Friday, 16 December 2022

ALLAH TIDAK MENGUBAH NIKMAT BAGI SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAHNYA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Yang  demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Anfal 8:53


              ^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:


1)Allah SWT menjelaskan tentang kesempurnaan keadilanNya dalam segenap hukum-hukumNya kerana Dia tidak akan mengubah nikmat-nikmat yang telah diberikanNya pada seseorang atau sesuatu kaum kecuali disebabkan kesalahan-kesalahan  yang dilakukan oleh seseorang  atau sesuatu kaum itu. 

Dalam konteks ayat diatas, azab yang ditimpa kepada orang-orang musyrikin  Quraisy Makkah kerana mereka  telah kufur kepada nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada mereka . Nikmat terbesar yang mereka ingkar  adalah nikmat  diturunkan seorang Rasul Allah dikalangan mereka  suku bangsa Arab yang hidup  mundur dipadang pasir yang gersang dan panas. Padahal kaum Yahudi dan Nasrani dari kalangan ahli-ahli Kitab di bumi para anbiya menunggu-nunggu kemunculan seorang Rasul Allah  yang terakhir dari kalangan kaum mereka. 


Disebabkan orang-orang Quraisy Makkah itu jahil mengenai ramalan  yang terdapat pada Kitab-Kitab orang Yahudi dan Nasrani itu , mereka telah begitu mudah menolak kehadiran seorang Rasul bernama Muhammad  yang muncul ditengah-tengah masyarakat mereka .

Oleh yang demikian , tinggallah kebanyakan dari mereka dalam suasana kejahilan dan kegelapan disebabkan mereka tidak mahu menerima  nur (agama ) Islam, sebaliknya mereka meneruskan penyembahan berhala-berhala yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.


2)Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa keberkatan terhadap sesuatu nikmat itu bergantung kepada aqidah yang benar , amal yang baik dan akhlak yang tinggi. Sebaliknya hilangnya sesuatu nikmat adalah disebabkan oleh kekufuran , melakukan kerusakan, akhlak yang buruk dan sifat lalai dan sombong yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai suatu ujian dalam kemewahan (istidraj) sepertimana firmanNya:


فَذَرْنِي وَمَن يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ


Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Al-Qalam 68:44


Peluang keemasan menjadi umat yang beriman kepada seorang Rasul ditengah-tengah umat Arab telah disia-siakan oleh musyrikin Quraisy disebabkan oleh sikap sombong dan kejahilan mereka sendiri.


3)Allah SWT memperlakukan orang-orang musyrikin Makkah yang mendustakan risalah Nabi Muhammad adalah serupa keadaannya sebagaimana yang dilakukanNya pada umat-umat terdahulu yang juga telah mendustakan para Nabi mereka.

Kekufuran orang musyrikin Makkah itu  sama seperti kufurnya Firaun dan para pengikutnya kepada risalah yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun AS.

Firaun dan para pengikutnya telah diazab oleh Allah SWT dengan ditenggelamkan mereka didalam laut , makakala kaum musyrikin Makkah dan para pemimpin mereka telah dibunuh begitu ramai semasa Perang Badar.


4)Ayat Al-Anfal 8:53 diatas mempunyai kaitan yang rapat dengan firmanNya yang lain didalam surah Ar-Ra’d yang berikut ini:


 إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ


…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ar-Ra’d 13:11


Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum berupa kehidupan yang selesa, kesihatan yang baik, kemakmuran yang berpanjangan, kesejahteraan dan kenikmatan  yang menyeluruh. Yakni Allah SWT tidak menarik kembali nikmatNya dari mereka itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka seperti suasana hidup yang baik itu digantikan dengan kehidupan yang buruk yang mana dipenuhi dengan kesusahan, kemelaratan, kehinaan dan kacau-bilau penuh dengan persengkitaan penduduk didalamnya. 

Perkara-perkara ini berlaku apabila masyarakat telah mula tidak bersyukur kepada begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Kebanyakan mereka telah mengabaikan nilai-nilai akhlak yang murni, bertambahnya aktiviti-aktiviti maksiat dan mereka saling tidak menghormati  sesama mereka.


5)Realiti dan fakta sejarah Islam pada abad-abad yang lalu menunjukkan dengan sangat jelas bahawa Allah SWT tidak mengubah keadaan  dan kondisi umat Islam yang mulia, kuat, makmur, sejahtera, merdeka dan unggul dalam bidang keilmuan, politik, ekonomi dan sosial, melainkan setelah mereka  mengubah diri mereka dengan mengabaikan ajaran  agama Islam, meninggalkan Al-Quran dan sunnah NabiNya , dan meniru cara hidup orang kafir dan tiada lagi budaya tolong menolong serta terhakisnya usaha-usaha menyeru kepada yang maaruf dan mencegah berlakunya kemungkaran dalam masyarakat. Penyakit yang paling melemahkan umat Islam ialah apabila mereka berlumba-lumba mencari harta kekayaan dunia  dan mula mengabaikan tanggung-jawab berdakwah kepada umat manusia yang non muslim. 

Disamping itu pihak pemerintah atasan  umat Islam mula menzalimi dan menindas rakyat bawahan tanpa pembelaan keatas nasib mereka yang hidup dalam kesusahan..

Kebanyakan  kerajaan Islam yang hancur atau dikalahkan oleh pihak musuh adalah apabila  mereka mula mengabaikan semua ciri-ciri kebaikan yang disebutkan diatas.

Sebagai contoh yang mudah , lihatlah apakah puncanya yang menyebabkan  kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan kemudian kejatuhan yang sangat hina kerajaan Islam Andalusia diSepanyol.

Namun begitu sejarah juga telah membuktikan apabila umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan istiqamah dalam memperjuangkan Islam , Allah SWT telah menganugerahkan mereka kemenangan besar keatas  kerajaan Farsi dan Rom (Timur) yang gagah perkasa.


Kesimpulan


Apabila kita membincangkan ayat diatas kita tidak boleh lari dari mengaitkan dengan nasib umat Islam diseluruh dunia pada hari  ini.

Samada kita suka atau tidak , kita mestilah menerima hakikat bahawa umat Islam diarena antarabangsa  masih jauh ketinggalan dibelakang orang-orang non muslim dalam banyak  bidang penting terutamanya disektor politik, ekonomi, perniagaan , industri, teknologi, pertahanan, pendidikan, hartanah , pertanian, sebaran am  dan berbagai sektor lain.

Seperti yang kita semua sedari  Masjidil Aqsa (diBaitul Maqdis) adalah tempat ketiga martabat kemuliaannya bagi umat Islam setelah Masjidil Haram (diMakkah) dan Masjid Nabawi (diMadinah). Namun begitu disebabkan lemahnya kesatuan dan keupayaan ketenteraan umat Islam, sehingga kehari ini Masjidil Aqsa masih dijajah oleh pihak regim Yahudi Israel semenjak tahun 1948 dahulu.

Apakah kota suci ini dapat dikembalikan semula kepada kekuasaan  umat Islam dalam keadaan kita umat Islam masih lemah dan berpecah belah pada hari ini?

Hal ini sukar dijawab kerana umat Islam masih terus berpecah-pecah dan setiap negara tidak mahu mencampuri urusan negara yang lain dan kekuatan ketenteraan negara-negara Islam masih jauh ketinggalan berbanding dengan kuasa-kuasa Barat yang melindungi negara regim Yahudi Israel itu pada hari ini.

Persoalan yang terakhir sekali adalah mengenai nasib umat Islam dinegara ini yang masih ketinggalan dibelakang dalam banyak sektor terutamanya dibidang ekonomi, pendidikan, perniagaan, industri , hartanah dan lainnya. 

Umat Islam dinegara ini adalah penduduk yang paling ramai tetapi mereka rata-rata sangat miskin berbanding orang-orang  berasal dari Tanah Besar China  yang merupakan golongan minoriti yang sangat kaya dinegara ini. 

Umat Islam mestilah membuka minda dan mengubah sikap supaya cepat sedar bagaimanakah caranya  untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan yang berpanjangan meskipun orang Islam sendiri  telah memegang tampuk pemerintahan negara ini semenjak merdeka tahun 1957 lagi hingga sekarang.

Oleh itu ingatlah bahawa  Allah SWT tidak akan mengubah nasib  ataupun nikmat sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri. Orang lain tidak mampu melaksanakan perubahan ini, sekiranya tidak ada kesedaran yang timbul dikalangan umat Islam sendiri.

Umat Islam perlu melantik para pemimpin yang boleh membawa perubahan bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka dibidang pendidikan, ekonomi, perniagaan dan latihan vokasional bagi mengwujudkan banyak peluang pekerjaan 

bagi generasi  anak-anak muda dinegara ini. Perkara ini sukar untuk dicapai sekiranya umat Islam masih dipimpin oleh para pembesar negara yang tidak amanah , salah guna-kuasa , mengamalkan rasuah dan tidak kompeten dan tidak bersungguh-sungguh mahu memajukan  ekonomi umat Islam  yang rata-rata masih ketinggalan jauh dibelakang dipelbagai bidang.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Munir -Jilid 5 , 7


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 9 December 2022

ALLAH BERKUASA MENENTUKAN KEPADA SIAPAKAH KUASA PEMERINTAHAN HENDAK DISERAHKANNYA

PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


 Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ali Imran 3:26


         ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut ini adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:


1)Serba ringkas mengenai sebab ayat ini  diturunkan:

Al-Wahidiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA dan Anas bin Malik RA bahawa sewaktu Rasulullah SAW menakluk kota Makkah pada tahun ke8 Hijrah , baginda menjanjikan bahawa suatu hari nanti  kerajaan Parsi dan Rom akan umat Islam kuasai. Mendengarkan janji baginda itu, puak munafik mengatakan perkara itu adalah mustahil dicapai kerana mereka beranggapan kedua kuasa besar itu adalah terlalu kuat buat umat Islam  kerana mereka mempunyai tentera yang ramai dan kelengkapan perang yang sangat hebat. Sebagai menjawab ejekan puak munafik itu , lalu Jibril AS turun menyampaikan ayat Ali Imran 3 :26 diatas.


2)Allah lah yang berkuasa memberikan kuasa pemerintahan kepada seseorang  dan Dia juga yang berkuasa menarik semula kuasa itu daripada sesiapa yang telah diberikan kuasa itu. Apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Maksudnya Dialah yang Mengendalikan semua ciptaanNya menurut kehendakNya.


3)Allah SWT telah membuktikan Dia berkuasa  mengalihkan kerasulan  dari Bani Israil kepada seorang Rasul dari keturunan Arab, dari suku Quraisy diMakkah bagi menutup seluruh Rasul dimuka bumi ini dengan kehendakNya yang mutlak. 

Dia telah mengangkat Nabi Muhammad SAW, seorang insan   yang ummi dengan memberikan syari’at Islam yang lengkap dan pengetahuan  mengenai perkara yang ghaib melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril AS.


4)Allah SWT telah memberikan kuasa kepada Nabi SAW untuk mengalahkan puak kafir musyrik Makkah yang sebelum itu telah menindas  dan memusuhi kaum mukminin lebih tiga belas tahun lamanya.

Perkara ini tidak pernah terfikir oleh puak musyrik Makkah  yang pada awalnya mereka memandang rendah pada kaum mukminin pimpinan Nabi Muhammad SAW.


5)Dengan kekuasaan Allah  juga lah umat Islam  dizaman pemerintahan para sahabat telah berjaya mengalahkan kuasa besar pada masa itu iaitu  Parsi dan Rom(Timur).

Adalah diriwayatkan semasa membuat persiapan perang Ahzab, para sahabat yang mengorek  parit (khandak) telah terjumpa sebuah batu besar. Mereka tak berjaya memecahkannya  dan meminta Rasulullah SAW melakukannya. Baginda telah menggunakan alat pemecah batu dan menghentakkan kebatu itu sebanyak tiga kali sehingga batu itu pecah. Pada hentakan yang pertama baginda berdoa agar Allah kurniakan kunci Istana dinegeri Sham (Rom Timur) kepada umat Islam. Pada hentakan kedua baginda berdoa agar dikurniakan kunci Istana Parsi. Pada hentakan ketiga pula baginda berdoa agar dikurniakan  kunci Istana Yaman.

Apabila diceritakan doa Rasulullah ini kepada para sahabat , ramai dari kalangan puak munafik yang mendengar telah mempersendakannya. Puak  munafik  menyangka perkara  yang dihajati oleh baginda itu adalah sesuatu yang amat mustahil dicapai.

Namun begitu sejarah  telah membuktikan bahawa Allah SWT telah  menunaikan doa baginda  SAW itu dengan menganugerahkan  kuasa pemerintahan  Rom, Parsi dan Yaman kepada kaum mukminin selang tidak berapa lama setelah itu.

Begitulah Allah SWT telah mengangkat derajat bangsa Arab padang pasir  yang sebelum itu dianggap  sebagai bangsa yang lemah dan mundur yang tidak mungkin dapat mengalahkan kuasa-kuasa  besar seperti Parsi dan Rom.


6)Allah SWT juga mengkhabarkan Dialah yang berhak mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Begitulah Dia  yang menentukan kejatuhan sesebuah kerajaan disesuatu era.

Satu  contoh yang ingin dipaparkan disini adalah mengenai kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah diBaghdad  kepada  puak Monggol pada tahun 656H/1258M.

Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa kejatuhan kerajaan Islam diBaghdad adalah disebabkan  usaha-usaha  dakwah dan jihad telah  tidak dihiraukan  oleh pihak pemerintah pada masa itu. Kerajaan Abbasiyah yang asalnya dibangunkan berasaskan kritikan kuat terhadap kelemahan dan kelalaian kerajaan Bani Umayyah dalam menegakkan keadilan Islam akhirnya berkubur diwaktu  mereka juga  terjebak kedalam fitnah yang sama. Umat Islam pada masa itu lalai dengan kemajuan kebendaan  atau menjadi  “hamba dirham dan dinar”  sehingga lupa aspek  bersiap sedia dari segi ketenteraan 

bagi menangkis ancaman musuh. Para ulama dan sarjana Islam terlalu sibuk membahaskan perkara-perkara yang furu’  atau pun mereka lebih menumpukan bidang berfalsafah sahaja.

Penyelewengan aqidah juga tidak terbendung lagi dimasa itu.

Fahaman Mu’tazilah, gerakan Batiniyyah  dan ajaran Syi’ah bebas berkembang yang justeru melemahkan kesatuan dan perjuangan umat Islam. Akhirnya Baghdad telah diserang oleh tentera Monggol  dengan rakus nya , sedangkan rata-rata kaum muslimin yang ramai itu tidak terdaya untuk melawan mereka.

Disamping itu terdapat juga dikalangan  penasihat istana yang belot kepada pihak musuh. 

Apa yang berlaku itu adalah  perancangan Allah  Yang  Maha Bijaksana untuk memberi pengajaran kepada umat Islam keseluruhannya.


7)Pengalaman  pahit yang dialami oleh kerajaan Abbasiyah dikota Baghdad pada tahun 1258M itu , sekali lagi berulang keatas kerajaan Islam di Andalusia sehingga menyebabkan kejatuhannya  pada tahun 1492M.

Umat Islam yang berkuasa melebihi tujuh abad itu telah jatuh dalam keadaan terhina ditangan pihak Kristian Sepanyol.

Setelah begitu lama berkuasa, pemerintahan   Islam diAndalusia mula lemah dipenghujungnya disebabkan mereka mula hidup bermewahan, kerja dakwah semakin diabaikan , sesama umat Islam mula berpecah-belah kerana semangat kebangsaan  antara umat Islam dari puak pendatang (Afrika Utara) dan puak  kelahiran tempatan. Diatas perpecahan inilah pihak Kristian mengambil kesempatan melaga-lagakan puak-puak umat Islam yang bersengketa. Puak Islam berpecah kepada lebih dua puluh kumpulan dan mereka  saling berebut kuasa sesama sendiri . Ada puak Islam yang  tanpa malu meminta pertolongan puak Kristian bagi mengalahkan kumpulan yang lain. 

Ada kumpulan Islam yang sanggup membayar ufti bagi mendapatkan pertolongan dari puak Kristian. Begitulah parahnya perpecahan umat Islam pada masa itu sehinggakan pihak pemerintahan diGranada tidak dapat mengawalnya. Akhirnya kerajaan Islam jatuh dan  dihalau dalam keadaan amat memalukan dan hina. Puluhan ribu umat Islam telah disembelih dengan kejamnya.


8)Begitu juga diabad moden ini kita dapat saksikan beberapa kerajaan didunia yang telah berkuasa begitu lama dinegaranya, akhirnya   telah dapat ditumbangkan oleh rakyat jelata mereka sendiri . Contoh yang mudah difahami adalah pemerintahan Dinasti Pahlavi diIran . Pemerintahnya yang terakhir iaitu Shah Iran telah dapat ditumbangkan oleh rakyat melalui revolusi pada tahun 1979M.

Kuasa pemerintahan dibanyak negeri atau negara bertukar ganti mengikut perancangan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 

Ada para  pemimpin yang begitu lama berkuasa dengan  penuh tipu muslihat dan kekejaman  telah dapat dijatuhkan . Begitu juga ada pemimpin yang pernah dizalimi  dan dipenjarakan telah berupaya mengambil-alih tampuk pemerintahan dinegaranya.


9)Umat Islam telah  bergembira dengan kejayaan pasukan  Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople pada tahun 1453H. Namun begitu sejarah pahit umat Islam terus berulang apabila kerajaan Khilafah Othmaniyah diTurki yang berkuasa begitu lama telah dapat dijatuhkan oleh musuh-musuh Islam (dari luar dan dalam negara sendiri) pada tahun 1924M. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Allah SWT Berkuasa mencabut kuasa pemerintahan daripada siapa yang Dia Kehendaki. 

Semenjak dari tarikh itu kita lihat sekali lagi negara-negara umat Islam telah berpecah-pecah dan mudah  dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan Eropah. Sejarah yang paling malang bagi umat Islam adalah apabila bumi umat Islam Palestin diserahkan kepada pihak  Yahudi pada tahun 1948 dan tertubuhnya negara haram Israel. Pihak Yahudi Zionist telah merancang kerja jahat mereka semenjak selepas Perang Dunia Pertama. Mereka telah gunakan kuasa-kuasa besar dunia di Barat , terutamanya Britain  bagi membantu melaksanakan impian jahat mereka.

Beginilah putaran sejarah yang berlaku keatas umat Islam lebih 1,400 tahun yang lalu. Dalam tempoh yang lama ini telah berlaku beberapa siri Perang Salib diantara umat Islam dan Kristian . 


Kesimpulan


Sekarang ini umat Islam  meskipun ramai jumlahnya , namun mereka berada pada keadaan yang sangat lemah terutama dari aspek ekonomi , ketenteraan, industri, teknologi , pendidikan dan penguasaan media massa antara bangsa.

Amat sayang sekali , umat Islam mempunyai al-Quran bersama mereka , tetapi hampir kebanyakan pemimpin negara umat Islam telah mengabaikan peringatan dari Allah SWT sehingga menyebabkan umat Islam dipandang rendah  oleh masyarakat dunia pada masa ini.

Ingatlah firmanNya:


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama  Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

An-Nuur 24:55


Sayang sekali apabila para pemimpin dan umat Islam  dihari ini telah semakin jauh daripada  ajaran Allah dan RasulNya, beginilah kehinaan yang menimpa kita semuanya.

Umat Islam hanya akan bangkit kembali sekiranya mereka sedar dan membina kekuatan serta  kesatuan ummah berpandukan  surah An-Nuur 24:55 diatas. 

Aspek  yang perlu diutamakan    adalah akidah, kesatuan dan  ekonomi umat Islam perlu diperkasakan semula. 

Oleh kerana  itu umat Islam perlu dipimpin oleh para pemimpin yang bertaqwa, berilmu, amanah , bijaksana, tegas dan berwawasan jauh bagi mengembalikan kekuatan ummah ini secara menyeluruh.

Nasib ummah tidak akan terbela sekiranya kita masih dipimpin oleh para pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti , mementingkan kekayaan peribadi , tidak  mempunyai keupayaan merancang dan membangunkan ekonomi umat Islam dinegara ini.

Ciri-ciri minima yang mesti ada pada para pemimpin  yang beriman dan bertaqwa itu ialah  memiliki  sifat  kepimpinan yang ada pada Nabi Musa AS iaitu Kuat dan Amanah seperti yang disebut  pada surah Al-Qasas  berikut:


قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia (Musa) memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Al-Qasas 28:26

Semoga apa yang diutarakan diatas membolehkan kita berfikir dengan baik sebelum  memilih barisan para pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan dan kebaikan umat Islam dan rakyat jelata dinegara ini. 


Allahu A’lam


Rujukan

-Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 2,

-Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 2,

-Sirah Nabawiyyah SAW oleh Safiyyu Al- Rahman Al-Mubarakfuri,

-Inilah Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 2 December 2022

ALLAH BERKUASA MENENTUKAN KEPADA SIAPAKAH KUASA PEMERINTAHAN HENDAK DISERAHKANNYA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ali Imran 3:26


         ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut ini adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:


1)Serba ringkas mengenai sebab ayat ini  diturunkan:

Al-Wahidiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA dan Anas bin Malik RA bahawa sewaktu Rasulullah SAW menakluk kota Makkah pada tahun ke8 Hijrah , baginda menjanjikan bahawa suatu hari nanti  kerajaan Parsi dan Rom akan umat Islam kuasai. Mendengarkan janji baginda itu, puak munafik mengatakan perkara itu adalah mustahil dicapai kerana mereka beranggapan kedua kuasa besar itu adalah terlalu kuat buat umat Islam  kerana mereka mempunyai tentera yang ramai dan kelengkapan perang yang sangat hebat. Sebagai menjawab ejekan puak munafik itu , lalu Jibril AS turun menyampaikan ayat Ali Imran 3 :26 diatas.


2)Allah lah yang berkuasa memberikan kuasa pemerintahan kepada seseorang  dan Dia juga yang berkuasa menarik semula kuasa itu daripada sesiapa yang telah diberikan kuasa itu. Apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Maksudnya Dialah yang Mengendalikan semua ciptaanNya menurut kehendakNya.


3)Allah SWT telah membuktikan Dia berkuasa  mengalihkan kerasulan  dari Bani Israil kepada seorang Rasul dari keturunan Arab, dari suku Quraisy diMakkah bagi menutup seluruh Rasul dimuka bumi ini dengan kehendakNya yang mutlak. 

Dia telah mengangkat Nabi Muhammad SAW, seorang insan   yang ummi dengan memberikan syari’at Islam yang lengkap dan pengetahuan  mengenai perkara yang ghaib melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril AS.


4)Allah SWT telah memberikan kuasa kepada Nabi SAW untuk mengalahkan puak kafir musyrik Makkah yang sebelum itu telah menindas  dan memusuhi kaum mukminin lebih tiga belas tahun lamanya.

Perkara ini tidak pernah terfikir oleh puak musyrik Makkah  yang pada awalnya mereka memandang rendah pada kaum mukminin pimpinan Nabi Muhammad SAW.


5)Dengan kekuasaan Allah  juga lah umat Islam  dizaman pemerintahan para sahabat telah berjaya mengalahkan kuasa besar pada masa itu iaitu  Parsi dan Rom(Timur).

Adalah diriwayatkan semasa membuat persiapan perang Ahzab, para sahabat yang mengorek  parit (khandak) telah terjumpa sebuah batu besar. Mereka tak berjaya memecahkannya  dan meminta Rasulullah SAW melakukannya. Baginda telah menggunakan alat pemecah batu dan menghentakkan kebatu itu sebanyak tiga kali sehingga batu itu pecah. Pada hentakan yang pertama baginda berdoa agar Allah kurniakan kunci Istana dinegeri Sham (Rom Timur) kepada umat Islam. Pada hentakan kedua baginda berdoa agar dikurniakan kunci Istana Parsi. Pada hentakan ketiga pula baginda berdoa agar dikurniakan  kunci Istana Yaman.

Apabila diceritakan doa Rasulullah ini kepada para sahabat , ramai dari kalangan puak munafik yang mendengar telah mempersendakannya. Puak  munafik  menyangka perkara  yang dihajati oleh baginda itu adalah sesuatu yang amat mustahil dicapai.

Namun begitu sejarah  telah membuktikan bahawa Allah SWT telah  menunaikan doa baginda  SAW itu dengan menganugerahkan  kuasa pemerintahan  Rom, Parsi dan Yaman kepada kaum mukminin selang tidak berapa lama setelah itu.

Begitulah Allah SWT telah mengangkat derajat bangsa Arab padang pasir  yang sebelum itu dianggap  sebagai bangsa yang lemah dan mundur yang tidak mungkin dapat mengalahkan kuasa-kuasa  besar seperti Parsi dan Rom.


6)Allah SWT juga mengkhabarkan Dialah yang berhak mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Begitulah Dia  yang menentukan kejatuhan sesebuah kerajaan disesuatu era.

Satu  contoh yang ingin dipaparkan disini adalah mengenai kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah diBaghdad  kepada  puak Monggol pada tahun 656H/1258M.

Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa kejatuhan kerajaan Islam diBaghdad adalah disebabkan  usaha-usaha  dakwah dan jihad telah  tidak dihiraukan  oleh pihak pemerintah pada masa itu. Kerajaan Abbasiyah yang asalnya dibangunkan berasaskan kritikan kuat terhadap kelemahan dan kelalaian kerajaan Bani Umayyah dalam menegakkan keadilan Islam akhirnya berkubur diwaktu  mereka juga  terjebak kedalam fitnah yang sama. Umat Islam pada masa itu lalai dengan kemajuan kebendaan  atau menjadi  “hamba dirham dan dinar”  sehingga lupa aspek  bersiap sedia dari segi ketenteraan 

bagi menangkis ancaman musuh. Para ulama dan sarjana Islam terlalu sibuk membahaskan perkara-perkara yang furu’  atau pun mereka lebih menumpukan bidang berfalsafah sahaja.

Penyelewengan aqidah juga tidak terbendung lagi dimasa itu.

Fahaman Mu’tazilah, gerakan Batiniyyah  dan ajaran Syi’ah bebas berkembang yang justeru melemahkan kesatuan dan perjuangan umat Islam. Akhirnya Baghdad telah diserang oleh tentera Monggol  dengan rakus nya , sedangkan rata-rata kaum muslimin yang ramai itu tidak terdaya untuk melawan mereka.

Disamping itu terdapat juga dikalangan  penasihat istana yang belot kepada pihak musuh. 

Apa yang berlaku itu adalah  perancangan Allah  Yang  Maha Bijaksana untuk memberi pengajaran kepada umat Islam keseluruhannya.


7)Pengalaman  pahit yang dialami oleh kerajaan Abbasiyah dikota Baghdad pada tahun 1258M itu , sekali lagi berulang keatas kerajaan Islam di Andalusia sehingga menyebabkan kejatuhannya  pada tahun 1492M.

Umat Islam yang berkuasa melebihi tujuh abad itu telah jatuh dalam keadaan terhina ditangan pihak Kristian Sepanyol.

Setelah begitu lama berkuasa, pemerintahan   Islam diAndalusia mula lemah dipenghujungnya disebabkan mereka mula hidup bermewahan, kerja dakwah semakin diabaikan , sesama umat Islam mula berpecah-belah kerana semangat kebangsaan  antara umat Islam dari puak pendatang (Afrika Utara) dan puak  kelahiran tempatan. Diatas perpecahan inilah pihak Kristian mengambil kesempatan melaga-lagakan puak-puak umat Islam yang bersengketa. Puak Islam berpecah kepada lebih dua puluh kumpulan dan mereka  saling berebut kuasa sesama sendiri . Ada puak Islam yang  tanpa malu meminta pertolongan puak Kristian bagi mengalahkan kumpulan yang lain. 

Ada kumpulan Islam yang sanggup membayar ufti bagi mendapatkan pertolongan dari puak Kristian. Begitulah parahnya perpecahan umat Islam pada masa itu sehinggakan pihak pemerintahan diGranada tidak dapat mengawalnya. Akhirnya kerajaan Islam jatuh dan  dihalau dalam keadaan amat memalukan dan hina. Puluhan ribu umat Islam telah disembelih dengan kejamnya.


8)Begitu juga diabad moden ini kita dapat saksikan beberapa kerajaan didunia yang telah berkuasa begitu lama dinegaranya, akhirnya   telah dapat ditumbangkan oleh rakyat jelata mereka sendiri . Contoh yang mudah difahami adalah pemerintahan Dinasti Pahlavi diIran . Pemerintahnya yang terakhir iaitu Shah Iran telah dapat ditumbangkan oleh rakyat melalui revolusi pada tahun 1979M.

Kuasa pemerintahan dibanyak negeri atau negara bertukar ganti mengikut perancangan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 

Ada para  pemimpin yang begitu lama berkuasa dengan  penuh tipu muslihat dan kekejaman  telah dapat dijatuhkan . Begitu juga ada pemimpin yang pernah dizalimi  dan dipenjarakan telah berupaya mengambil-alih tampuk pemerintahan dinegaranya.


9)Umat Islam telah  bergembira dengan kejayaan pasukan  Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople pada tahun 1453H. Namun begitu sejarah pahit umat Islam terus berulang apabila kerajaan Khilafah Othmaniyah diTurki yang berkuasa begitu lama telah dapat dijatuhkan oleh musuh-musuh Islam (dari luar dan dalam negara sendiri) pada tahun 1924M. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Allah SWT Berkuasa mencabut kuasa pemerintahan daripada siapa yang Dia Kehendaki. 

Semenjak dari tarikh itu kita lihat sekali lagi negara-negara umat Islam telah berpecah-pecah dan mudah  dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan Eropah. Sejarah yang paling malang bagi umat Islam adalah apabila bumi umat Islam Palestin diserahkan kepada pihak  Yahudi pada tahun 1948 dan tertubuhnya negara haram Israel. Pihak Yahudi Zionist telah merancang kerja jahat mereka semenjak selepas Perang Dunia Pertama. Mereka telah gunakan kuasa-kuasa besar dunia di Barat , terutamanya Britain  bagi membantu melaksanakan impian jahat mereka.

Beginilah putaran sejarah yang berlaku keatas umat Islam lebih 1,400 tahun yang lalu. Dalam tempoh yang lama ini telah berlaku beberapa siri Perang Salib diantara umat Islam dan Kristian . 


Kesimpulan


Sekarang ini umat Islam  meskipun ramai jumlahnya , namun mereka berada pada keadaan yang sangat lemah terutama dari aspek ekonomi , ketenteraan, industri, teknologi , pendidikan dan penguasaan media massa antara bangsa.

Amat sayang sekali , umat Islam mempunyai al-Quran bersama mereka , tetapi hampir kebanyakan pemimpin negara umat Islam telah mengabaikan peringatan dari Allah SWT sehingga menyebabkan umat Islam dipandang rendah  oleh masyarakat dunia pada masa ini.

Ingatlah firmanNya:


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama  Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

An-Nuur 24:55


Sayang sekali apabila para pemimpin dan umat Islam  dihari ini telah semakin jauh daripada  ajaran Allah dan RasulNya, beginilah kehinaan yang menimpa kita semuanya.

Umat Islam hanya akan bangkit kembali sekiranya mereka sedar dan membina kekuatan serta  kesatuan ummah berpandukan  surah An-Nuur 24:55 diatas. 

Aspek  yang perlu diutamakan    adalah akidah, kesatuan dan  ekonomi umat Islam perlu diperkasakan semula. 

Oleh kerana  itu umat Islam perlu dipimpin oleh para pemimpin yang bertaqwa, berilmu, amanah , bijaksana, tegas dan berwawasan jauh bagi mengembalikan kekuatan ummah ini secara menyeluruh.

Nasib ummah tidak akan terbela sekiranya kita masih dipimpin oleh para pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti , mementingkan kekayaan peribadi , tidak  mempunyai keupayaan merancang dan membangunkan ekonomi umat Islam dinegara ini.

Ciri-ciri minima yang mesti ada pada para pemimpin  yang beriman dan bertaqwa itu ialah  memiliki  sifat  kepimpinan yang ada pada Nabi Musa AS iaitu Kuat dan Amanah seperti yang disebut  pada surah Al-Qasas  berikut:


قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia (Musa) memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Al-Qasas 28:26

Semoga apa yang diutarakan diatas membolehkan kita berfikir dengan baik sebelum  memilih barisan para pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan dan kebaikan umat Islam dan rakyat jelata dinegara ini. 


Allahu A’lam


Rujukan

-Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 2,

-Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 2,

-Sirah Nabawiyyah SAW oleh Safiyyu Al- Rahman Al-Mubarakfuri,

-Inilah Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

JANGANLAH MEMPERKATAKAN SESUATU PERKARA YANG ANDA SENDIRI TIDAK MELAKUKANNYA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


-Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.

-Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

As-Saff 61:2-3


              ^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat-ayat diatas:


1)Allah SWT bertanyakan  orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya:

Mengapakah kalian mengatakan sesuatu perkataan, namun perbuatan kalian tidak sama, tidak sejalan, tidak selaras dengan apa yang kalian perkatakan itu?

Inilah suatu kecaman dan cercaan terhadap orang yang berjanji atau mengatakan  suatu perkataan yang tidak ia penuhi dan kotakan.

Ada ulama salaf menjadikan ayat ini sebagai landasan  dalil tentang kewajiban

menunaikan janji secara mutlak, baik apakah berkonsekuensi (mengakibatkan) mesti memikul suatu tanggungan mahupun tidak. Dalam hal ini, mereka juga berpegang pada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Tanda orang munafik itu ada tiga: Pertama jika berbicara maka dia berdusta; Kedua jika berjanji maka dia melanggarnya; Ketiga , jika dia dipercayai suatu amanat , maka dia mengkhianati.”


Dalam satu hadis yang lain , dinyatakan bahawa terdapat tanda munafik yang keempat iaitu : Jika dia bersengketa (dengan seseorang) , dia melampaui batas (menghalalkan segala cara).


2)Ada pendapat ulama  tafsir mengatakan bahawa ayat diatas diturunkan ketika orang-orang Islam diMadinah mengharapkan diwajibkannya jihad keatas mereka. Ketika jihad (perang) sebenarnya diwajibkan keatas mereka, ada sebagian mereka yang takut dan mundur. Perkara ini disebutkan dalam firmanNya yang berikut:


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا


Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

An-Nisa’ 4:77


Dalam firmanNya yang lain pula:


وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ مُّحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَىٰ لَهُمْ


Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit  dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

Muhammad 47:20


3)Allah SWT memberi amaran : Sangat besar dosanya kalian mengatakan sesuatu , namun kalian melakukan sesuatu yang lain, berjanji begini tetapi kalian melakukan begitu. Sesungguhnya melanggar janji adalah bukti sikap tidak bertanggung-jawab, egoisme, merugikan kemaslahatan bersama, tidak hormat orang lain, merusakkan kepercayaan  diantara individu dan masyarakat. 

Betapa jeleknya perbuatan melanggar janji dan betapa buruknya akhlak si pelakunya. Kerana itu orang sedemikian akhlaknya dibenci dan akan dihukum Allah SWT , sebagaimana  dia juga menjadi orang yang sangat dibenci, dikecam dan dicela dimata manusia semuanya.


4)Sebagai bandingan celaan dan cercaan terhadap orang-orang yang tidak mahu ikut berperang dan lari dari kewajiban berjihad menghadapi musuh, Allah SWT pun memuji dan menyanjung orang-orang yang dengan penuh semangat ikut berperang melawan musuh:


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya , dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

As-Saff 61:4


5)Dalam aspek kekeluargaan pula, ada suatu hadis menceritakan tentang tanggung-jawab atau peranan ibu bapa.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Abdullah bin Amir bin Rabi’ah RA, ia berkata, “Ketika saya masih kecil, Rasulullah SAW datang kepada kami, maka saya pun pergi untuk bermain. Ibuku berkata, ‘Wahai Abdullah , kesinilah nanti  ibu beri  sesuatu.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: ‘Apa yang ingin kamu berikan?’ Dia berkata, ‘Kurma.’ Baginda bersabda:

‘Ketahuilah , seandainya kamu tidak memberikannya maka kamu telah berdusta kepadanya.”

-Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud


Kesimpulan


Sesungguhnya perbuatan melanggar janji adalah satu tindakan yang tercela secara syari’at, akan menyebabkan si pelakunya mendapat dosa dan hukuman dari Allah SWT. Kerana sikap mengklaim dan mengaku telah melakukan suatu kebaikan yang sebenarnya tidak pernah dilakukannya  adalah satu pembohongan. Sedangkan berjanji melakukan suatu kebaikan , namun terbukti tidak melakukannya adalah tindakan melanggar janji dan sebagai satu pendustaan dan tidak konsisten dalam berbicara. Semuanya itu adalah sikap yang tercela iaitu si pelakunya  telah mempamirkan sikap orang munafik.


Oleh itu waspadalah terhadap para pemimpin yang berikrar hendak melaksanakan berbagai  projek kemudahan asas  untuk rakyat , mengwujudkan banyak peluang pekerjaan  baru dan berjanji hendak melaksanakan undang-undang yang  lebih baik untuk umat Islam, namun begitu setelah  mereka diberi peluang   melaksanakan  apa yang telah dijanjikan itu , tiba-tiba mereka mungkir janji dan memberikan berbagai alasan sedangkan mereka boleh mengkotakan  perkara-perkara  yang dijanjikannya itu.

Begitulah buruknya  sikap dan perangai para pemimpin yang tidak melakukan apa yang mereka  ucapkan seperti  yang terdapat dikalangan ramai  pemimpin mutakhir   ini.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Munir -Jilid 14

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 9


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 25 November 2022

HARI YANG MENDEBARKAN APABILA KITAB CATATAN AMALAN MANUSIA DIPERIKSA DAN DIADILI

 PERKONGSIAN ILMU DARI SURAH AL-KAHFI


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Dan ‘Kitab-kitab Amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Al-Kahfi 18:49


             ^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut ada huraian ringkas mengenai ayat diatas: 


1)DiHari Pembalasan nanti kitab catatan amalan bagi setiap individu akan dibuka untuk diadili dihadapan Allah SWT.

Kitab ini memaparkan segala amalan yang besar mahupun yang kecil , yang mana ada orang menerimanya dengan tangan kanan dan ada orang menerimanya dengan tangan kirinya. Fenomena yang berlaku nanti adalah kalian melihat orang-orang berdosa itu menyesal atas amal perbuatan dan ucapan mereka  yang buruk.  Mereka berada dalam keadaan sangat  cemas lagi takut   dengan hukuman yang menanti  mereka dan juga mereka berasa malu kerana segala aib  dibuka dihadapan  manusia lain.


2)Mereka menyesal apabila melihat isi kandungan kitab catatan amal masing-masing kerana terbuktilah ketika hidup didunia mereka tersangat lalai menunaikan kewajiban terhadap perintah Allah SWT. Mereka bertanya: “Kenapakah kitab ini tidak  meninggalkan sedikit pun yang kecil mahupun yang besar kecuali semuanya dicatat atau dihitung belaka?

Ini disebabkan  kitab catatan  ini amat lengkap merangkumi segala yang dilakukan oleh tangan dan anggota manusia. 

Firman Allah Ta’ala :


هَٰذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


"Inilah kitab (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"

Al- Jathiyah 45:29


3)Suasana pada masa itu adalah ibarat pita rakaman yang dipasang oleh para malaikat pencatat amal manusia (pada masa hidupnya itu)  dimainkan dihadapan manusia itu sendiri. Maknanya apabila sesuatu yang rahsia itu disingkapkan, barulah manusia terperanjat  melihat segala kelakuan mereka, samada yang baik mahupun yang buruk. Suasana ini juga dinyatakan dalam firmanNya yang berikut ini,


يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ


Pada hari didedahkan segala  rahsia yang terpendam.

At-Tariq 89:9


Yakni segala perkara yang tersembunyi dan tertutupi akan ditampakkan kepada umum.


Juga dinyatakan pada firmanNya yang lain pula,


يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُّحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِن سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ


(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat Belas Kasihan kepada hamba-hambaNya.

Ali-Imran 3:30


Dalam firmanNya yang lain pula,


يُنَبَّأُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ


Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Al-Qiyamah 75:13


4)Allah SWT menegaskan bahawa Dia tidak menganiaya seorangpun antara makhlukNya. Bahkan Dia tetap memberi maaf, pemurah, pengampun dan rahmat , namun  begitu Dia tetap membalas kejahatan orang yang berdosa sesuai dengan perbuatan mereka didunia tanpa ditambahi atau dikurangi. Setiap hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan amalan mereka yang tercatat dalam kitab mereka.

Ini telah ditegaskan dalam firmanNya ,


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا


Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarrah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

An-Nisa’ 4:40


Sifat keadilan Allah SWT dinyatakan dalam firmanNya yang berikut ini,


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

Al-Anbiya’ 21:47


Kesimpulan


Sesungguhnya balasan yang diterima oleh manusia diakhirat nanti merupakan hasil dari perbuatannya sendiri yang telah dicatatkan  kedalam kitab catatan amalan oleh para malaikat petugas  yang taat setia menjalankan tugasnya.

Setiap balasan yang manusia terima  adalah sangat adil , yakni tidak berlaku sebarang penganiayaan ataupun tidak berlaku   pilih kasih seperti yang berlaku pada mahkamah  manusia  didunia. Sesungguhnya perbicaraan diakhirat nanti adalah terjamin keadilannya dan tidak berlaku sebarang kezaliman keatas umat manusia yang diadili nanti.

Oleh itu setiap individu dari kita mestilah berhati-hati dengan perbuatan dan tindakan kita didunia ini, agar  kita tidak takut dan menyesal apabila kitab catatan amalan kita dibukakan diHari Pembalasan kelak.

Berdoalah supaya kita dapat menerima kitab catatan amalan kita itu dengan tangan   kanan kita dan bukannya dengan tangan kiri kita. 

Perkara ini telahpun dikhabarkan lebih awal kepada  kita melalui firmanNya yang berikut ini:


فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ


Maka sesiapa yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!”

Al-Haqqah 69:19


وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ


Adapun orang yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.”

Al-Haqqah 69:25


Semoga perkara yang dipapar diatas itu dapat di jadikan pengajaran  dan keinsafan bagi kita dihari yang mulia ini.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy  - Jilid 8

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 5


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 18 November 2022

JANGANLAH TERPESONA DAN TERGODA DENGAN PERHIASAN DUNIA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

Edisi Hujung Minggu


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:

وَلَوْلَا أَن يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً لَّجَعَلْنَا لِمَن يَكْفُرُ بِالرَّحْمَٰنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًا مِّن فِضَّةٍ وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ

وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا وَسُرُرًا عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ

وَزُخْرُفًا وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ


-Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, loteng-loteng rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

-Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang (divan-divan) yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

-Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

Az-Zukhruf 43 : 33-35


         ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat-ayat diatas:


1)Allah SWT menjelaskan betapa tidak berharganya dunia ini dengan memberikan suatu perbandingan berikut:

Seandainya bukan kerana khuatir dan tidak ingin seluruh manusia menjadi kufur kerana tertarik kepada dunia dan kemewahannya, sehingga tidak ada seorang mukmin pun yang tersisa, nescaya Kami (Allah) memberi orang-orang kafir harta kekayaan yang melimpah, menjadikan bumbung-bumbung (loteng-loteng), tangga yang  digunakan untuk naik dan turun, pintu rumah, dan divan-divan yang digunakan untuk bersandar dan duduk-duduk, semuanya Kami jadikan dari emas dan perak tulin, perhiasan dan ukiran-ukiran yang indah.Sebab disisi Allah semua ini adalah sangat remeh dan terlalu mudah diadakan olehNya.


2)Allah SWT menjadikan itu semua hanya dinikmati dengan kenikmatan yang sedikit didunia kerana akan sirna (lenyap) dan bersifat sebentar saja. 

Sementara itu , kehidupan akhirat dengan segala macam nikmat dan berbagai jenis Syurga yang ada didalamnya hanyalah untuk orang yang menjauhkan dirinya dari kesyirikan dan segala kemaksiatan, dia beriman kepada Allah SWT semata-mata, dan sangat taat  kepadaNya. Sebabnya akhirat itu adalah kekal abadi , tidak akan lenyap segala kenikmatannya, ianya bersifat kekal dan tidak akan hilang.

Semua itu adalah bagi mereka yang beriman dan bertaqwa, selain dari golongan  ini  tidak akan berpeluang  mendapatkannya.


3)Allah SWT menyegerakan kebaikan-kebaikan bagi mereka (orang-orang kafir) usahakan didunia, meliputi makan minum , mahligai dan kenderaan mewah sebagai pengganti daripada balasan akhirat yang disegerakan bagi mereka didunia ini. Apa jua yang mereka miliki didunia ini adalah untuk tempoh waktu yang sebentar saja. Dengan itu tidak ada satu kebaikan pun yang mereka miliki disisi Allah SWT yang dibalas melalui pahala akhirat.


Hal ini disebutkan dalam hadis berikut ini:

At-Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baghawi dan Thabrani meriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad RA, Nabi SAW bersabda:

“Seandainya dunia ini disisi Allah SWT memiliki nilai yang sepadan dengan sayap seekor nyamuk, niscaya Dia tidak akan memberi orang kafir bagian dari dunia itu meskipun hanya seteguk air.”


4)Tatkala Rasulullah SAW mengilaa’ ( bersumpah untuk tidak mencampuri ) para isteri baginda selama sebulan, lalu Umar bin al-Khattab RA memberikan bejana tempat minum kepada baginda. Ketika itu Umar melihat bekas (kesan) tikar pada belakang tubuh baginda, sehingga saja beliau mengeluarkan air matanya. Ia berkata, “Wahai Rasulullah , Kisra Persia dan Kaisar Rom berada dalam kemewahan yang meliputi keduanya, sedangkan Tuan adalah manusia pilihan Allah, (namun keadaan Tuan seperti ini?)”

Baginda bersandar dan duduk semula dan bersabda:

“Apakah kamu berada dalam keraguan wahai Umar?” Kemudian baginda menyambung, “Mereka itu adalah satu kaum yang disegerakan kebaikan mereka dalam kehidupan dunia.” Didalam satu riwayat dinyatakan, “Tidakkah kamu redha apabila dunia itu menjadi milik mereka dan diakhirat itu menjadi milik kita?”

-Hadis riwayat Muslim (No.1479)


5)Dalam Sahih Bukhari dan Muslim disebutkan, baginda SAW bersabda:

“Janganlah kalian meminum dengan menggunakan cawan dari  emas dan perak, dan janganlah makan dengan gunakan piring dari keduanya, sebab keduanya adalah diperuntukkan bagi mereka (orang-orang kafir) didunia dan diperuntukkan bagi kita (orang-orang  beriman ) diakhirat.”

Hadis Al-Bukhari (No.5426) dan Muslim (No.2067)


Kesimpulan


Memiliki banyaknya harta benda  didunia tidak boleh menjadi bukti derajat kemuliaan atau kesolehan seseorang  pemiliknya. Sebab , dunia dengan segala kekayaan dan kemewahannya tidak bernilai disisi Allah SWT. Seandainya bukan kerana khuatir dan tidak ingin manusia semuanya menjadi kafir kerana terpesonanya mereka  kepada dunia  dan mengabaikan akhirat, Allah akan memberi mereka berbagai perhiasan dan kemewahan dunia kerana begitu mudahnya  hal tersebut disisi Allah SWT.

Manusia yang berfikiran waras sudah tentu menginginkan sesuatu yang akan menjadi miliknya buat selama-lamanya. Dia tahu bahawa segala kesenangan yang ada didunia ini adalah fana dan pasti lenyap. Matlamat yang dituju adalah kebahagian diakhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya. Perkara ini bertepatan dengan saranan Allah dalam firmanNya yang berikut ini:

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

Ash-Syura 42:20


Semoga parbincangan ringkas mengenai ayat-ayat diatas dapat memberikan kesedaran supaya orang-orang yang beriman  dan bertaqwa tidak terpesona dengan godaan kemewahan hidup didunia , dengan mengabaikan janji-janji Allah SWT untuk menganugerahkan kebahagiaan dan berbagai nikmat  yang abadi diakhirat .

Sesungguhnya kebahagian yang kekal abadi diakhirat itu jauh lebih baik dari kesenangan dunia yang sementara sahaja ini.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Munir - Jilid 13

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 8


Ikhlas Daripada

-MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 11 November 2022

PERIHAL ORANG YANG SERING INGKAR KEPADA PERINTAH ALLAH

PERKONGSIAN ILMU DARI SURAH AL-KAHFI

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

Al-Kahfi 18:57


      ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah huraian  ringkas mengenai ayat diatas:


1)Allah SWT menjelaskan tidak ada seorang pun yang lebih zalim atau menganiaya dirinya sendiri daripada orang yang telah  ditunjukkan jalan kebenaran dan diberi nasihat supaya mentaati Tuhannya tetapi dia tetap tidak menghiraukannya. Bahkan dia melupakan segala kekufuran dan kemaksiatan yang telah dia kerjakan sebelum ini. Dia tidak memikirkan tentang akibatnya apabila dia tidak mahu bertaubat dari segala kemungkaran yang dilakukannya  ,seolah-olah dia yakin bahwa dia tidak akan kembali  menemui Tuhannya.


2)Apakah yang menyebabkan mereka mengabaikan amaran Allah SWT dan dia terus menerus melakukan kejahatan dan kemaksiatan?

Mereka tidak mahu mengikut ajaran Allah SWT  dan RasulNya kerana pintu  hati mereka telah tertutup rapat sehinggakan mereka tidak mahu memahami amaran-amaran yang telah diperingatkan, sehingga Allah SWT jadikan telinga mereka seperti tersumbat dan enggan mendengar amaran dan nasihat yang diberikan  kepadanya buat selama-lamanya.


3)Mereka tidak bersedia untuk menerima nasihat atau bimbingan kearah kebaikan kerana segala perbuatan buruk mereka itu telah menyebabkan timbul bintik-bintik hitam yang terus menerus mengotorkan hati mereka sehingga menjadi keras , ini ditambah pula tabiat melakukan kemungkaran secara berterusan itu menyebabkan mereka makin jauh dari Allah SWT. Sehingga akhirnya terjadilah dinding tebal  yang menghalangi  hati nurani mereka dari  menerima kebenaran . 

Ini bersesuaian dengan firmanNya yang berikut ini:


كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Al-Mutaffifin 83:14


Allah SWT telah menyebutkan sikap mereka itu dalam surah Al-Baqarah :


خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ


(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan (mengunci) atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Al-Baqarah 2:7


4)Allah SWT sentiasa kasihkan hamba-hambaNya dan dijadikanNya al-Quran sebagai peringat bagi mereka. Ini ditegaskan oleh firmanNya yang berikut :


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ


Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Al-Qamar 54:17


Namun begitu , orang yang berpaling daripada  ajaran Allah SWT dan RasulNya tetap tidak mahu kembali taat kepada jalan kebenaran kerana hati mereka telah rosak dan  mereka terus menderhaka kepada Tuhannya. Oleh sebab itu segala nasihat yang diberikan oleh  al-Quran  tidak lagi berguna bagi diri mereka.


Kesimpulan


Demikianlah Allah SWT menceritakan sikap hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan berbagai perbuatan keji dan mungkar sehinggakan mereka menjadi semakin jauh dari jalan kebenaran  disebabkan pintu hati mereka telah tertutup. Walau bagaimana pun disebabkan sifat Allah Yang Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya, Dia sentiasa membuka peluang supaya hamba-hambaNya yang lalai itu kembali bertaubat dan meninggalkan segala kerja maksiat yang telah dilakukannya.


Firman Allah Ta’ala 


وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ وَقَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِمُ الْمَثُلَاتُ وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِّلنَّاسِ عَلَىٰ ظُلْمِهِمْ وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ


Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka, dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar).

Al-Ra’d 13:6


Oleh itu bersama-samalah kita bertaubat kepada Allah SWT keatas dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada  secara disedari atau pun tidak . Moga-moga kita kembali menjadi hamba-hamba yang taat melakukan  segala yang diperintahkan dan menjauhi segala yang dilarang olehNya.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy - Jilid  8


Ikhlas Daripada

-Ir Mahabob Shuib-

IKRAM AJ

Friday, 4 November 2022

PARA PEMIMPIN MESTILAH MENUNAIKAN AMANAH DAN MENEGAKKAN KEADILAN

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN

(Bahagian 2)

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

An-Nisa’ 4 : 58


          ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:


1)Ayat Al-Quran mengenai Amanah dan Adil diatas merupakan ayat hukum yang paling utama dan mencakupi  semua permasalahan agama dan aturan syara’.

Ayat diatas ditujukan kepada semua manusia terutama para pemimpin supaya melaksanakan amanah dalam mengurus dan membelanjakan kekayaan negara, juga mesti menghukum pelanggar undang-undang  dan menetapkan sesuatu hukuman dengan adil.


2)Ayat tersebut menjelaskan dua prinsip utama dalam pemerintahan yang mesti dilaksanakan oleh para pemimpin dan juga segenap rakyatnya.


a)Menjalankan Amanah Dengan Benar:


i)Apabila amanah itu berupa barang titipan atau tolong simpan  (deposit), ia tidak wajib dikembalikan kecuali setelah diminta oleh yang empunya.


ii)Apabila amanah itu berupa barang temuan (yang dijumpa), orang yang menemukan hendaklah mengumumkan (iklankan) barang itu selama setahun, kemudian dia boleh memanfaatkan barang tersebut dan menggantikannya kalau pemiliknya datang dan memintanya. Namun yang terbaik bagi pemiliknya adalah mensedekahkan barang itu kepada orang yang menemukannya.


iii)Jika amanah itu berupa barang pinjaman atau upah, hendaklah perkara   itu diberikan setelah selesai semua urusan pemanfaatan atau pekerjaan, sebelum orang berhak keatas barang  atau upah  itu datang memintanya.


iv)Apabila amanah itu berbentuk barang jaminan (collateral) , ia harus dikembalikan kepada yang empunya setelah orang itu membayar hutangnya.


b)Menetapkan Hukuman Dengan Adil:


Ayat diatas memang ditujukan kepada para hakim dan pemimpin, yang juga mencakupi semua manusia. 


Dalam sebuah hadis ada disebutkan Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan selalu bersama seorang hakim selama ia tidak berlaku zalim. Apabila ia berlaku zalim, maka Allah akan membiarkan ia dengan dirinya sendiri.”

-Hadis riwayat Ibnu Majah (No.2312), at-Tirmizi (No.1330)


Rasulullah SAW juga bersabda:

“Setiap kalian adalah pemelihara dan setiap kalian akan diminta pertanggung- jawaban atas apa yang dipelihara; Seorang pemimpin adalah bertugas memelihara (rakyatnya), dan dia akan diminta pertanggung-jawaban mengenai urusan rakyatnya; seorang suami juga bertugas sebagai  pemelihara keluarganya, dan dia akan diminta pertanggung-jawaban mengenai keluarganya; seorang isteri juga bertugas memelihara rumah suaminya, dia akan diminta tanggung-jawab atas tugasnya; seorang hamba sahaya bertugas menjaga harta tuan nya dan dia akan diminta tanggung-jawab atas tugasnya. Ketahuilah setiap kalian adalah pemelihara (pemimpin), dan setiap kalian akan dimintai pertanggung-jawaban atas pemeliharaannya (yakni yang dipimpin).”

Hadis riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi dari Ibnu Amr)


Didalam hadis ini, Rasulullah SAW

menjadikan semua orang sebagai pemelihara dan pemimpin sesuai dengan tugas dan tingkatannya.

Orang yang pandai (berilmu) juga ada tanggung-jawab terhadap tugasnya.

Apa yang dilakukan oleh orang alim seperti mengeluarkan fatwa, menerapkan hukum, menerangkan hukum halal dan haram, menjelaskan perkara yang wajib dan sunat, sah dan tidaknya.


Orang yang mengkhianati amanah telah ditegur oleh Allah SWT melalui firmanNya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Al-Anfal 8 : 27


3)Allah mendengar(menyaksikan)  hukuman yang diputuskan oleh para hakim, pemimpin dan lain-lain, dan Dia akan membalas keatas keputusan itu. 

Dan Dia juga melihat apakah seorang hamba menjalankan amanahnya dengan baik atau mengkhianatinya, dan kemudian Dia akan membalasnya.


4)Agama Islam sering memperingatkan bahwa berlaku adil itu akan meningkatkan derajat ketaqwaan  seseorang hamba Allah  melalui firman Allah Azza wa Jalla:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Maidah 5:8


Kesimpulan


Amanah adalah prinsip pertama dan keadilan adalah prinsip kedua. Orang-orang Islam yang memikul dua tanggung-jawab ini mestilah menunaikannya dengan jujur dan tegas

Setiap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang mestilah dilakukan dengan adil, kerana sesungguhnya sifat adil itu adalah menghampirkan diri seseorang kepada sifat taqwa.

Keadilan adalah dasar utama sesebuah pemerintahan.Dalam sebuah negara keadilan wajib dilaksanakan dengan betul tanpa sebarang pilih kasih ( double-standard) kerana dengan perlaksanaan sistem kehakiman yang adil itu maka orang-orang lemah akan terpelihara hak mereka dan mereka itu tidak akan dianiaya oleh orang-orang yang kuat (yakni orang-orang yang berpengaruh).

Oleh sebab itu seseorang yang dilantik menjadi pemimpin negara , jemaah menteri, para gabernur, semua pegawai tinggi termasuk para hakim mestilah menegakkan keadilan dengan mematuhi semua undang-undang dan perlembagaan negara, supaya semua hak rakyat dapat dilindungi dengan adil.


Semoga paparan ringkas diatas memberikan kesedaran kepada setiap individu supaya dapat menjalankan tugas sehariannya dengan penuh amanah dan adil. 

Sesungguhnya Allah Yang Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui akan menghukum sesiapa sahaja yang curang keatas tanggung-jawab yang dipikul oleh nya.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Munir Dr Wahba az-Zuhaili -

Jilid 3

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 2


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 28 October 2022

PERINTAH SUPAYA MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN ILMU DARI AL-QURAN

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا


Patutkah mereka tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

An-Nisa’ 4:82


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas:


1)Allah menyuruh mereka (orang yang tidak meyakini atau kurang memahami) supaya mentadabbur Al-Quran dan mendalami maknanya yang penuh hikmah dan ketinggian bahasanya.

Allah juga menegaskan  bahwa didalam Al-Quran tidak terdapat pertentangan dan pencanggahan kerana ianya diturunkan oleh Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji. Oleh sebab itu pada ayat lain Allah menyatakan:


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا


Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha mentadabbur (memahami) serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Muhammad 47:24


2)Kemudian Allah berfirman: Kalaulah memang Al-Quran adalah ciptaan manusia- sebagaimana yang dikatakan oleh orang musyrik dan munafik- mereka sudah tentu menemukan banyak pertentangan dan percanggahan. Kenyataannya dalam Al-Quran tidak ada pertentangan sehinggalah  ia terbukti memang benar-benar wahyu Allah.

Firman Allah Ta’ala:


وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ


Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Al-Baqarah 2 : 23


3)Adapun yang dimaksudkan ‘pertentangan makna’  adalah apabila sebagian kandungan Al-Quran ada yang benar dan sebagiannya salah; atau berita Al-Quran tentang umat-umat  terdahulu itu sebagiannya betul dan sebagiannya salah; atau kekadang Al-Quran menerangkan aqidah dan hukum syara’ yang benar dan ditempat lain menerangkan perkara yang tertolak kebelakang; begitu  juga gambaran Al-Quran tentang fenomena   sosial, ekonomi dan politik ada yang tepat dan sebagian yang keliru . 

Semua bentuk pertentangan yang disebutkan  ini tidak terdapat didalam Al-Quran ini.


4)Susunan Al-Quran sungguh sangat indah dan menakjubkan, meskipun ianya diturunkan sedikit demi sedikit dalam tempoh waktu dua puluh tiga tahun , namun susunannya sangat mengkagumkan.

Setiap kali baginda menerima satu wahyu, baginda mengarahkan ayat itu diletakkan ditempat (surah) tertentu.

Baginda sangat hafaz dengan urutan Al-Quran dan tidak pernah lepas dari ingatannya. Allah Ta’ala berfirman:


سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰ


Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.

Al-A’la  87:6


5)Al-Quran terbukti tidak terdapat sebarang percanggahan fakta didalamnya kerana ianya adalah Kalam Allah Yang Maha Agung yang tidak terdapat kebatilan atau kecacatan didalamnya.

Ramai orientalis musuh Islam cuba membongkar  percanggahan fakta dalam Al-Quran tetapi mereka tidak berjaya menemukannya.

Keindahan dan kefasihan bahasa Al-Quran telah mengalahkan para sastrawan dan pakar bahasa Arab kerana Al-Quran menggambar sesuatu perkara dengan begitu sempurna tanpa kekurangan ataupun pertentangan. Hanya sanya otak manusia sendiri yang tidak berupaya menyelami maksud sebenar ayat-ayat yang dipertikaikan itu.


6)Al-Quran menerangkan berbagai fakta yang menceritakan mengenai alam, penciptaan manusia, sejarah umat terdahulu dan alam ghaib (akhirat). Berikut adalah beberapa contoh :


i)Al-Quran menerangkan sejarah  umat-umat terdahulu dengan sangat tepat.

Contohnya, ramalan Al-Quran mengenai kemenangan kerajaan Parsi keatas kerajaan Rom , dan setelah itu Rom kembali mengalahkan Parsi adalah benar-benar terjadi dalam sejarah. 

Firman Allah Ta’ala:


غُلِبَتِ الرُّومُ

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ


-Orang-orang Rom telah dikalahkan ,

-Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya (Parsi).

Al-Rum 30 : 2-3


ii)Al-Quran juga menceritakan bahwa kerajaan Masir purba diperintah oleh pemerintah digelar Firaun dizaman Nabi Musa AS dan seorang Raja (al-Malik) yang beriman dizaman Nabi Yusuf AS adalah cerita yang tepat sekali.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Yusuf ada menyatakan:


وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ


Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), Raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan Raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah Raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".

Yusuf 12 : 54


Dalam ayat yang lain, Al-Quran menceritakan kisah Nabi Musa AS dan Firaun:


اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ


(Lalu diperintahkan kepada Musa): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas.

An-Naziat 78:17


iii)Al-Quran mendedahkan tentang proses kejadian bayi didalam kandungan ibunya peringkat demi peringkat dengan jelas dan bertepatan dengan ilmu biologi moden. Firman Allah Ta’ala:


ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ


Kemudian Kami ciptakan air mani (yang bercantum) itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Al-Mukminun 23:14


iv)Al-Quran berjaya menerangkan fakta-fakta mengenai kejadian cekrawala seperti matahari , bulan dan bintang-bintang yang bertaburan dilangit.

Firman Allah Ta’ala:


إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Al-A’raf 7:54


v)Perkara yang paling menakjubkan sekali adalah keupayaan Kalam Allah ini menceritakan kisah-kisah ghaib yang bakal berlaku dihari Kiamat dan wujudnya Syurga dan Neraka Allah.

Firman Allah Ta’ala:


وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا قَالُوا نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ


Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

Al-A’raf 7 : 44


Demikianlah sekadar beberapa contoh yang menerangkan kebenaran Al-Quran sebagai Kitab yang datangnya dari Allah Azza wa Jalla yang memberikan penjelasan mengenai alam , sejarah masa lepas, penciptaan manusia dan juga alam akhirat (kisah ghaib).

Firman Allah Ta’ala:


اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ


Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Az-Zumar 39:23


8)Umat Islam wajib mentadabbur Al-Quran untuk mengetahui dan mendalami kandungan maknanya. Ini adalah tugas penting bagi setiap muslim yang mukallaf.

Membaca Al-Quran tanpa meresapi makna dan maksud sebenarnya adalah belum cukup. 

Umat Islam perlulah mempunyai  kesedaran  supaya menjadikan prioriti  dalam hidup mereka untuk mempelajari , memahami dan mengamalkan ajaran yang terdapat didalam Al-Quran


Kesimpulan


Secara jujurnya, sekiranya umat Islam ingin kembali bangkit dan berjaya  seperti generasi  umat Islam terdahulu , kita perlu kembali  berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran. 

Kitab Allah yang merupakan mukjizat peninggalan Rasulullah SAW ini adalah cahaya petunjuk , hidayah kejalan yang lurus, kunci kebahagiaan, pedoman untuk membangunkan umat  manusia seluruhnya supaya selamat didunia dan berbahagia diakhirat.

Akhir sekali renungkan dan hayati firmanNya yang berikut ini:


إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا


Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Al-Isra’ 17:9


Adalah diharapkan paparan yang ringkas ini dapat menyedarkan  kita mengenai tanggung-jawab membaca ,  mendalami pengertian (mentadabbur)   Al-Quran sehingga faham  dan mengamalkan ajaran yang terdapat didalamnya, agar kita menjadi umat yang  sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya. Insya Allah kita akan berjaya didunia dan diakhirat.

Allahu A’lam


Rujukan

Tafsir Al-Munir Dr Wahba az-Zuhaili-

Jilid 3


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 21 October 2022

ALLAH MEMBALAS SETIAP PERBUATAN BAIK ATAU JAHAT - BIAR SEKECIL APA PUN YANG MANUSIA LAKUKAN

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


-Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya),

-Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Al-Zalzalah 99 : 7-8


           **********


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat-ayat diatas:


1)Sebab turunnya Al-Zalzalah  ayat (7) dan (8):

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Said bin Jubair RA, dia berkata, “Ketika turun ayat


وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا


Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.

Al-Insan 76 : 8 ,


kaum Muslimin mengira bahawa mereka tidak akan diberi pahala jika memberikan sesuatu yang sedikit.

Sementara itu , kumpulan yang lainnya mengira bahawa mereka tidak dicela kerana melakukan dosa kecil , berdusta, melihat (perkara yang haram), ‘ghibah’ (mengumpat) dan yang semisalnya.

Allah SWT  dikiranya hanya memberikan siksaan atas dosa-dosa besar saja. Oleh kerana itu , Allah SWT menurunkan surah  Al-Zalzalah :7-8 diatas.


2)Rasulullah SAW menamakan ayat 7-8 itu  sebagai  ‘al-jami’ah al-fazzah’

(rumusan serba lengkap), apabila baginda ditanya tentang ‘zakat kaldai’. Baginda bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA:

“Allah tidak menurunkan mana-mana ayat mengenainya melainkan ayat ‘al-jami’ah al-fazzah’ ini :  iaitu Al-Zalzalah (7) dan (8).


3)Maqatil berkata : “Ayat ini turun disebabkan oleh perbedaan tanggapan antara dua lelaki. Apabila turun ayat Al-Insan (8) salah seorang dari mereka didatangi oleh seorang peminta sedekah.

Peminta sedekah tersebut meminta dia memberikan kepadanya sebiji tamar, secebis roti dan sedikit kekacang. Lelaki tersebut berkata : “Permintaan ini amat sedikit, kita diberikan ganjaran berdasarkan (pemberian besar) yang kita berikan.” Seorang lelaki  lagi pula memandang remeh terhadap dosa kecil. Dia berkata: “Aku tidak dikenakan apa-apa lantaran perbuatan aku ini.” Lalu Allah memberi galakan supaya melakukan kebaikan walaupun sedikit kerana ia lambat laun akan menjadi besar. Justeru itu , Nabi SAW telah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Adi Ibn Abi Hatim:

“Jauhilah dari Neraka  walau dengan

sedekahkan sebiji tamar. Sesiapa yang tidak memiliki apa-apa, maka dia (bersedekah dengan) mengucapkan kata-kata yang baik.”


4)Barang siapa yang beramal soleh didunia seberat semut kecil atau seberat butiran debu, maka dia akan dapat balasannya kelak dihari Kiamat sehingga menjadikan dia gembira. Demikian pula orang yang berbuat buruk didunia meskipun sedikit , dia pun akan mendapat balasannya sehingga hal itu menyakitkan hatinya.

Perkara ini senada dengan firmanNya yang berikut ini:


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari Kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

Al-Anbiya’ 21 : 47


5)Dalam Shahih al-Bukhari diriwayatkan dari Adi RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Takutlah kamu dengan Neraka, sekalipun (bersedekah) dengan separuh biji kurma. Barang siapa tidak mendapatkannya maka (tuturkanlah) dengan perkataan yang baik”


Juga diriwayatkan dari satu sabda baginda  yang lain:

“Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan walau sedikit pun. Meskipun kamu hanya menghulurkan timba untuk memberi minum orang yang meminta minum dan meskipun itu dengan wajah berseri ketika bertemu temanmu.”


6)Mengenai kebaikan-kebaikan kaum kafir, Ibnu Abbas RA berkata: “Tidaklah seseorang mukmin dan kafir itu melakukan kebaikan atau kejelekan melainkan Allah akan memperlihatkan kepadanya. Orang mukmin akan diampuni kejelekannya dan diberi pahala keatas kebaikannya. Sementara itu orang kafir kebaikannya akan ditolak dan disiksa kerana kejelekannya.

Berdasarkan hal itu, orang kafir akan disiksa kerana kekafirannya, sedangkan kebaikannya hanya akan bermanfaat baginya selama didunia saja, seperti menolak kejahatan atau menghindari bahaya dari dirinya. Ada pun diakhirat, kebaikannya itu tidak bermanfaat dan tidak dapat membebaskannya dari siksaan kekafiran yang mengekalkannya diNeraka.


Allah Ta’ala berfirman:


وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا


Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

Al-Furqan 25 : 23


7)Al-Quran juga membuat perbandingan yang hampir  sama ketika berbicara disurah Al-Qari’ah ayat 6-9:


فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ


-Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, 

-Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

-Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, 

-Maka tempat kembalinya ialah (Neraka) "Haawiyah"

Al-Qari’ah 101 : 6-9


8)Allah SWT menyampaikan khabar gembira ini kepada kaum mukmin , lelaki dan wanita yang mengerjakan amal-amal soleh  bahawa mereka tetap merasakan balasan baik diSyurga berdasarkan firmanNya yang berikut ini:


وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا


Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

An-Nisa’ 4:124


Kesimpulan


Dua ayat dari surah Al-Zalzalah diatas memberikan motivasi supaya orang-orang  beriman berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan meskipun sekadar bersedekah hanya sebiji tamar kepada seseorang yang sangat memerlukannya. Setiap amal kebaikan itu akan tetap dicatatkan dalam kitab catatan amalan setiap manusia seperti mana dinyatakan dalam firmanNya:


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Dan  Kitab-kitab Catatan Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Al-Kahfi 18 : 49


Demikianlah Maha Adilnya  Allah SWT, Dia  tetap mencatatkan walau sekecil mana amal kebaikan dan amal kejahatan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya didunia ini.

Oleh itu berwaspadalah dengan apa jua perbuatan  yang kita  lakukan dan juga setiap pertuturan  yang dikeluarkan  dari mulut kita agar kita tidak menyesal diakhirat kelak. 

Akhir sekali berlumba-lumbalah  kita mengerjakan  amal kebajikan  terutama membantu ahli  masyarakat kita yang amat memerlukan pertolongan  terutama golongan fakir miskin dan  juga golongan yang memperjuangkan agama Allah Azza wa Jalla.

Allahu A’lam.


Rujukan

Tafsir Al-Munir Dr Wahba Az-Zuhaili - Jilid 15


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ

Friday, 14 October 2022

PELIHARALAH DIRI DAN AHLI KELUARGA DARI AZAB NERAKA

 PERKONGSIAN ILMU DARI AL-QURAN


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka  yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

At-Tahrim 66:6


               ^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah huraian ringkas mengenai ayat diatas :


1)Wahai orang yang beriman , kalian hendaklah saling menasihati antara satu sama lain sesuatu yang dapat menjaga dirimu dari siksaan Neraka  iaitu selalu menyampaikan pesanan supaya mentaati perintah Allah dan RasulNya . Kamu hendaklah mengajarkan kepada ahli keluargamu perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri dari melakukan perbuatan  maksiat dan mungkar yang dimurkai oleh Allah SWT.


Peringatan ini telah juga dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang berikut ini:


i)Surah Taha 20:132


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ


Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Taha 20:132


Ayat ini dimulai dengan kalimah wa’mur iaitu perintah yang mesti dilaksanakan dan diberi keutamaan.


ii)Surah Al-Ankabut 29:45


اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Al-Ankabut 29:45


Ayat diatas walaupun ditujukan kepada Nabi SAW, arahannya meliputi kepada semua umat Islam.


iii)Surah Asy-Syu’ara’ 26:214


Allah SWT juga meluaskan skop ahli keluarga meliputi kaum kerabat terdekat disekeliling kita seperti mana yang dinyatakan dalam firmanNya:


وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ


Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

Asy-Syu’ara’ 26:214


2)Telah diriwayatkan , bahawa Umar al-Khattab RA berkata ketika turunnya (ayat At-Tahrim 66:6) diatas , beliau bertanya kepada baginda SAW : “Wahai Rasulullah, kami menjaga diri kami sendiri, tetapi bagaimana kami hendak menjaga keluarga kami ? “

Maka baginda menjawab:

“Kamu melarang mereka mengerjakan apa yang dilarang oleh Allah untuk mu, dan kamu perintahkan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mu. Itulah penjagaan diantara diri mereka dengan Neraka.”


3)Ibnu Mundhir dan al-Hakim meriwayatkan bahawa   Ali bin Abi Talib RA ada mengulas ayat ini dengan mengatakan : “Ajarkanlah diri kamu dan keluarga kamu tentang kebaikan  dan didiklah mereka.”

Yang dimaksud  dengan

 ‘al-ahli’   (keluarga) disini meliputi isteri, anak-anak , hamba lelaki dan perempuan.


Kewajiban seorang bapa  ialah mempelajari fardu-fardu agama yang diwajibkan  kepadanya seperti solat, puasa, zakat ,  dan juga berbuat baik kepada orang miskin, jiran tetangga dan  kemudian setelah itu mengajarkan pula kepada ahli keluarga  tentang kaedah amalinya.


4)Ali bin Abi Talhah RA menuturkan dari Ibnu Abbas RA, dia berkata : “Peliharalah dirimu dan keluargamu dengan mengajar mereka mentaati Allah dan tidak bermaksiat kepadaNya. Dan perintahkanlah kepada keluarga kalian untuk berzikir (berdoa) agar Allah jauhkan kalian dari Neraka.”

(At-Thabari XXIII/491)


5)Ayat al-Quran diatas semakna dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Abu Dawud dan at-Tirmizi, dari ar-Rabi’ bin Sabrah RA dari bapanya , ia mengatakan bahwa Nabi SAW telah bersabda:

“Perintahkanlah anak kecil untuk solat jika dia sudah berumur tujuh tahun. Apabila telah mencapai sepuluh tahun , perintahkan mereka dengan hukuman pukulan.”

(Ini adalah hadis hasan).


Disamping melatih  mereka melakukan solat , mereka mesti diajarkan adab  pergaulan dan batas-batas aurat terutama bagi anak perempuan. Anak perempuan mesti dilatih  supaya berpakaian menutup aurat sejak kecil lagi  iaitu diperingkat awal persekolahan.


6)Allah SWT menerangkan  malaikat-malaikat  yang ditugaskan menjaga Neraka , mengurusnya dan menyiksa para penghuninya adalah sangat kasar dan keras perintahnya.

Neraka itu tersangat panas dimana bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu yang berasal dari berhala-berhala yang digunakan oleh  orang-orang kafir sebagai sembahan mereka didunia ini.

Ayat ini adalah amaran keras kepada mereka yang tidak mahu taat kepada perintah Allah SWT dan enggan menjauhi laranganNya. 


7)Setiap orang  yang sudah ‘mukallaf’ terutama yang menjadi ketua keluarga perlulah memberikan perhatian kepada hadis yang berikut ini:

Dari Abu Barzah Al-Aslami, bersabda Rasulullah SAW: “Dua kaki seorang hamba Allah tidak akan berganjak (pada hari Kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya kemana dihabiskan; tentang ilmunya apakah dilakukan dengan ilmu itu; tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya; dan tentang tubuh badannya untuk apa ia digunakannya.”

-Hadis riwayat at-Tirmizi (No.2341)


Maksudnya  di akhirat  nanti setiap manusia akan dipertanggung-jawabkan (diodit) keatas umur, ilmu, harta, dan tubuh badannya kerana semua perkara ini ibarat rezeki atau nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya semasa hidup didunia.


Kesimpulan


Cuba kita amati semula jawaban Rasulullah SAW ketika memberikan respon kepada soalan sahabat baginda Umar al-Khattab RA mengenai kaedah menjaga ahli keluarga dari siksaan  Neraka. Baginda SAW menjawab : “Kamu melarang mereka melakukan apa yang dilarang oleh Allah untuk diri mu dan kamu perintahkan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada diri mu. Itulah panduan penjagaan  ahli keluarga mu  dan juga dirimu dari siksaan Neraka.”


Islam adalah agama nasihat, maka perlulah ada nasihat-menasihati supaya mentaati perintah Allah dan RasulNya. Begitu juga perlu ada ingat-mengingatkan supaya menjauhi perkara yang 

dimurkai oleh Allah dan RasulNya.


Setiap orang sudah pasti akan berasa  bahagia sekiranya dapat berhimpun dengan ahli keluarga  kesayangan mereka diSyurga Allah seperti mana yang disebutkan oleh firmanNya yang berikut ini :


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ


Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami (Allah) hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

At-Tur 52:21.


Oleh itu bersamalah kita berdoa supaya Allah SWT menjauhkan kita  sekeluarga dari siksaan Neraka Nya , sebaliknya  kita sekeluarga  akan dikurniakan  keampunan dan rahmat untuk memasuki Syurga Nya yang kekal abadi.

Kunci utamanya adalah mestilah benar-benar beriman dan taat sepenuhnya kepada perintah Allah dan RasulNya.

Allahu A’lam.


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 14

Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 9


Ikhlas Daripada

-Ir MahabobShuib-

IKRAM AJ



(Sila kongsikan bersama anak-anak terutama kepada mereka yang telah berkeluarga).