Sunday, 9 October 2022

Sambutan Hari Warga Emas 2022


Kuala Lumpur, 02 Oktober 2022 - Kelab Warga Emas Di Hati dengan kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Keluarga IKRAM Ampang Jaya (PEKA) & IKRAM MUDA Ampang Jaya telah bersama-sama menjalankan aktiviti Sambutan hari Warga Emas 2022 di Taman Tasik Titiwangsa.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang termasuk sukarelawan, ahli jawatankuasa dan orang awam yang disantuni di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Sambutan Hari Warga Emas yang disambut pada 01 Oktober setiap tahun ini dijalankan bertujuan meraikan warga emas di samping memberi kegembiraan kepada warga emas bersama keluarga, memupuk semangat berkasih sayang dan saling menghormati antara pelbagai lapisan masyarakat serta memberi pendedahan kepentingan menyantuni serta menghargai golongan warga emas.




Program ini berlangsung dengan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Kelab Warga Emas Di Hati kemudian diikuti taklimat kepada sukarelawan.

Aktiviti regangan dan sarapan dijalankan sebagai persediaan tenaga dan kecerdasan sebelum aktiviti mengedarkan cenderahati dan flyers dilaksanakan oleh 20 sukarelawan muda dan 4 ahli kelab. Mereka juga menyantuni warga emas dan keluarga di sekitar tasik.









Hadirin bersurai sekitar jam 11.00 pagi. Ahli kelab dan sukarelawan memberi respon positif, teruja dan ingin mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kelab yang akan datang.








Hargailah dan berbaktilah kepada ahli keluarga sementara hayat masih ada.


Yang melaporkan,

Dr. Nurlina Yusof, PSU IKRAM Ampang Jaya


https://www.facebook.com/IKRAMSelangor/posts/pfbid0rmEVbaj8Xj934qNU2YkuH74yRoC72XwDgYKVJxQuTWb2YMwx9T4tx2DPSFdKgNnCl


#IKRAMAmpangJaya

#KelabWargaEmasDiHati

#WanitaIKRAMAmpangJaya

#IKRAMMudaAmpangJaya

#IAJSanaSini

No comments:

Post a Comment