RISALAH JUMAAT
(Penghulu Sekalian Hari)
SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU
ALLAH SWT MENYAKSIKAN SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN
Mukaddimah
Kita mulai dengan menanyakan "untuk tujuan apa manusia itu diciptakan Allah Swt?"
Allah tidak menjadikan manusia ini dengan sia-sia tanpa tujuan.
FirmanNya yang berbunyi:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Al-Dzariyat 51:56
Yang bermaksud:
Tidak Aku dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Ku.
Beribadah dalam kata yang luas adalah melakukan apa saja sejajar dengan syariat yang telah ditentukan oleh Allah Swt.
Ada ibadah yang dipanggil ibadat khusus yang berbentuk ritual atau amali yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya, manakala ibadat yang umum itu adalah perlakuan yang kita lakukan dari bangkit tidur hingga kemalamnya. Ini mencakupi usaha kita mencari rezeki, bergaul dengan keluarga dan masyarakat dan apa juga aktiviti kita yang berkaitan hubungan sesama manusia seperti bermuamalat, bersosial dan bernegara.
Setiap apa ibadah yang kita lakukan ada hubung-kaitnya dengan tujuan manusia itu dicipta sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dan setiap perlakuan manusia itu akan dipertanggung-jawabkan di Hari Pembalasan kelak.
Maka oleh kerana itu hidup manusia muslim itu perlu lah dipenuhi dengan berbagai macam amal yang pastinya mendatangkan faedah kepada asal tujuan manusia itu dijadikan.
Firman Allah Taala:
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
At-Taubah 9: 105
Yang bermaksud:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) : " Beramallah kamu (akan segala apa yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada mu apa yang kamu telah kerjakan."
Amalan soleh adalah pelengkap kepada deklarasi yang dibuat oleh seseorang yang mengaku dirinya beriman dengan Allah dan Hari Kemudian; serta percaya cabang-cabang rukun iman yang lainnya.
Sentiasa taat melakukan ibadah yang difardukan dan juga berusaha keras untuk menegakkan ad-diinul Islam serta menyebarkan risalah agama yang suci itu adalah semulia- mulia amal solih yang dituntut.
Setiap insan muslim adalah dituntut supaya memberikan apa jua sumbangan kepada usaha memertabatkan agama Islam yang suci ini, tidak kira dibidang mana dia ceburi dalam hidup seharian.
Sesungguhnya Allah Swt dan juga orang beriman yang lain akan menjadi saksi keatas setiap usaha yang kita lakukan seharian.
Segala amal solih yang kita lakukan itu akan dipertontonkan dihari Akhirat dan di balasi dengan balasan Allah yang setimpal dengan usaha kita itu.
Allah Swt amat sayang kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bermujahadah dan berjuang dijalanNya dan amat benci kepada mereka yang tidak melakukan sebarang usaha - kerja untuk agama Allah , dan bahkan hanya melaungkan slogan yang kosong dan penuh retorik yang palsu belaka.
Kejayaan memertabatkan Islam tidak akan berjaya sekiranya seluruh umat Islam tidak menggembelingkan tenaga
bekerja untuk Islam secara bersungguh-sungguh.
Ini adalah sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Muhammad 47: 7
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan kamu.
Janji Allah ini adalah sesuatu yang benar dan Allah tidak pernah mungkir janji sedikit pun.
Umat Islam pada zaman Rasulullah Saw adalah mereka yang benar-benar telah menunaikan tanggung- jawab membela
agama Islam ketahap yang maksimum sehingga mereka sanggup mengorban segala harta dan jiwaraga mereka demi untuk agama Islam yang mereka yakini.
Tahap keimanan mereka yang amat tinggi ini telah dinyatakan oleh firman Allah
yang berbunyi:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Al-Hujurat 49:15
Yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Akhir sekali Allah mengingatkan hamba-hambaNya bahawa mereka tidak semudahnya mendakwa diri mereka telah beriman melainkan mereka itu menjalani berbagai ujian dalam hidup ini.
Hal ini di nyatakan dalam firmanNya:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Al-Ankabut 29: 2-3
Yang bermaksud:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" , dan mereka tidak diuji ?
Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengenali orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.
Sesungguhnya Allah sendiri yang akan menilai sama ada seseorang hambaNya itu telah melaksanakan tanggung-jawabnya hidup didunia ini; dan juga setiap hambaNya itu telah lulus setiap ujian yang dilaluinya itu ataupun sebaliknya.
Akhir sekali kembalilah kita kepada fungsi utama manusia dijadikan Allah , agar hidup kita ini ada nilainya disisi
Allah - bukannya hidup yang kosong dan tidak ada amal-amal solih yang akan dibawa ketika bertemu dengan Allah di Hari Pembalasan nanti. Janganlah kita kembali menemuiNya dengan tangan kosong .
Wallahua'lam
Oleh;
MBS
Rujukan:
Tafsir Skh Mustaffa Al-Maraghiy
Risalah Ta'alim
Friday, 19 August 2016
Wednesday, 13 July 2016
HISYAJ 1437H @ Himpunan Syawal IKRAM Ampang Jaya
Himpunan Syawal IKRAM Ampang Jaya kembali lagi untuk tahun 1437H/2016!
Dijemput semua hadir bagi memeriahkan majlis... 😊
Tarikh: Ahad, 19 Syawal 1437H/24 Julai 2016
Masa: 10.30 pagi - 2 petang
Tempat: Dataran Sekolah Rendah Al-Amin KL
Ajak keluarga dan kawan-kawan ya!
Aktiviti: Persembahan IKRAMJunior | Multimedia | Aiskrim | Ramah Mesra | Photobooth
[Tazkirah] Amaran Allah S.W.T. Terhadap Orang Yang Zalim & Juga Pembantu Kepada Orang Zalim
ILMU DARI AL-QURANUL- KARIM
AMARAN ALLAH SWT TERHADAP ORANG YANG ZALIM DAN JUGA PEMBANTU KEPADA ORANG ZALIM
Firman Allah Taala:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا
Surah Al-Kahfi 18 :57
Yang bermaksud:
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan ayat2 dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan diatas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan pula) sumbatan ditelinga mereka, dan sekalipun kamu menyeru mereka kepada jalan petunjuk, nescaya mereka tidak dapat petunjuk selamanya."
----------------------------
Orang yang berbuat kezaliman sering diingatkan dengan ayat2 Al-Quran , namun dia berpaling atau tidak mahu mengambil pengajaran, bahkan dia lupa keatas kerja2 zalim dan maksiat yang dilakukannya.
Dia juga tidak memikirkan kesan2 buruk dari perbuatan jahatnya itu.
Mereka telah sampai ke peringkat lupakan kepada Allah Swt kerana pintu hatinya telah tertutup rapat sehingga tidak mahu mendengar lagi sebarang nasihat yang diberikan kepadanya.
Kedua telingannya juga telah ditutup rapat sehingga tak mahu mendengar lagi nur petunjuk bagi dirinya.
Oleh kerana banyak maksiat yang dahsyat yang telah dilakukannya, Allah Swt tidak akan membiarkan satu kebaikan pun sampai kehatinya. Ini kerana jiwanya telah terlalu hitam atau kotor dengan segala macam maksiat bertimbun2 yang telah dan sedang dilakukannya.
Hatinya telah diselaputi dengan dinding tebal yang tidak mengizinkan nur hidayah masuk kedalam kehatinya.
Maka oleh kerana itulah kita dapati orang yang zalim dan melakukan maksiat itu akan semakin teruk perilaku nya dari sehari kesehari.
Orang ramai tertanya-tanya kenapakah maksiat demi maksiat dilakukan olehnya tanpa berhenti, seolah-olah dia tidak memiliki perasaan takut kepada Tuhannya.
Demikianlah sedikit gambaran Allah Swt keatas orang yang berterusan melakukan pelbagai kezaliman dan maksiat.
Kezaliman dan maksiat yang dilakukannya itu selaras dengan kuasa yang ada padanya. Biasanya lebih tinggi kuasa yang ada pada seseorang itu , maka lebih besar maksiat yang dilakukannya.
Keadaan yang paling menggerunkan sekali ialah apabila Allah Swt mengatakan Dia tidak akan memberikan hidayah kepada orang zalim itu buat selama-lamanya.
Ini adalah salah satu bentuk kemurkaan Allah Swt kepadanya.
Tapi sayangnya dia tidak merasainya kerana pintu hatinya telah tertutup rapat.
JANGAN CENDERUNG MENGIKUTI ATAU PUN MEMBANTU ORANG ZALIM
Firman Allah Taala:
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Surah Hud 11: 113
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yang zalim , yang menyebabkan kamu disambar oleh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong selain
Allah , kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."
---------------------
Allah Swt menegaskan jangan kamu bersandar (minta pertolongan) atau membantu kepada orang2 yang zalim diantara kamu.
Ini adalah kerana mendampingi mereka yang zalim itu, akan menyebabkan kamu juga terkena percekan api neraka keatas sumbangan kamu membantu si penzalim itu.
Oleh kerana kamu cenderung membantu orang yang zalim itu, pertolongan Allah tidak datang kepada mu kerana kamu telah menjadikan orang yang zalim itu menjadi kawan karibmu.
Dengan kata lain kamu telah mengenepikan wujudnya Allah Yang Maha Berkuasa itu untuk menjadi Penolong mu.
Orang yang zalim telah kamu jadikan sandaran untuk mendapatkan rezeki, dan juga sebagai tempat meminta pertolongan.
Ingatlah firman Allah Taala
وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Surah Al-Maidah 5:51
Maksudnya:
"....Dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim....."
Ini menunjukkan sesiapa yang bersekongkol dengan orang zalim dia juga telah termasuk didalam kumpulan mereka. Allah Swt juga tidak memberikan pertolongan kepadanya, sesuai dengan firmanNya yang bermaksud :
"...Dan (ingatlah) orang yang zalim itu tidak ada siapa pun yang dapat membantunya."
Al-Baqarah 2: 270.
Kesimpulannya:
1) Allah Swt memberi amaran kepada orang2 yang zalim bahawa kemurkaan Allah terhadapnya adalah amat besar sekali . Allah akan menutup pintu hati mereka daripada menerima hidayah buat selamanya, melainkan mereka segera bertaubat.
2) Allah melarang hambaNya yang beriman menyokong orang2 yang berbuat kezaliman kerana perbuatan jahat mereka itu akan mendapat balasan api neraka. Jadi mereka yang memberikan sokongan, bantuan atau bersubahat dengan orang yang zalim itu , mereka mestilah bersedia menerima percekan api neraka yang bakal menimpa orang zalim yang mereka ikuti.
Bertakwalah kepada Allah Swt dengan sebenar- benar takwa sebagai jalan penyelamat dari siksaan api neraka.
Kita kena ingat bahwa di Hari Mahsyar nanti si penzalim dan juga pembantu-pembantunya akan dihimpunkan dihadapan Allah Swt untuk diadili perbuatan mereka . Didunia mereka boleh terlepas kerana kekuasaan berada ditangan mereka, tetapi diAkhirat kelak sudah tidak ada lagi para hakim dan peguam yang menyelamatkan mereka.
Jadi insaflah kita , supaya jangan berlaku zalim dan juga cuba membantu orang yang zalim didunia ini. Akibatnya kita juga terseret ke lubang neraka, nauzubillah .
Wallahua'lam
Rujukan:
Tafsir Al-Maraghiy Jilid 8 & 6.

Friday, 1 July 2016
[Tazkirah] Mencari Jalan Pulang - Memilih Teman di Syurga
MENCARI JALAN PULANG - MEMILIH TEMAN DI SYURGA
Firman Allah Taala
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
An-Nisa' 4: 69
Yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, maka mereka akan (ditempatkan disyurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang
siddiqin, dan orang yang syahid, serta orang yang solih. Dan amat eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)."
Ayat yang berikutnya:
ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا
Yang bermaksud :
"Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya)."
--------------------
As-Siddiqin الصد يقين : Orang yang amat teguh percayanya kepada kebenaran. Atau orang yang benar dalam perkataan dan keyakinannya.
As-Shuhada'الشهداء
Orang yang bersaksikan kebenaran agama, kadang-kadang dengan hujjah agama, atau yang paling hebat dengan pedang dan senjata.
As-Solihin الصلحين
Orang yang mempunyai jiwa dan amalan yang baik (solih) , sementara jumlah perbuatan baiknya jauh melebihi perbuatan buruknya.
Setiap orang yang taat kepada Allah Swt dan rasulNya dengan melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan laranganNya, maka Allah janjikan dihari Kiamat nanti akan mempunyai teman dari keluarga orang yang paling dekat kepada Allah Swt dan paling tinggi lagi mulia martabatnya.
Terdapat empat (4) jenis orang yang disebutkan oleh ayat diatas. Mereka ialah para hamba Allah yang terpilih bahkan memang ada pada setiap umat. Sesiapa dikalangan umat yang taat kepada Allah dan rasulNya pada masa itu, mereka termasuk kedalam golongan yang empat itu; dan pada hari Kiamat mereka akan dikumpulkan bersama-sama.
Para nabi, siddiqin, shuhada' dan solihin akan menjadi teman-teman dirinya kerana mereka itu sangat mencintainya dan amat senang sekali melihatnya.
Menurut Aisyah R.ha , ayat ini diturunkan kerana ada diantara sahabat Rasulullah Saw yang meluahkan perasaan rindunya yang tak terhingga untuk menatap wajah Rasulullah Saw. Sahabat berkenaan meluahkan kerisauannya takut tidak dapat bertemu dengan baginda di Akhirat kelak.
Allah Swt turunkan ayat ini sebagai motivasi kepada para sahabah yang ingin bersama hamba-hamba Allah yang empat golongan itu , dengan syarat mereka mestilah sentiasa taat kepada Allah Swt dan baginda Rasulullah Saw.
Dengan kata lain mereka yang ingin memasuki syurga Allah Swt mestilah memenuhi syarat paling utama iaitu taat kepada Allah Swt dan Rasulullah Swt dalam segenap aspek hidup mereka.
Perkataan taat dan takwa kepada Allah Swt bukanlah sesuatu yang mudah disebutkan dengan lidah manusia yang mengaku dirinya beriman tanpa ianya benar-benar
diterjemahkan dalam ucapan dan perlakuan hidup seharian.
Arahan supaya taati Allah dan Nabi Saw tercantum dalam suatu firman Allah yang berbunyi:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ali-Imran 3:31
Yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, niscaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Sebagai persediaan untuk melayakkan diri kita bersama-sama dengan empat golongan ini, hidup kita mestilah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seharian yang sejajar dengan amalan para nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin.
Para nabi dan orang-orang bertakwa lainnya bukanlah makhluk yang super-natural
bahkan mereka bekerja, berumah-tangga, bermasyarakat seperti manusia biasa. Yang menjadikan mereka mulia disisi Allah Swt adalah derajat ketaatan mereka yang tinggi.
Mereka itu meletakkan kepentingan taat kepada Allah dan rasulNya melebihi
daripada kepentingan diri sendiri , keluarga , dan manusia lainnya.
Inilah kriteria yang dimiliki oleh sebahagian besar para sahabah baginda Nabi Saw dan juga para tabi'in selepas itu.
Akhirnya , hendaknya kita muhasabah diri kita sendiri dibulan yang mulia ini, apakah diri-diri kita ini mempunyai kelayakan untuk dimasukkan kedalam salah satu daripada empat kumpulan yang disebutkan diatas?
Amatlah rugi kalau baki usia yang terbatas ini kita habiskan dengan aktiviti-aktiviti hidup yang kurang berfaedah dan tidak mendapat ganjaran pahala dan keredhaan Allah Swt .
Insaflah ketika didunia lagi, dan janganlah kita menyesal diYaumil Mahsyar nanti , merayu kepada Allah untuk minta balik kedunia (walaupun seketika ) untuk meneruskan amal-amal solih yang telah kita lalaikan
sedangkan banyak peluang diberikan Tuhan semasa hidup didunia.
Wallahua'lam
Rujukan:
Tafsir Sheikh Mustaffa Al-Maraghiy -Jilid 3
Oleh
Abu Harith
IKRAM AJ
25 Ramadan 1437H

Friday, 24 June 2016
I F T A R P E R D A N A
Semua dijemput hadir bersama keluarga!
Ikram Ampang Jaya dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SRI Al-Amin Kuala Lumpur menjemput semua hadir ke majlis Iftar Perdana bersama keluarga pada:
26 Jun 2016 (Ahad)
6 petang - 10.30 malam
Di SRIAAKL
Aktiviti: Iftar | Terawih | Tazkirah | Penyampaian Sumbangan
Istimewa untuk anak-anak, Doodle Do with Ikram Junior dan Jom Infaq!
Untuk program anak-anak, hubungi 016 690 5569 @ 011 5220 2725 untuk pendaftaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)