Sunday, 26 April 2015

TAJAAN KURMA FILIPINA - RAMADHAN 2015

ALHAMDULILLAH, SASARAN 120 KG TELAH DI CAPAI! 
ALLAHU AKBAR!
DENGAN INI, DENGAN RASMINYA PENAJAAN INI DI TUTUP

TAHNIAH pada yang berjaya rebut peluang ini. Mg diterima Allah sbg amal soleh.
Pada yang terlepas peluang kali ini, moga ada lagi peluang peluang lain di masa akan datang insyaAllah

Fastabiqul khairat....
Mg Allah rahmati semua!
~18 Mei 2015~




Ramadhan menjelang tiba! Peluang infaq datang lagi!!!! Alhamdulillah!


Objektif

  • Mendapatkan dana untuk tajaan kurma kepada penduduk Islam di beberapa perkampungan Islam di Selatan Filipina sempena Ramadhan tahun ini


Latar Belakang
  • Dengan kerjasama beberapa pelajar Islam Filipina di UIA, IKRAM Ampang Jaya telah usahakan penghantaran kurma ke beberapa perkampungan Islam disana Ramadhan lepas dan Ramadhan2 sebelumnya.   Subhanallah , mereka sangat gembira dapat berbuka dengan kurma!  
  • Umat Islam di sana tidak berpeluang atau amat sukar menikmati kurma semasa iftar.  

Tawaran Kami

  • Ikram Ampang Jaya mempelawa semua ahli, sahabat dan kenalan  untuk menaja kurma untuk umat Islam di beberapa perkampungan Islam di Selatan Filipina
  • Anda hanya perlu usahakan penajaan kewangan dan penyeliaan seterusnya diuruskan oleh kami insyaAllah
  • Tajaan adalah RM 25.00 untuk satu (1) kg termasuk kos penghantaran
  • Tajaan dibuka sehingga SABTU, 23 Mei 2015 atau sehingga tercapai sasaran
  • Penghantaran insyaAllah sebelum Syaaban bagi memastikan diterima sebelum Ramadhan, untuk urusan agihan


Sasaran
  • 120 kg
Penyertaan
  • Sila sms/whatsapp atau emel namano hp dan jumlah tajaan kepada koordinator Tajaan Kurma Filipina, Wan Fauziah di 019 3374400 atau wfauziah@gmail.com

Pembayaran
  • Sila bank in bayaran tajaan ke akaun  
        1. BIMB  12113010048247
            Tetuan Wanita IKRAM Ampang Jaya

atau

        2. MBB 162209939961
            Wan Fauziah Wan Kadir
  • sms / whatsapp / email detail pembayaran (GAMBAR SLIP PEMBAYARAN dgn no rujukan, tarikh, jumlah) kepada dua penama dibawah
  1. Wan Fauziah di 019 3374400
  2. Sharifah Maslahah 019 2728236 /sharifahmaslahah@gmail.com

Ganjaran Pahala
  • “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa,
    maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala
    seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun” 
    (Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) 
Ayuh kita sambut tawaran Allah yang amat lumayan ini. Mohon disebar luaskan peluang penajaan ini kepada yang lain. Siapa cepat dia dapat!

Barakallahufeekum!

Tuesday, 7 April 2015

Majlis Ramah Mesra


Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra Wanita IKRAM Daerah Ampang Jaya yang pertama telah diadakan pada 22 Mac 2015 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Dijayakan oleh 26 orang wakil dari 11 masjid/surau/persatuan;
  1. Flat Sri Mutiara, Ukay Perdana
  2. Perkim Wanita Taman Permata
  3. Surau Bukit Mulia
  4. Persatuan Ibu Tunggal
  5. Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati
  6. Masjid Klang Gate
  7. Surau Al Islah, Taman Keramat
  8. Masjid Bukit Indah, Ampang
  9. Masjid Bukit Antarabangsa
  10. Surau At Tarbiyah Taman Melawati
  11. Surau At Tarbiyah Bukit Indah, Ampang
 
Program diserikan dengan sesi taaruf dan slot Piagam Wanita Islam oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Baharun, Setiausaha Wanita IKRAM Pusat.
 
Semoga pertemuan hari ini akan menjalinkan sinergi dalam program kemasyarakatan akan datang Insya Allah.
 
Disediakan oleh,
Azreen
Pen. Setiausaha Wanita Ikram AJ [2014-2016]

Monday, 16 February 2015

Allah S.W.T. Sebaik-baik Perancang

MANUSIA BOLEH MERANCANG APA SAJA DIDUNIA INI, TETAPI ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Firman Allah Taala:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

And they planned and Allah (also) planned, and Allah is the best of planners.
Surah Ali Imran 3/ Ayat 54.

Maksudnya:

"Dan mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya, maka Allah membalas tipu daya mereka. Dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."
---------------------

Ayat ini secara khususnya adalah ditujukan kepada kaum Bani Israel , namun ianya terpakai kepada umat manusia seluruhnya.

Kaum Yahudi diceritakan merancang untuk membunuh Nabi Isa A.S. dengan mengupah seseorang. Sebaliknya rancangan mereka telah digagalkan oleh Allah S.W.T. dengan mengangkat Nabi Isa A.S. kelangit dan baginda dijelmakan berupa seorang yang mirip seperti wajahnya. Kaum Yahudi terlalu yakin yang disalib  itu adalah Nabi Isa A.S.

Adalah jelas tipu daya Allah S.W.T. itu mengatasi semua tipu daya manusia dibumi ini.

Di dalam Quran Allah S.W.T. menceritakan kisah kaum Nabi Lut A.S. yang merancang hendak meliwat para pemuda yang tampan yang bertamu kerumah baginda. Dengan kuasa Allah S.W.T. para pemuda yang diutus itu adalah para malaikat yang diutuskan untuk memusnahkan kaum Nabi Lut A.S. termasuklah isteri baginda yang curang yang telah membocorkan rahsia kedatangan para pemuda itu.

Begitu juga dengan rancangan Firaun untuk memalukan Nabi Musa A.S. dihadapan ahli-ahli sihirnya. Allah SWT telah memberikan mukjizat besar kepada NabiNya sehingga semua ular pesihir-pesihir itu telah ditelan oleh ular yang ditampilkan Allah SWT sebaik saja Nabi Musa A.S. melemparkan tongkatnya.

Demikian  juga dengan kisah hijrah Rasulullah S.A.W. Kaum Quraisy musyrikin telah mengatur strategi yang rapi untuk membunuh baginda dirumahnya. Namun Allah S.W.T. telah menggagalkan rancangan mereka itu , dan baginda telah selamat keluar tanpa disedari untuk bertemu sahabat baginda Saidina Abu Bakar R.A.

Begitu juga dengan kisah Perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan memberikan kelebihan kepada kaum Quraisy Makkah. Walau pun ramai sahabat menentang pada awalnya, namun dengan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. terbukti perjanjian itu lebih menguntungkan dipihak golongan muslimin.

Dalam sejarah terdekat ini kita telah membaca bagaimana pemimpin zalim di Mesir telah memenjara dan akhirnya membunuh Asy Syahid Sayyid Qutb dalam tahun 1965. Akibatnya dalam tahun 1967 mereka telah mendapat malu yang besar apabila  tentera Mesir  yang kononnya dianggap terkuat di Timur Tengah telah ditewaskan dengan mudah oleh regim Israel dalam perang hanya selama beberapa hari saja. Banyak jajahan Masir ditawan Israel termasuk  Semenanjung Sinai.

Demikianlah diantara lakaran sejarah yang berlaku yang dapat kita amati. Musuh-musuh Islam telah mengatur berbagai tipu muslihat , namun rancangan mereka itu digagalkan Allah S.W.T. Namun begitu ramai manusia pada hari ini tidak mengambil pengajaran dari ketentuan2 Allah S.W.T. itu.

Mereka yang  berkuasa dan zalim akan mengatur berbagai rancangan untuk menipu dan menindas golongan yang lemah. Segala sumber kekuatan  negara digunakan bagi melaksanakan rancangan jahat mereka. Walau bagaimana pun mereka lupa yang Allah S.W.T. mendengar rintihan pihak yang tertindas itu dan pasti akan mengaturkan satu rancangan untuk menggagalkan rancangan mereka, ataupun Allah S.W.T. akan mendatang suatu balasan yang setimpal keatas kejahatan yang dilakukan oleh mereka yang zalim itu.

Inilah sunnatullah bahawa setiap kezaliman itu pasti dibalas oleh Allah S.W.T. sama ada didunia ini atau diakhirat kelak.

Biasanya mereka yang zalim itu terlupa bahwa doa dari mereka yang dizalimi itu tidak ada hijab diantara mereka dengan Allah S.W.T. Pertolongan daripada Allah S.W.T. pasti akan datang bagi membantu kaum yang dizalimi itu.

Mereka yang ingin melakukan penipuan didunia ini biasanya lupa yang ilmu mereka adalah terhad berbanding dengan ilmu Allah S.W.T. Itulah sebabnya kita sering mendapati penipuan mereka dalam apa bentuk sekalipun tidak dapat disorokkan dan akhirnya mereka tertewas dan penipuan itu akan terbongkar. Mereka lupa yang penipuan mereka itu diperhatikan Allah Swt Yang Maha Berkuasa lagi Mengetahui segalanya.

Wallahua'lam

Rujukan:
Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 2


Disediakan oleh;
Mahbub
Setiawangsa UtamaKL

Thursday, 12 February 2015

Kisah Nabi Musa, Firaun dan Ahli Sihir

Secebis Kisah Dari Al-Quranul-Karim


Firman Allah SWT

قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا وَأَبْقَىٰ


Surah Thaahaa 20/ Ayat 71.

Maksudnya:
"Berkata Firaun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepada kamu sekalian? Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepada mu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, sesungguhnya aku akan menyalib kalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan ketahui siapa diantara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya."
----------------------------

Ayat diatas diteruskan lagi dengan pesihir2 yang telah beriman itu menjawab:

"Mereka berkata: "Kami sekali2 tidak mengutamakan kamu dari bukti-bukti yang nyata ( mukjizat) yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya dapat memutuskan  pada kehidupan dunia  ini sahaja." (Ayat 72).

Dua ayat diatas memberikan pengajaran berikut, diantaranya:

1) Firaun yang mengaku dia yang amat berkuasa sangat terperanjat melihat pesihir-pesihirnya tersungkur sujud setelah melihat mukjizat yang dipersembahkan oleh Nabi Musa a.s.

2) Firaun jadi marah kerana sebelum ini tiada rakyatnya yang berani berpihak kepada Nabi Musa dan Harun a.s. (Beliau belum pernah tercabar sebelum Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun menghadapi beliau)

3) Firaun memilih memotong kaki dan tangan pesihir-pesihir itu secara bersilang itu dengan harapan dapat membinasakan hidup mereka didunia kerana kaki dan tangan sangat besar fungsinya. Ibnu Abbas r.a. berkata, Firaunlah orang pertama dalam sejarah yang menghukum manusia cara begini.

4) Hukuman menyalib dipohon kurma itu adalah untuk menambah lagi penderitaan mereka dan memalukan lagi dikhalayak ramai. Strategi Firaun ialah menyiksa musuhnya secara siksaan fizikal dan memalukan mereka.

5) Firaun ingin menunjukkan kepada Nabi Musa dan Harun siksaan nya adalah sangat kejam dan paling mendera sekali. Majoriti rakyatnya tak tergambar bentuk siksaan sebegini.

6) Pesihir-pesihir yang telah beriman memilih tidak berganjak dengan iman mereka setelah yakin dengan kebesaran mukjizat yang dibawa oleh Nabi Musa itu. Yang mereka lihat itu adalah jauh mengatasi ilmu-ilmu sihir mereka.

7) Demi kekuatan iman yang ada pada mereka, pesihir-pesihir sanggup berkata : "Putuskanlah apa yang engkau mahu, sesungguhnya engkau hanya dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini saja."

Pesihir-pesihir itu yakin bahawa kuasa yang ada pada manusia ini hanyalah kecil dan berbentuk sementara saja. Sesungguhnya kuasa Tuhan Rabb adalah mengatasi segala kehebatan manusia didunia ini.

Ayat-ayat diatas mesti dijadikan iktibar dan pengajaran mengenai ketabahan dan kekuatan iman mereka yang tertindas yang sangat yakin bahawa kekuatan Tuhan mengatasi kehebatan seorang  pemerintah. Buktinya mereka berani melontarkan kata-kata bahawa pemerintah itu hanya dapat kuasai mereka semasa didunia ini saja, sedang dunia ini bumi yang fana' dan mereka hanya menghendaki negeri yang abadi.

Itulah sebenarnya hakikat yang berlaku didunia sekarang ini, pihak yang berkuasa akan terus menindas mereka yang cuba menentang perintah mereka semasa didunia ini. Berbagai hukuman dikenakan bagi memastikan kuasa mereka berkekalan.

Begitulah hakikatnya, kisah yang terjadi dalam Al-Quran itu akan terus berulang-ulang dari zaman ke zaman. Pihak yang berkuasa akan terus menindas siapa sahaja yang berani menentang perintahnya.

Bagi mereka kuasa itu adalah lesen untuk melaksanakan berbagai bentuk kezaliman didunia ini.

Mereka lupa bahwa Firaun yang gagah perkasa itu juga akan menerima balasan azab dari Allah SWT jua akhirnya.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Tafsir Mustaffa Al- Maraghiy - Jilid 8.
Sahih Tafsir Ibnu Katsir -Jilid 8


Disediakan oleh;
Mahbub
Setiawangsa UtamaKL