Saturday, 1 June 2019

PROJEK SUMBANGAN RAHMAH (RAHMAH GIVING)




Alhamdulillah, Projek Rahmah Giving (Sumbangan Rahmah) telah berjaya dilaksana kan oleh IKRAM Ampang Jaya bagi kawasan Melawati/Bukit Antarabangsa dan melawati. 


Projek  yang dirancang oleh AJK Khidmat Masyarakat IKRAM Ampang Jaya ini telah dijalankan pada 30 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati dan 31 Mei 2019 bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa di mana sumbangan dan bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas telah diberikan kepada warga emas dan yang berkeperluan di Flat PKNS AU1 Taman Keramat Permai bagi lokati Keramat dan juga sekitar Kampung Pasir, UKAY Perdana dan UKAY Bistari bagi lokaliti Melawati/Bukit Antarabangsa. 


Projek ini yang bertujuan untuk meringankan bebanan keperluan harian juga dapat memperkenalkan IKRAM disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli IKRAM dan komuniti zon Keramat dan Melawati/Bukit Antarabangsa.



Semoga Projek yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan diteruskan bagi membina hubungan komuniti yang sihat dan rahmah.


Sunday, 5 May 2019

Ahlan Ya Ramadhan 1440H


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan”

(HR Ahmad)

Sunday, 31 March 2019

BERISTIQAMAH (TETAP TEGUH) DI JALAN ISLAM HINGGA KE AKHIR HAYAT


Suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, at-Tirmizi dan an-Nasaie, daripada al-‘Irbadh bin Sariyah, Nabi Saw bersabda yang bermaksud:

Allah membuat perbandingan dengan sebatang jalan yang lurus. Di kiri-kanannya terdapat dua tembok dan kedua-duanya mempunyai pintu-pintu yang terbuka. Pada semua pintu itu terdapat tirai yang dilabuhkan.

Dipermulaan jalan yang lurus itu ada penyeru yang berkata: “Wahai manusia, masuklah kejalan yang lurus secara keseluruhan dan janganlah kamu menyimpang.” Ada pula seorang penyeru yang menyeru dari pertengahan jalan yang lurus itu.

Apabila ada manusia yang ingin membuka salah satu pintu tersebut, penyeru itu membentak: “Celaka kamu! Jangan kamu buka pintu tersebut. Jika kamu membuka, pasti kamu akan masuk kedalamnya.” Jalan lurus tersebut adalah Islam. Dua tembok itu ada had batasan Allah. Pintu-pintu yang terbuka itu adalah segala perkara yang diharamkan oleh Allah. Penyeru dipangkal jalan adalah al-Quran, dan penyeru diatas jalan adalah pemberi peringatan yang dijadikan oleh Allah dalam hati setiap Muslim. 

Imam at-Tirmizi menambah, Allah Taala berfirman  dalam surah Yunus 10:25

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Yang bermaksud :
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). 

Dalam perumpamaan yang dibuat oleh Nabi Saw diatas, difahami bahawa Islam adalah jalan yang lurus yang Allah perintahkan manusia beristiqamah diatasnya.

Dia turut melarang daripada melanggar segala jalan yang ditetapkan itu. Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang haram, dia telah melampaui batas hukum Allah Swt.

Perkara yang dilarang keras adalah mensyirikkan Allah, melakukan maksiat dan kemungkaran serta berlaku zalim sesama manusia.

Ingatlah firman Allah yang berikut ini

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Surah Fussilat 41:30

Yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Semoga kita sentiasa berada dijalan yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya supaya kita sentiasa selamat didunia dan di akhirat.

Wallahua’lam

Rujukan:
Himpunan Ilmu dan Hikmah oleh Ibnu Rajab Al-Hambali - Jilid 1


MBS

[JK IKRAM Muda] Majlis Makan Malam bersama YDP IKRAM Ampang Jaya





Tarikh                 : 9 Mac 2019
Masa                  : 8.30PM – 10.30PM
Tempat              : Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya
Jumlah Peserta : 30 orang
Anjuran              : JK IKRAM MUDA Ampang Jaya

Objektif              :
- Mengumpul kembali belia-belia yang menyertai kejohanan futsal tempoh hari
- Memperkenalkan IKRAM kepada golongan belia tempatan
- Mencorakkan halatuju IKRAM MUDA Ampang Jaya dalam dunia sukan
- Menerapkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan ahli sukan
- Mencungkil bakat yang terpendam dalam masyarakat setempat





Program bermula mengikut masa yang dirancang dan berjalan dengan lancar. Bermula dengan ketibaan tetamu dan solat Isya’ berjemaah. Hadirin dihidang dengan jamuan. Di masa yang sama YDP IKRAM Ampang Jaya turut hadir Bersama dan menyampaikan ucapan keppada para hadirin. Sambutan yang baik daripada belia-belia yang hadir di mana banyak pertukaran idea yang baik dikongsi bersama secara santai. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah yang sihat sesama belia dan dapat berjumpa lagi di program akan datang.

Disediakan oleh :
Muhammad Syamil bin Roslan
JK Belia & Remaja IKRAM Ampang Jaya

[IKRAMTeens] Bijak Belajar PT3 & SPM 2019



Jawatankuasa IKRAM Teens Ampang Jaya dengan kerjasama Pusat Tuisyen Prima telah mengadakan satu program cuti sekolah: Bijak Belajar PT3 & SPM 2019 pada 25 sehingga 27 Mac 2019 bertempat di sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat. Program tiga hari ini telah berjaya menarik minat 44 remaja tingkatan satu sehingga lima terutamanya di Lokaliti Keramat.






Program cuti sekolah yang berbentuk akademik ini telah menampilkan guru-guru berpengalaman dari Pusat Tuisyen Prima bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris  untuk kategori PT3 serta mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris untuk kategori SPM. Kedua-dua kategori ini berjalan selari, selama dua jam dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi setiap hari.




Objektif program Bijak Belajar PT3 & SPM 2019 ini ialah untuk menyediakan ruang untuk remaja memanfaatkan cuti sekolah dengan perkara berfaedah melalui kelas tambahan interaktif dan perkongsian tips untuk mambantu para pelajar terutamanya calon PT3 dan SPM 2019 mempersiapkan diri untuk peperiksaan besar tersebut.




IKRAMTeens Ampang Jaya dan Pusat Tuisyen berharap para pelajar pulang dengan semangat baru dan terus bersemangat untuk menuntut ilmu demi kejayaan di masa akan datang. Semoga aktiviti berfaedah di musim cuti ini dapat mengekalkan momentum pelajar mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan memasuki semula sekolah selepas seminggu bercuti.

Disediakan oleh,
Tasneem (JK IKRAMTeens)

Friday, 8 March 2019

Nasib Yang Berbeza Ke Atas Orang Yang Kufur & Orang Yang Beriman

NASIB YANG BERBEZA KE ATAS ORANG YANG KUFUR DAN ORANG YANG BERIMAN
—————————————-

Firman Allah Taala

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

An-Nisa’ 4:56

Yang bermaksud

*Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. *

Ayat yang berikutnya

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَّهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا

An-Nisa’ 4:57

Yang bermaksud

*Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. *

*********

Allah SWT menerangkan bahawa Dia menyediakan azab yang sangat pedih bagi sesiapa yang kufur iaitu yang mengingkari ayat-ayat yang difirmankan Allah melalui para NabiNya.

Setiap kali kulit manusia yang disiksa itu hangus terbakar, Allah akan menggantikan dengan kulit yang baru pula.

Mengikut penemuan sains perubatan moden, bahagian tubuh manusia yang paling merasa sakit adalah dibahagian kulit, sedangkan lapisan tubuh yang lainnya adalah kurang dari itu sakitnya.

Allah SWT menceritakan bahawa setiap kali api neraka telah membakar seluruh lapisan kulit, maka Dia akan menggantikan dengan kulit yang lain dan disiksa keatas manusia itu terus menerus.

Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. lebih awal lagi sebelum ahli perubatan moden menemukan kesan kesakitan yang paling tinggi sekali adalah pada kulit manusia. Secara kebetulan pula, kulit mempunyai kawasan permukaan yang paling luas pada anggota manusia.

Setelah diberitahu oleh Allah SWT tentang azab yang diterima itu adalah suatu azab yang berterusan, adalah amat malang kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akalnya terus kufur kepada perintah Allah dan RasulNya didunia ini.

Ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan tiada siapa yang dapat menghalang perlaksanaan janji-janjiNya.

Bagi sesiapa yang beriman dan patuh kepada ajaran Allah dan RasulNya, mereka akan dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan menikmati balasan yang setimpal dengan amalan soleh yang telah mereka lakukan didunia ini.

Mereka itu disediakan pasangan yang sempurna dari sebarang cacat jasmaniah dan akhlak. Mereka akan ditempatkan ditaman yang mulia diSyurga Allah yang penuh dengan kesejahteraan, yang mana manusia itu sendiri tidak mampu membayangkannya didunia ini.

Demikianlah perbezaan nasib yang bakal diterima di Akhirat kelak oleh orang yang kufur berbanding dengan orang sentiasa patuh dan taat kepada setiap ajaran Allah dan RasulNya.

Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran dari dua ayat Al-Quran yang disebutkan diatas.

Wallahua’lam

Rujukan

Tafsir Sh Mustaffa Al-Maraghiy - Jilid 3

MBS

Sunday, 3 March 2019

[IKRAMTeens] See You Di IPT! Ke Manakah Haluan Anda Selepas SPM/STPM/STAM? ( CUDIPT )


Seramai 42 orang remaja berumur 13 hingga 18 tahun telah menyertai Seminar lepasan SPM/STAM/STPM (CUDIPT) anjuran IKRAMTeens Ampang Jaya pada hari Sabtu, 2 Mac 2019 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.

CUDIPT berobjektifkan untuk:
  • Memberi pendedahan halatuju pendidikan selepas SPM/STPM/STAM
  • Memberi pendedahan beberapa bidang yang ada di IPT melalui perkongsian secara langsung dari wakil-wakil bidang
  • Member latihan penulisan surat permohonan, resume dan proses temuduga.

Program ini dijalankan dalam 3 slot.

Slot 1 menampilkan Hj Mustaffa Abdullah, seorang perunding halatuju pendidikan yang mempunyai 7 tahun pengalaman dalam bidang ini. Menariknya, beliau telah berkongsikan cara yang betul untuk mengira merit melalui keputusan peperiksaan untuk meningkatkan kebarangkalian kemasukan ke IPT melalui UPU. Peserta dan ibubapa yang hadir telah mendapati slot ini sangat informatif dan penting.

Di dalam slot 2, penganjur telah berjaya mengumpulkan 20 wakil bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, perundangan, sains, pendidikan, kejuruteraan dan lain-lain serta wakil dari Kolej Komuniti Ampang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing kepada para peserta. Slot yang berkonsepkan "gallery walk" telah berjaya membuka minda peserta dan meningkatkan ilmu, semangat dan keyakinan para peserta.

Slot terakhir pengendalian Teacher Azura yang mempunyai pengalaman 9 tahun membangunkan Pusat Tusyen Prima telah berkongsi cara menulis surat permohonan, resume dan menghadiri sesi temuduga secara efektif. Slot santai ini telah memberi persiapan awal kepada peserta untuk menghadapi sebarang permohonan dan temuduga di masa akan datang.

CUDIPT merupakan penganjuran kali kedua, kali pertama pada tahun 2018. IKRAMteens berharap peserta pulang dengan pelbagai ilmu baru yang dapat dipraktikkan dan dikongsikan bersama orang lain. IKRAMTeens juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.

(Gambar penuh di FB IKRAM Ampang Jaya)

Disediakan oleh,
Tasneem (JK IKRAMTeens)

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa AS



Sumber gambar : Wikipedia


Kita umat Islam mestilah menyedari bahawa agama Kristian hari ini telah meletakkan kedudukan baginda Isa As disuatu martabat yang lebih tinggi dari tahap seorang Pesuruh Allah (Messenger) . Hari ini Nabi Isa diberikan kedudukan sebagai Anak Tuhan oleh para penganut Kristian atau pihak gereja.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ 4:171 , yang bermaksud:

*Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (atau TRINITI)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu.Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).*

Sebagai umat Islam kita dituntut beriman terhadap kerasulan Nabi Isa As sama seperti rasul-rasul yang lain. Bahkan Nabi Isa adalah salah seorang rasul Ulul Azmi yang banyak menerima ujian didalam kerja dakwah baginda.

Kita berkeyakinan Nabi Isa dikurniakan banyak kelebihannya(mukjizat) sebagai kemuliaan baginda :-

1) Dilahirkan tanpa berbapa, berbeza dengan manusia biasa
2) Berkata-kata semasa kecilnya dalam pangkuan Maryam ibunya, wanita yang suci
3) Dapat menyembuhkan orang berpenyakit kusta
4) Dapat mencelikkan orang yang buta
5) Dapat menghidupkan orang yang mati
6) Dikurniakan kitab Injil
7) Digelar Al-Masih

Kehebatan (mukjizat) yang berlaku semuanya diatas izin Allah SWT.

Perkara diatas dijelaskan dalam Kitab Al-Quran sendiri.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran 3:45-51 yang bermaksud:

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

"Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."

Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."

Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

"Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".

Semua fakta ini tidak diketahui sendiri oleh baginda Rasulullah S.A.W. melainkan melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail AS kepadanya.

Semoga paparan diatas memberikan ilmu tambahan kepada kita semua.

Wallahua’lam


Rujukan
Buku Kristian Apa Umat Islam Perlu Ketahui - Oleh Nicholes Sylvester & Abdullah Din


MBS

Saturday, 2 February 2019

Panduan Menjaga Hubungan Sesama Rakan & Kawan

PANDUAN MENJAGA HUBUNGAN SESAMA RAKAN & KAWAN


Banyak dari ayat dalam Surah Al-Hujurat (49) menceritakan kaedah menjaga keharmonian hubungan sesama kawan & rakan , umpamanya ayat 6, 10, 11 ,12 &13

Makna kepada ayat-ayat itu adalah:-

a) Jangan mendengar khabar angin mengenai seseorang

Ayat No. 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ - 49:6

Yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

b) Utamakan konsep persaudaraan (ukhuwah)

Ayat No.10

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ - 49:10

Yang bermaksud

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

c) Jangan memberikan gelaran yang tidak elok kepada seseorang

Ayat No.11

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ - 49:11

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

d) Jangan berprasangka buruk dan menabur fitnah

Ayat No.12

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ - 49:12

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

e) Yang paling mulia diantara kamu diukur pada darjah ketakwaan masing-masing

Ayat No.13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ - 49:13

Yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Semoga dapat dijadikan panduan bersama.

MBS
2 Feb 2019

Monday, 28 January 2019

[IKRAM Muda] Kejohanan Futsal Piala YDP IKRAM Ampang Jaya





• Tarikh : 26/01/2019
• Masa : 9AM - 4PM
• Tempat : KSL Futsal Sport Centre, Setapak
• Jumlah Peserta : 29 kumpulan, 208 pemain

• Objektif :

1. Memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat umum.
2. Mencorakkan halatuju IKRAM Muda Ampang Jaya dalam dunia sukan.
3. Menerapkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan ahli sukan.
4. Mencungkil bakat yang terpendam dalam masyarakat setempat.


• Perjalanan Program :

- 8.00am : Pendaftaran
- 9.25am : Kick-off
- 10.40am : Perasmian majlis oleh YDP IKRAM AJ
- 11.00am : Permainan diteruskan
- 1.15pm : Rehat & Solat Zohor berjemaah
- 2.00pm : Separuh Akhir bermula
- 2.45pm : Perlawanan Akhir
- 3.15pm : Penyampaian Hadiah dan penutup
- 3.45pm : Bersurai

* Juara : Real Salsa
* Runner-up : Jerro Tornado


• Takeaways : Ruang dakwah dalam arena sukan sangat luas. Belum ada lagi yang mempelopori.


• Laporan oleh : Muhammad Syamil bin Roslan

Gambar penuh : https://www.facebook.com/142339585821900/posts/2060806690641837/

Thursday, 24 January 2019

THE MAJOR DIFFERENCES BETWEEN CHRISTIANITY AND ISLAM

Photo by: AsiaNews

(Recollection from Lectures by Almarhum Sheikh Ahmad Deedat )

Eventhough there are many similarities between the present Christianity and Islam, the parting ways (differences) are so obvious between the two groups of believers:-

i) The Christians believed in the concept of Trinity which is obviously Syirik (association of Allah with other gods) , contradictory to the concept of Tauhid (Oneness of Allah) as believed by the Muslims since the Prophet Adam A.s.
Trinity derived from the concept of Paganism emerged during the reign of King Constantine about 300 years after the time Jesus left the world.

ii) The Christians believed that Jesus has the divine power . They elevated Jesus to the level of God , whereas Muslims regarded Jesus nothing more than the Messenger of Allah . All the miracles happened during his time were merely with Allah’s permission.

iii) The Christians believed that Jesus died on the Cross , then he was elevated by God to Him after 3 days, but Muslims believe that Jesus had never been crucified on the Cross but Allah had elevated him to His Heaven. The person that had been hanged on the Cross was actually someone who had almost similar look like him.

iv) The Christians believed that mankind would achieve Salvation just by asking the pardon of their sins through Jesus . But Islam directs all the Muslims to do the good deeds in the lifetime, and whenever they make mistakes they just seek the Taubah (pardon or repention) from Allah The Almighty immediately. Someone will never carry the sins of other people . The prophet Isa or Jesus can never carry the sins of others.
Similarly the sins of Adam and Eve cannot be passed on to later generations. Infact Adam and Eve had already been pardoned by Allah .

v) The Christians believed that the Bible is the Holy Book revealed by the God , but Muslims believed that the current Old & New Tastements and Plasm (Tawrah, Injil and Zabur) are no more in the original forms but all had been corrupted by their own followers thousands years ago.
Because of that Allah Swt sent His last messeger Prophet Muhammad Saw with Al-Quran in order to correct all the Holy Books which had been totally corrupted by the previous generations.

vi) The present Christians , from the Pope to the ordinary followers, do not accept Prophet Muhammad as the last Messenger of Allah to the mandkind. The truth about Muhammad the Last Messenger was misteriously not mentioned by the Catholic and Protestant churches, eventhough the name of Muhammad were mentioned many times in the original Tawrah and Injil. Before the emergence of final Prophet , the Jews and Christians believed about the coming of the another Messenger but just because Muhammad was sent down by Allah from Arab tribe and not from Bani Israel then they totally rejected Rasulullah Saw . Many Jews and Christians had actually settled down around Yathrib or Medinah hundred years before the Hijrah of the Prophet Saw because they believed that the next prophet would be sent down somewhere in the Arab Peninsular. Muslims believed all the Messengers from Adam to Muhammad but the Christians believed all the Messengers except Muhammad . Bacause of that reason the Christians are regarded as Kufr (kafir).


MBS 26 December 2018