Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,
Sempena kedatangan Aidiladha ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada warga IKRAM Ampang Jaya dan seluruh muslimin dan muslimat umumnya. Semoga Hari Raya Korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan serta baraqah dari Allah S.W.T.
Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ianya merupakan hari umat Islam mengambil iktibar di sebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
Firman Allah dalam Surah Al-Kawthar ayat 2;
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ (٢
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).
Melaksanakan ibadah korban di hari yang mulia ini adalah merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum melakukan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut iaitu sunat muakkad.
Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat yang lebih besar, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan dan persaudaraan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah S.W.T.
Justeru, marilah kita menjadikan Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan menghayati nilai pengorbanan agar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah S.W.T yang ikhlas, berinan dan bertaqwa.
Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini menatijahkan redha Allah S.W.T. di sana nanti.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd.
Daripada,
Tuan Hj Roslan Abu Mansur, YDP IKRAM Ampang Jaya
#IKRAMAmpangJaya
#IAJsanasini
#HariRayaAidiladha
No comments:
Post a Comment