No comments:

Post a Comment