Friday, 16 December 2022

ALLAH TIDAK MENGUBAH NIKMAT BAGI SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAHNYA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Yang  demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Anfal 8:53

              ^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:

1)Allah SWT menjelaskan tentang kesempurnaan keadilanNya dalam segenap hukum-hukumNya kerana Dia tidak akan mengubah nikmat-nikmat yang telah diberikanNya pada seseorang atau sesuatu kaum kecuali disebabkan kesalahan-kesalahan  yang dilakukan oleh seseorang  atau sesuatu kaum itu. 

Dalam konteks ayat diatas, azab yang ditimpa kepada orang-orang musyrikin  Quraisy Makkah kerana mereka  telah kufur kepada nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada mereka . Nikmat terbesar yang mereka ingkar  adalah nikmat  diturunkan seorang Rasul Allah dikalangan mereka  suku bangsa Arab yang hidup  mundur dipadang pasir yang gersang dan panas. Padahal kaum Yahudi dan Nasrani dari kalangan ahli-ahli Kitab di bumi para anbiya menunggu-nunggu kemunculan seorang Rasul Allah  yang terakhir dari kalangan kaum mereka. 

Disebabkan orang-orang Quraisy Makkah itu jahil mengenai ramalan  yang terdapat pada Kitab-Kitab orang Yahudi dan Nasrani itu , mereka telah begitu mudah menolak kehadiran seorang Rasul bernama Muhammad  yang muncul ditengah-tengah masyarakat mereka .

Oleh yang demikian , tinggallah kebanyakan dari mereka dalam suasana kejahilan dan kegelapan disebabkan mereka tidak mahu menerima  nur (agama ) Islam, sebaliknya mereka meneruskan penyembahan berhala-berhala yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.

2)Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa keberkatan terhadap sesuatu nikmat itu bergantung kepada aqidah yang benar , amal yang baik dan akhlak yang tinggi. Sebaliknya hilangnya sesuatu nikmat adalah disebabkan oleh kekufuran , melakukan kerusakan, akhlak yang buruk dan sifat lalai dan sombong yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai suatu ujian dalam kemewahan (istidraj) sepertimana firmanNya:

فَذَرْنِي وَمَن يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Al-Qalam 68:44

Peluang keemasan menjadi umat yang beriman kepada seorang Rasul ditengah-tengah umat Arab telah disia-siakan oleh musyrikin Quraisy disebabkan oleh sikap sombong dan kejahilan mereka sendiri.

3)Allah SWT memperlakukan orang-orang musyrikin Makkah yang mendustakan risalah Nabi Muhammad adalah serupa keadaannya sebagaimana yang dilakukanNya pada umat-umat terdahulu yang juga telah mendustakan para Nabi mereka.

Kekufuran orang musyrikin Makkah itu  sama seperti kufurnya Firaun dan para pengikutnya kepada risalah yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun AS.

Firaun dan para pengikutnya telah diazab oleh Allah SWT dengan ditenggelamkan mereka didalam laut , makakala kaum musyrikin Makkah dan para pemimpin mereka telah dibunuh begitu ramai semasa Perang Badar.

4)Ayat Al-Anfal 8:53 diatas mempunyai kaitan yang rapat dengan firmanNya yang lain didalam surah Ar-Ra’d yang berikut ini:

 إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ar-Ra’d 13:11

Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum berupa kehidupan yang selesa, kesihatan yang baik, kemakmuran yang berpanjangan, kesejahteraan dan kenikmatan  yang menyeluruh. Yakni Allah SWT tidak menarik kembali nikmatNya dari mereka itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka seperti suasana hidup yang baik itu digantikan dengan kehidupan yang buruk yang mana dipenuhi dengan kesusahan, kemelaratan, kehinaan dan kacau-bilau penuh dengan persengkitaan penduduk didalamnya. 

Perkara-perkara ini berlaku apabila masyarakat telah mula tidak bersyukur kepada begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Kebanyakan mereka telah mengabaikan nilai-nilai akhlak yang murni, bertambahnya aktiviti-aktiviti maksiat dan mereka saling tidak menghormati  sesama mereka.

5)Realiti dan fakta sejarah Islam pada abad-abad yang lalu menunjukkan dengan sangat jelas bahawa Allah SWT tidak mengubah keadaan  dan kondisi umat Islam yang mulia, kuat, makmur, sejahtera, merdeka dan unggul dalam bidang keilmuan, politik, ekonomi dan sosial, melainkan setelah mereka  mengubah diri mereka dengan mengabaikan ajaran  agama Islam, meninggalkan Al-Quran dan sunnah NabiNya , dan meniru cara hidup orang kafir dan tiada lagi budaya tolong menolong serta terhakisnya usaha-usaha menyeru kepada yang maaruf dan mencegah berlakunya kemungkaran dalam masyarakat. Penyakit yang paling melemahkan umat Islam ialah apabila mereka berlumba-lumba mencari harta kekayaan dunia  dan mula mengabaikan tanggung-jawab berdakwah kepada umat manusia yang non muslim. 

Disamping itu pihak pemerintah atasan  umat Islam mula menzalimi dan menindas rakyat bawahan tanpa pembelaan keatas nasib mereka yang hidup dalam kesusahan..

Kebanyakan  kerajaan Islam yang hancur atau dikalahkan oleh pihak musuh adalah apabila  mereka mula mengabaikan semua ciri-ciri kebaikan yang disebutkan diatas.

Sebagai contoh yang mudah , lihatlah apakah puncanya yang menyebabkan  kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan kemudian kejatuhan yang sangat hina kerajaan Islam Andalusia diSepanyol.

Namun begitu sejarah juga telah membuktikan apabila umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan istiqamah dalam memperjuangkan Islam , Allah SWT telah menganugerahkan mereka kemenangan besar keatas  kerajaan Farsi dan Rom (Timur) yang gagah perkasa.

Kesimpulan

Apabila kita membincangkan ayat diatas kita tidak boleh lari dari mengaitkan dengan nasib umat Islam diseluruh dunia pada hari  ini.

Samada kita suka atau tidak , kita mestilah menerima hakikat bahawa umat Islam diarena antarabangsa  masih jauh ketinggalan dibelakang orang-orang non muslim dalam banyak  bidang penting terutamanya disektor politik, ekonomi, perniagaan , industri, teknologi, pertahanan, pendidikan, hartanah , pertanian, sebaran am  dan berbagai sektor lain.

Seperti yang kita semua sedari  Masjidil Aqsa (diBaitul Maqdis) adalah tempat ketiga martabat kemuliaannya bagi umat Islam setelah Masjidil Haram (diMakkah) dan Masjid Nabawi (diMadinah). Namun begitu disebabkan lemahnya kesatuan dan keupayaan ketenteraan umat Islam, sehingga kehari ini Masjidil Aqsa masih dijajah oleh pihak regim Yahudi Israel semenjak tahun 1948 dahulu.

Apakah kota suci ini dapat dikembalikan semula kepada kekuasaan  umat Islam dalam keadaan kita umat Islam masih lemah dan berpecah belah pada hari ini?

Hal ini sukar dijawab kerana umat Islam masih terus berpecah-pecah dan setiap negara tidak mahu mencampuri urusan negara yang lain dan kekuatan ketenteraan negara-negara Islam masih jauh ketinggalan berbanding dengan kuasa-kuasa Barat yang melindungi negara regim Yahudi Israel itu pada hari ini.

Persoalan yang terakhir sekali adalah mengenai nasib umat Islam dinegara ini yang masih ketinggalan dibelakang dalam banyak sektor terutamanya dibidang ekonomi, pendidikan, perniagaan, industri , hartanah dan lainnya. 

Umat Islam dinegara ini adalah penduduk yang paling ramai tetapi mereka rata-rata sangat miskin berbanding orang-orang  berasal dari Tanah Besar China  yang merupakan golongan minoriti yang sangat kaya dinegara ini. 

Umat Islam mestilah membuka minda dan mengubah sikap supaya cepat sedar bagaimanakah caranya  untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan yang berpanjangan meskipun orang Islam sendiri  telah memegang tampuk pemerintahan negara ini semenjak merdeka tahun 1957 lagi hingga sekarang.

Oleh itu ingatlah bahawa  Allah SWT tidak akan mengubah nasib  ataupun nikmat sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri. Orang lain tidak mampu melaksanakan perubahan ini, sekiranya tidak ada kesedaran yang timbul dikalangan umat Islam sendiri.

Umat Islam perlu melantik para pemimpin yang boleh membawa perubahan bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka dibidang pendidikan, ekonomi, perniagaan dan latihan vokasional bagi mengwujudkan banyak peluang pekerjaan 

bagi generasi  anak-anak muda dinegara ini. Perkara ini sukar untuk dicapai sekiranya umat Islam masih dipimpin oleh para pembesar negara yang tidak amanah , salah guna-kuasa , mengamalkan rasuah dan tidak kompeten dan tidak bersungguh-sungguh mahu memajukan  ekonomi umat Islam  yang rata-rata masih ketinggalan jauh dibelakang dipelbagai bidang.

Allahu A’lam

Rujukan

Tafsir Al-Munir -Jilid 5 , 7

Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 9 December 2022

ALLAH BERKUASA MENENTUKAN KEPADA SIAPAKAH KUASA PEMERINTAHAN HENDAK DISERAHKANNYA

PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

 Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ali Imran 3:26

         ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berikut ini adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:

1)Serba ringkas mengenai sebab ayat ini  diturunkan:

Al-Wahidiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA dan Anas bin Malik RA bahawa sewaktu Rasulullah SAW menakluk kota Makkah pada tahun ke8 Hijrah , baginda menjanjikan bahawa suatu hari nanti  kerajaan Parsi dan Rom akan umat Islam kuasai. Mendengarkan janji baginda itu, puak munafik mengatakan perkara itu adalah mustahil dicapai kerana mereka beranggapan kedua kuasa besar itu adalah terlalu kuat buat umat Islam  kerana mereka mempunyai tentera yang ramai dan kelengkapan perang yang sangat hebat. Sebagai menjawab ejekan puak munafik itu , lalu Jibril AS turun menyampaikan ayat Ali Imran 3 :26 diatas.

2)Allah lah yang berkuasa memberikan kuasa pemerintahan kepada seseorang  dan Dia juga yang berkuasa menarik semula kuasa itu daripada sesiapa yang telah diberikan kuasa itu. Apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Maksudnya Dialah yang Mengendalikan semua ciptaanNya menurut kehendakNya.

3)Allah SWT telah membuktikan Dia berkuasa  mengalihkan kerasulan  dari Bani Israil kepada seorang Rasul dari keturunan Arab, dari suku Quraisy diMakkah bagi menutup seluruh Rasul dimuka bumi ini dengan kehendakNya yang mutlak. 

Dia telah mengangkat Nabi Muhammad SAW, seorang insan   yang ummi dengan memberikan syari’at Islam yang lengkap dan pengetahuan  mengenai perkara yang ghaib melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril AS.

4)Allah SWT telah memberikan kuasa kepada Nabi SAW untuk mengalahkan puak kafir musyrik Makkah yang sebelum itu telah menindas  dan memusuhi kaum mukminin lebih tiga belas tahun lamanya.

Perkara ini tidak pernah terfikir oleh puak musyrik Makkah  yang pada awalnya mereka memandang rendah pada kaum mukminin pimpinan Nabi Muhammad SAW.

5)Dengan kekuasaan Allah  juga lah umat Islam  dizaman pemerintahan para sahabat telah berjaya mengalahkan kuasa besar pada masa itu iaitu  Parsi dan Rom(Timur).

Adalah diriwayatkan semasa membuat persiapan perang Ahzab, para sahabat yang mengorek  parit (khandak) telah terjumpa sebuah batu besar. Mereka tak berjaya memecahkannya  dan meminta Rasulullah SAW melakukannya. Baginda telah menggunakan alat pemecah batu dan menghentakkan kebatu itu sebanyak tiga kali sehingga batu itu pecah. Pada hentakan yang pertama baginda berdoa agar Allah kurniakan kunci Istana dinegeri Sham (Rom Timur) kepada umat Islam. Pada hentakan kedua baginda berdoa agar dikurniakan kunci Istana Parsi. Pada hentakan ketiga pula baginda berdoa agar dikurniakan  kunci Istana Yaman.

Apabila diceritakan doa Rasulullah ini kepada para sahabat , ramai dari kalangan puak munafik yang mendengar telah mempersendakannya. Puak  munafik  menyangka perkara  yang dihajati oleh baginda itu adalah sesuatu yang amat mustahil dicapai.

Namun begitu sejarah  telah membuktikan bahawa Allah SWT telah  menunaikan doa baginda  SAW itu dengan menganugerahkan  kuasa pemerintahan  Rom, Parsi dan Yaman kepada kaum mukminin selang tidak berapa lama setelah itu.

Begitulah Allah SWT telah mengangkat derajat bangsa Arab padang pasir  yang sebelum itu dianggap  sebagai bangsa yang lemah dan mundur yang tidak mungkin dapat mengalahkan kuasa-kuasa  besar seperti Parsi dan Rom.

6)Allah SWT juga mengkhabarkan Dialah yang berhak mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Begitulah Dia  yang menentukan kejatuhan sesebuah kerajaan disesuatu era.

Satu  contoh yang ingin dipaparkan disini adalah mengenai kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah diBaghdad  kepada  puak Monggol pada tahun 656H/1258M.

Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa kejatuhan kerajaan Islam diBaghdad adalah disebabkan  usaha-usaha  dakwah dan jihad telah  tidak dihiraukan  oleh pihak pemerintah pada masa itu. Kerajaan Abbasiyah yang asalnya dibangunkan berasaskan kritikan kuat terhadap kelemahan dan kelalaian kerajaan Bani Umayyah dalam menegakkan keadilan Islam akhirnya berkubur diwaktu  mereka juga  terjebak kedalam fitnah yang sama. Umat Islam pada masa itu lalai dengan kemajuan kebendaan  atau menjadi  “hamba dirham dan dinar”  sehingga lupa aspek  bersiap sedia dari segi ketenteraan 

bagi menangkis ancaman musuh. Para ulama dan sarjana Islam terlalu sibuk membahaskan perkara-perkara yang furu’  atau pun mereka lebih menumpukan bidang berfalsafah sahaja.

Penyelewengan aqidah juga tidak terbendung lagi dimasa itu.

Fahaman Mu’tazilah, gerakan Batiniyyah  dan ajaran Syi’ah bebas berkembang yang justeru melemahkan kesatuan dan perjuangan umat Islam. Akhirnya Baghdad telah diserang oleh tentera Monggol  dengan rakus nya , sedangkan rata-rata kaum muslimin yang ramai itu tidak terdaya untuk melawan mereka.

Disamping itu terdapat juga dikalangan  penasihat istana yang belot kepada pihak musuh. 

Apa yang berlaku itu adalah  perancangan Allah  Yang  Maha Bijaksana untuk memberi pengajaran kepada umat Islam keseluruhannya.

7)Pengalaman  pahit yang dialami oleh kerajaan Abbasiyah dikota Baghdad pada tahun 1258M itu , sekali lagi berulang keatas kerajaan Islam di Andalusia sehingga menyebabkan kejatuhannya  pada tahun 1492M.

Umat Islam yang berkuasa melebihi tujuh abad itu telah jatuh dalam keadaan terhina ditangan pihak Kristian Sepanyol.

Setelah begitu lama berkuasa, pemerintahan   Islam diAndalusia mula lemah dipenghujungnya disebabkan mereka mula hidup bermewahan, kerja dakwah semakin diabaikan , sesama umat Islam mula berpecah-belah kerana semangat kebangsaan  antara umat Islam dari puak pendatang (Afrika Utara) dan puak  kelahiran tempatan. Diatas perpecahan inilah pihak Kristian mengambil kesempatan melaga-lagakan puak-puak umat Islam yang bersengketa. Puak Islam berpecah kepada lebih dua puluh kumpulan dan mereka  saling berebut kuasa sesama sendiri . Ada puak Islam yang  tanpa malu meminta pertolongan puak Kristian bagi mengalahkan kumpulan yang lain. 

Ada kumpulan Islam yang sanggup membayar ufti bagi mendapatkan pertolongan dari puak Kristian. Begitulah parahnya perpecahan umat Islam pada masa itu sehinggakan pihak pemerintahan diGranada tidak dapat mengawalnya. Akhirnya kerajaan Islam jatuh dan  dihalau dalam keadaan amat memalukan dan hina. Puluhan ribu umat Islam telah disembelih dengan kejamnya.

8)Begitu juga diabad moden ini kita dapat saksikan beberapa kerajaan didunia yang telah berkuasa begitu lama dinegaranya, akhirnya   telah dapat ditumbangkan oleh rakyat jelata mereka sendiri . Contoh yang mudah difahami adalah pemerintahan Dinasti Pahlavi diIran . Pemerintahnya yang terakhir iaitu Shah Iran telah dapat ditumbangkan oleh rakyat melalui revolusi pada tahun 1979M.

Kuasa pemerintahan dibanyak negeri atau negara bertukar ganti mengikut perancangan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 

Ada para  pemimpin yang begitu lama berkuasa dengan  penuh tipu muslihat dan kekejaman  telah dapat dijatuhkan . Begitu juga ada pemimpin yang pernah dizalimi  dan dipenjarakan telah berupaya mengambil-alih tampuk pemerintahan dinegaranya.

9)Umat Islam telah  bergembira dengan kejayaan pasukan  Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople pada tahun 1453H. Namun begitu sejarah pahit umat Islam terus berulang apabila kerajaan Khilafah Othmaniyah diTurki yang berkuasa begitu lama telah dapat dijatuhkan oleh musuh-musuh Islam (dari luar dan dalam negara sendiri) pada tahun 1924M. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Allah SWT Berkuasa mencabut kuasa pemerintahan daripada siapa yang Dia Kehendaki. 

Semenjak dari tarikh itu kita lihat sekali lagi negara-negara umat Islam telah berpecah-pecah dan mudah  dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan Eropah. Sejarah yang paling malang bagi umat Islam adalah apabila bumi umat Islam Palestin diserahkan kepada pihak  Yahudi pada tahun 1948 dan tertubuhnya negara haram Israel. Pihak Yahudi Zionist telah merancang kerja jahat mereka semenjak selepas Perang Dunia Pertama. Mereka telah gunakan kuasa-kuasa besar dunia di Barat , terutamanya Britain  bagi membantu melaksanakan impian jahat mereka.

Beginilah putaran sejarah yang berlaku keatas umat Islam lebih 1,400 tahun yang lalu. Dalam tempoh yang lama ini telah berlaku beberapa siri Perang Salib diantara umat Islam dan Kristian . 

Kesimpulan

Sekarang ini umat Islam  meskipun ramai jumlahnya , namun mereka berada pada keadaan yang sangat lemah terutama dari aspek ekonomi , ketenteraan, industri, teknologi , pendidikan dan penguasaan media massa antara bangsa.

Amat sayang sekali , umat Islam mempunyai al-Quran bersama mereka , tetapi hampir kebanyakan pemimpin negara umat Islam telah mengabaikan peringatan dari Allah SWT sehingga menyebabkan umat Islam dipandang rendah  oleh masyarakat dunia pada masa ini.

Ingatlah firmanNya:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama  Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

An-Nuur 24:55

Sayang sekali apabila para pemimpin dan umat Islam  dihari ini telah semakin jauh daripada  ajaran Allah dan RasulNya, beginilah kehinaan yang menimpa kita semuanya.

Umat Islam hanya akan bangkit kembali sekiranya mereka sedar dan membina kekuatan serta  kesatuan ummah berpandukan  surah An-Nuur 24:55 diatas. 

Aspek  yang perlu diutamakan    adalah akidah, kesatuan dan  ekonomi umat Islam perlu diperkasakan semula. 

Oleh kerana  itu umat Islam perlu dipimpin oleh para pemimpin yang bertaqwa, berilmu, amanah , bijaksana, tegas dan berwawasan jauh bagi mengembalikan kekuatan ummah ini secara menyeluruh.

Nasib ummah tidak akan terbela sekiranya kita masih dipimpin oleh para pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti , mementingkan kekayaan peribadi , tidak  mempunyai keupayaan merancang dan membangunkan ekonomi umat Islam dinegara ini.

Ciri-ciri minima yang mesti ada pada para pemimpin  yang beriman dan bertaqwa itu ialah  memiliki  sifat  kepimpinan yang ada pada Nabi Musa AS iaitu Kuat dan Amanah seperti yang disebut  pada surah Al-Qasas  berikut:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia (Musa) memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Al-Qasas 28:26

Semoga apa yang diutarakan diatas membolehkan kita berfikir dengan baik sebelum  memilih barisan para pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan dan kebaikan umat Islam dan rakyat jelata dinegara ini. 

Allahu A’lam

Rujukan

-Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 2,

-Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 2,

-Sirah Nabawiyyah SAW oleh Safiyyu Al- Rahman Al-Mubarakfuri,

-Inilah Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad

Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 2 December 2022

JANGANLAH MEMPERKATAKAN SESUATU PERKARA YANG ANDA SENDIRI TIDAK MELAKUKANNYA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

-Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.

-Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

As-Saff 61:2-3

              ^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat-ayat diatas:

1)Allah SWT bertanyakan  orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya:

Mengapakah kalian mengatakan sesuatu perkataan, namun perbuatan kalian tidak sama, tidak sejalan, tidak selaras dengan apa yang kalian perkatakan itu?

Inilah suatu kecaman dan cercaan terhadap orang yang berjanji atau mengatakan  suatu perkataan yang tidak ia penuhi dan kotakan.

Ada ulama salaf menjadikan ayat ini sebagai landasan  dalil tentang kewajiban

menunaikan janji secara mutlak, baik apakah berkonsekuensi (mengakibatkan) mesti memikul suatu tanggungan mahupun tidak. Dalam hal ini, mereka juga berpegang pada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tanda orang munafik itu ada tiga: Pertama jika berbicara maka dia berdusta; Kedua jika berjanji maka dia melanggarnya; Ketiga , jika dia dipercayai suatu amanat , maka dia mengkhianati.”

Dalam satu hadis yang lain , dinyatakan bahawa terdapat tanda munafik yang keempat iaitu : Jika dia bersengketa (dengan seseorang) , dia melampaui batas (menghalalkan segala cara).

2)Ada pendapat ulama  tafsir mengatakan bahawa ayat diatas diturunkan ketika orang-orang Islam diMadinah mengharapkan diwajibkannya jihad keatas mereka. Ketika jihad (perang) sebenarnya diwajibkan keatas mereka, ada sebagian mereka yang takut dan mundur. Perkara ini disebutkan dalam firmanNya yang berikut:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

An-Nisa’ 4:77

Dalam firmanNya yang lain pula:

وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ مُّحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَىٰ لَهُمْ

Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit  dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

Muhammad 47:20

3)Allah SWT memberi amaran : Sangat besar dosanya kalian mengatakan sesuatu , namun kalian melakukan sesuatu yang lain, berjanji begini tetapi kalian melakukan begitu. Sesungguhnya melanggar janji adalah bukti sikap tidak bertanggung-jawab, egoisme, merugikan kemaslahatan bersama, tidak hormat orang lain, merusakkan kepercayaan  diantara individu dan masyarakat. 

Betapa jeleknya perbuatan melanggar janji dan betapa buruknya akhlak si pelakunya. Kerana itu orang sedemikian akhlaknya dibenci dan akan dihukum Allah SWT , sebagaimana  dia juga menjadi orang yang sangat dibenci, dikecam dan dicela dimata manusia semuanya.

4)Sebagai bandingan celaan dan cercaan terhadap orang-orang yang tidak mahu ikut berperang dan lari dari kewajiban berjihad menghadapi musuh, Allah SWT pun memuji dan menyanjung orang-orang yang dengan penuh semangat ikut berperang melawan musuh:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya , dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

As-Saff 61:4

5)Dalam aspek kekeluargaan pula, ada suatu hadis menceritakan tentang tanggung-jawab atau peranan ibu bapa.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Abdullah bin Amir bin Rabi’ah RA, ia berkata, “Ketika saya masih kecil, Rasulullah SAW datang kepada kami, maka saya pun pergi untuk bermain. Ibuku berkata, ‘Wahai Abdullah , kesinilah nanti  ibu beri  sesuatu.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: ‘Apa yang ingin kamu berikan?’ Dia berkata, ‘Kurma.’ Baginda bersabda:

‘Ketahuilah , seandainya kamu tidak memberikannya maka kamu telah berdusta kepadanya.”

-Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud

Kesimpulan

Sesungguhnya perbuatan melanggar janji adalah satu tindakan yang tercela secara syari’at, akan menyebabkan si pelakunya mendapat dosa dan hukuman dari Allah SWT. Kerana sikap mengklaim dan mengaku telah melakukan suatu kebaikan yang sebenarnya tidak pernah dilakukannya  adalah satu pembohongan. Sedangkan berjanji melakukan suatu kebaikan , namun terbukti tidak melakukannya adalah tindakan melanggar janji dan sebagai satu pendustaan dan tidak konsisten dalam berbicara. Semuanya itu adalah sikap yang tercela iaitu si pelakunya  telah mempamirkan sikap orang munafik.

Oleh itu waspadalah terhadap para pemimpin yang berikrar hendak melaksanakan berbagai  projek kemudahan asas  untuk rakyat , mengwujudkan banyak peluang pekerjaan  baru dan berjanji hendak melaksanakan undang-undang yang  lebih baik untuk umat Islam, namun begitu setelah  mereka diberi peluang   melaksanakan  apa yang telah dijanjikan itu , tiba-tiba mereka mungkir janji dan memberikan berbagai alasan sedangkan mereka boleh mengkotakan  perkara-perkara  yang dijanjikannya itu.

Begitulah buruknya  sikap dan perangai para pemimpin yang tidak melakukan apa yang mereka  ucapkan seperti  yang terdapat dikalangan ramai  pemimpin mutakhir   ini.

Allahu A’lam

Rujukan

Tafsir Al-Munir -Jilid 14

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 9

Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ